BAB 58: YOU'RE BLIND, PRETTY BOY!

93 4 0
                                    

MENCARI SUPEREGO

Dua minggu kemudian.

"Kau datang sini bukan saja nak jumpa aku kan?" Asyraf menyoal lelaki yang duduk tenang di hadapannya.

"Semakin hebat ilmu kasyaf kau," ujar lelaki itu sambil tersenyum pendek. Secepat kilat juga senyuman itu terpadam dari bibirnya.

"Aku mana ada ilmu kasyap. Aku kenal kau sejak kita sama-sama ambil Advance level di UK," balas Asyaf. "Dah lebih 20 tahun."

"Hahaha!"

Kali ini pecah tawa lelaki itu.

"Mujur kau tak jadi adik ipar aku."

"Buruk sangat ke perangai aku ni?"

"Bukan. Kau akan selalu tinggalkan adik aku sendirian."

"Yelah. Mamat Bosnia tu setia melekat macam gam."

"Hahaha!"

Ganti Asyraf pula ketawa panjang. Memang benar kata-kata sahabatnya, Komander Imran itu. Apabila Cempaka masuk ke hutan untuk memantau kesihatan haiwan di dalam rimba itu, Azem akan ikut. Sanggup dia bercuti tanpa gaji. Sanggup dia bergaduh dengan abang ipar, sampai pernah mengugut untuk berhenti kerja kalau tidak dibenarkan mengikut Cempaka. Kini dia dan Cempaka sudah memiliki sebuah helikopter untuk memudahkan perjalanan mereka masuk ke dalam hutan. Jadi, kurang sikit masa dalam perjalanan. Cempaka pun satu kepala dengan Azem.

Setelah mendapat anak, mereka bertiga sama-sama masuk ke dalam hutan.

Tetapi Komander Imran bukan hendak berbicara tentang bekas buah hatinya, Cempaka. "Aku nak tahu perkembangan kesihatan budak Perancis tu."

"Dia dah sihat."

"Tapi aku dengar dia masih buta. Kau kata seminggu dua sahaja. Ini dah nak masuk minggu keempat."

"Itu masalah psikologinya."

"Hah?"

"Aku dah buat hypnotic therapy."

"Hasilnya?"

"That's privy to doctor-patient relationship."

"Tengkorak kau!"

Asyraf ketawa kuat. Komander Imran tak berubah dengan frasa-frasa tertentu yang keluar dari mulutnya sejak di universiti lagi. Dia tahu Komander Imran boleh menyusahkan Alif kalau dia mahu, memandangkan hubungan gelapnya dengan Tan Sri Sabri dahulu. 

Mahu tak mahu Asyraf terpaksa menurut kehendak komander Imran. Tapi bukan semua dia akan kongsi. Hanya isu yang kritikal sahaja. Dia keluarkan telefon bimbitnya. Beberapa ikon ditekan. Satu paparan garisan dan nombor-nombor seperti bacaan Patient-Monitor terpancar di skrin LCD di bilik itu.

Komander Imran hairan melihat semua data itu yang dipaparkan itu normal."Explain please."

"Semuanya tak ada masalah. Brain, heart, liver all in perfect condition."

"Maksud kau?"

"Dia menunggu seseorang."

"Kau jangan cakap berbelit-belit, boleh tak?" Geram dia dengan sikap Asyraf yang enggan berterus-terang. 

Asyraf tahu Komander Imran seorang yang sangat degil. Selagi kehendaknya tidak ditunaikan, dia akan terus mendesak. "Ini ada kena mengena dengan Amani."

"Badan sendiri ada kaitan dengan orang lain?"

"Masa hypnotic therapy, aku tahu masalahnya di sana," jelas Asyraf. Atas profesion sebagai seorang doktor, dia tak mahu berkongsi data itu. Tetapi Komander Imran terus mendesak. Malah mengugut.

DEWI JERUNGWhere stories live. Discover now