BAB 37: KAWAN BAHARU

72 8 0
                                    

Bab ini membuka cabang baharu bagi novel ini. Takkan nak cerita apa hero buat sahaja kan? 

Adakah Saif akan menimbulkan konflik baharu kepada keluarga Tan Sri Adnan setelah dia berkawan dengan Suzanna? 

KELAB

Petang itu Saif mendaftar untuk menjadi ahli kelab "DARE TO JUMP'. Kelab tersebut terletak di bahagian hadapan sebuah bengkel memperbaiki motorsikal berkuasa tinggi. Beberapa lelaki yang ada di situ menyambutnya dengan senyuman. Bengkel itu, milik kelab berkenaan, dibina di belakang mengikut peraturan penguatkuasa tempatan. 

"Welcome to the club. We need more young people like you," kata lelaki Cina yang memasukkan maklumat peribadi Saif ke dalam sistem komputer. "By the way, I'm Stephen."

Dia terus memperkenalkan beberapa lelaki yang ada di situ. Masing-masing, Saif perasan menggunakan nama Inggeris, walaupun Melayu.

"Aku Black," kata seorang yang jelas berkulit hitam manis.

"Aku Burns." Rakannya memperkenalkan diri.

"Black dengan Burns kawan baik. Mana-mana pergi mesti sama-sama," jelas Stephen. "Orang panggil depa berdua ni Blackburns . . . Hahaha!"

Saif tahu Blackburns merupakan sebuah bandar industri di United Kingdom. Terdapat satu kelab bolasepak yang agak terkenal namanya Blackburns Rovers.

"Abang berdua pemain bola sepak ke?" soal Saif, polos.

"Engkau ni sindir aku ke?" soal balik Burns yang berbadan agak gempal. Langsung tidak menyerupai pemain bolasepak.

Black ketawa. "Dia ni beza antara bola keranjang dengan bola sepak pun tak tahu. Mata keranjang dia pandai le."

Burns menumbuk bahu Black. Tumbuk main-main.

"Abang tentu kenal Estella Santos, ye? Dia yang bagi kad kelab ini." Saif, terus berbasa-basi.

Mereka bertiga ketawa.

Saif kehairanan dengan reaksi mereka.

Ketawa Black masih bersisa. "Perempuan gila tu? Siapa tak kenal!"

"Gila?"

"Ya . . . Kira-kira dua tahun lalu, dia jadi gila bila syarikatnya muflis," kata Burns pula.

"Saya jumpa dia, elok saja."

"Kadang elok, kadang gila. Orang kata pasang surut." Stephen mencelah. "Budak. Baik kau jangan layan dia. Nanti kau pun jadi gila jugak."

Saif senyum sumbing. Dia teringat ajaran abahnya supaya jangan prasangka.

Selesai urusannya, Saif keluar dari pejabat itu menuju ke motorsikalnya. Dia tidak mahu berpanjangan mengumpat Estella. Sebaik sahaja dia keluar, dia nampak seseorang memandu big bike menuju ke arah bengkel. Pemandu itu berhenti tidak jauh daripadanya. Dia membuka topi keledar dan menguraikan rambutnya yang panjang hampir ke pinggang.

baru sebentar tadi tiga lelaki di rumah kelab itu mengumpatnya. Kini dia muncul.

Saif berjalan ke arah Estella dan menegurnya.

"Your bike sounds like it's in trouble."

Suzanna senyum. "Ya. Tadi terlanggar lubang."

Dia terlanggar lubang setelah bergegas melarikan diri apabila dilihat oleh Iskandar, ketika mengekori Alif dan Amani.

"Mujur tak jatuh," kata Saif sambil melihat-lihat roda hadapan motorsikal Suzanna. Memang rimnya bengkok sedikit.

"When you ride with a bent rim, you run the risk of your tyre deflating or creating bulges. It's also possible for the tyre to blow up. That's extremely dangerous. You might get thrown off the bike and injure yourself," ujar Saif, panjang lebar, sambil jarinya mengusap-usap rim motorsikal Suzanna.

DEWI JERUNGWhere stories live. Discover now