Known as Learn To Love You
"Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan
"Jangan ingat kau lebih tua daripada aku,aku akan ikut cakap kau!" - Firas Hakimi
Siapa je yang suka kalau hati ni dah dite...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
FIRAS mula menapak masuk ke Love & Co. Memang dah lama dia berniat nak hadiahkan Asyfa sesuatu, tapi hari ni baru dia tergerak hati untuk ke Love & Co. Memandangkan esok dia ada candle lightdinner dengan Asyfa. Lagi pula, dia pun baru balik dari Johor.
Sepatutnya dia memang balik esok, tapi memandangkan kerja dia pun selesai awal, jadi buat apa lagi duduk dekat Johor? Eloklah dia balik je terus. Dekat sana pun tertekan je memanjang. Nasiblah ada Affan, tak murung sangat dia dekat sana.
Dalam banyak-banyak kedai perhiasan, kali ini Love & Co. menjadi pilihan. Kata Dareena, perempuan memang suka hadiah dari sini. Tapi terfikir jugak apa yang dia nak hadiahkan kepada Asyfa.
Gelang? Rantai? Hmm, rantai pun okay. Cantik pun cantik.
"Firas..." Panggilan seseorang sedikit menyentakkannya. Sejak bila pulak dia terkenal ni? Rasanya dia baru mucul dekat tv semalam untuk slot program hiasan dalaman. Tapi takkan semudah tu dia dikenali kot?
Firas menoleh ke belakang. Agak hampa apabila melihat wajah tersebut. Ceh, ingatkan peminat, rupanya cinta tak jadi.
"Eh, Luna..tak sangka jumpa dekat sini."
Segaris senyuman dihadiahkan. Cukup sekadar berbasa-basi.
"Keluar dengan siapa?" Luna berbalas senyum. Agak janggal, tapi turut teruja memandangkan sudah lama Firas tak tegur dia macam tu.
"Sorang je."
"Oh." Sepatah sahaja Firas membalas. Pandangannya dilarikan daripada menatap wajah Luna. Bukan takut tergugat iman ya, takut termenyumpah. Bertambah dosa.
Forgive boleh, forget tak.
"You nak belikan untuk Sya ke?" Firas hanya mengangguk.
Untung jugak ada Luna. Sekurang-kurangnya, bolehlah dia buatkan Luna berhenti taruh harapan padanya. Bukannya dia tak dengar dari mulut Dareena tentang sikap Luna yang semakin menjadi-jadi tu.
Kesian. Balik luar negara etika dah kelaut. Lain sungguh dengan Luna yang dulu. Luna yang dulu sebijik perangai macam Asyfa. Yang bezanya cuma Asyfa lebih play hard to get. Luna pula lebih jelas dengan perasaanya.
Both are different in a good way.
Tapi mungkin untuk Luna, sikap macam tu dah tak valid. Sebab dia dah jadi suami orang kot, tapi Luna masih jelas sukakannya.
"Kalau rantai, I suka yang ada diamond kecil macam ni. Perempuan lain mungkin tak suka. Biasanya diaorang suka yang ada diamond besar, yang mahal. I je kot suka yang macam ni." Firas hanya layankan sahaja. Kedua-dua belah tangan disilangkan ke dada.
"Oh, kau suka yang macam tu?" Luna mengangguk seraya tersenyum. Gembira apabila disoal Firas. Sedikit sebanyak menunjukkan yang Firas masih lagi ingin tahu tentang dirinya.