23

7.8K 619 36
                                    

       BAKUL kecil yang memuatkan pelbagai lauk-pauk yang disediakan Asyfa itu diperhatikan Firas lama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       BAKUL kecil yang memuatkan pelbagai lauk-pauk yang disediakan Asyfa itu diperhatikan Firas lama. Ada sup ayam, ikan goreng dan sambal ikan kering. Pandangannya kini beralih pula kepada Asyfa.

"Kau masak banyak-banyak kenapa? Kan aku dah cakap aku boleh pergi beli lauk dekat kedai nanti."

"Tak apa. Saya nak jimatkan masa awak. Lagipun, mama dengan papa dah lama tak rasa masakan saya." Firas tidak membalas, tanda dia mengiakan saja kata-kata Asyfa. Lantas diambilnya bakul itu dari pegangan Asyfa lalu terus dimasukkan ke dalam bonet. Beg baju mereka pula dipastikannya ada sebelum mereka boleh mula bertolak.

Setelah memastikan tiada apa lagi yang tertinggal, enjin kereta mula dihidupkan sebelum perlahan-lahan bergerak menuju ke destinasi yang ditetapkan. Tak lah jauh sangat, tapi hampir satu jam jugak dari rumah baru mereka.

"Firas, kalau awak penat, saya boleh ganti memandu."

"No, it's okay."

"Saya tak nak susahkan awak berganda-ganda."

"Bukan dah biasa ke buat macam tu?" Terlopong sedikit mulut Asyfa. Tidak sangka tawaran baiknya dibalas dengan jawapan pedas Firas. Lantas dia mencebik.

Kata-kata Firas cuba tidak diendahkan. Pandangan kini mula beralih pada skrin telefon di tangan. Notifikasi whatsapp yang baru sahaja masuk membuatkannya tersenyum lebar.

Dari ekor mata sahaja Firas dapat menangkap senyuman lebar gadis itu.

Dia berdehem perlahan.

"Kenapa? Ex boyfriend text kau?" soal Firas selamba. Langsung tak ada tapisan.

"Awak jangan nak cari gaduh dengan saya pagi-pagi buta eh, Firas. Ni kawan saya. Kawan 'perempuan' saya."

Perkataan 'perempuan' ditekannya. Kalau cakap dengan Firas ni memang kena banyak penjelasan. Ada sahaja mulut dia ni kadang-kadang terlebih petah nak balas.

"Dengan kawan perempuan pun senyum melebar jugak ke?" Asyfa berdecit.

Menyampah lah dia ni. Suka hati la dia nak senyum ke, ketawa ke, menangis ke. Yang Firas sibuk sangat tanya ni kenapa.

Huh!

"Awak lelaki memang la awak tak tahu."

"Tahu je. Aku macam tu jugak kalau text dengan Luna dulu," balas Firas selamba. Asyfa disebelah dikerlingnya sekilas. Gadis itu berpura-pura tidak mendengar.

Pandai tipu perasaan ni. Takkan tak tergerak langsung perasaan cemburu dia tu?

"Cakap la apa yang awak nak cakap. Saya tak kisah sebab saya tak cemburu langsung."

"Lah, bukan aku nak bagi kau cemburu pun. Aku cuma bagitahu memori aku dengan dia dulu je." Asyfa mencebik. Memori konon. Ingat dia heran sangat ke?

Tapi, ada lah sikit sejujurnya. Takkanlah tak langsung kan? Mati hati betul tu. Tapi rasa geram lebih-lebih tak lah.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now