36

7K 611 51
                                    

          SEPI suasana di dalam kereta tanpa sebarang perbualan mahupun pergaduhan mulut antara Asyfa dan Firas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          SEPI suasana di dalam kereta tanpa sebarang perbualan mahupun pergaduhan mulut antara Asyfa dan Firas. Hanya bunyi radio yang menghiasi kereta. Kedua-duanya pula lebih selesa untuk mendiamkan diri dan dibuai perasaan yang mereka sendiri tidak pasti.

Asyfa membuang pandang ke luar tingkap. Air mata yang mula bergenang kembali cuba ditahan daripada terus jatuh.

Hampir setengah jam berlalu, hanya radio sahaja yang kedengaran. Firas mengetuk-ngetuk stereng kereta. Sesekali keluhan kecil terbit di bibirnya. Tidak pasti bagaimana ingin memulakan bicara.

"Sya."

"Saya tak nak cakap dengan awak sekarang." Datar dan perlahan sahaja suara Asyfa. Dia masih merenung ke luar tingkap. Berusaha sedaya upaya tidak ingin memandang raut wajah Firas.

"I get it. But at least—" Firas berdehem terlebih dahulu sebelum kembali menyambung ayatnya.

"Fasten your seatbelt."

Mata Asyfa membulat. Pipinya sudah berona merah. Malu. Tali pinggang keledar yang masih terletak elok di sisi seat itu segera dipakainya. Eei, dia ni baru nak bagitahu! Tadi tak cakap awal-awal! Nak sampai dah pun!

"Sorry," ucap Asyfa perlahan, acuh tak acuh. Lain perkara yang diomongkan dalam hati, lain pula bicara yang meniti di bibir. Cukup dengan kata maaf sahaja. Malas ingin memanjangkan cerita.

Firas hanya mengangguk. Dia kembali menumpukan perhatian kepada pemanduannya. Sampai sahaja di perkarangan rumah, radio dimatikan. Asyfa yang kelihatan sudah terlena itu dibiarkan seketika. Wajah isterinya itu ditenungnya lama.

Tangannya berkira-kira untuk memegang bahu Asyfa. Ingin mengejutkannya daripada tidur, tapi risau juga bakal membuatkannya tidak selesa. Akhirnya Firas hanya membiarkan Asyfa dihanyut mimpi sementara dirinya pula dihanyut berbagai-bagai rasa yang bercampur-baur.

Fikirannya juga tidak tenang terkenangkan kejadian sewaktu di studio tadi. Semua salah faham itu terlalu mengganggu mindanya.

Beberapa minit berlalu, mata Asyfa akhirnya terbuka perlahan. Matanya ditenyeh-tenyeh sebelum melihat setiap sudut pemandangan luar yang sangat tidak asing baginya. Macam kenal, tapi dekat mana eh?

"Kita dah sampai rumah," ujar Firas. Tahu akan tabiat Asyfa yang selalu mamai selepas dibuai lena. Asyfa mengangguk tapi tubuhnya masih melekat pada seat co-pilot itu.

"Kenapa tak keluar lagi?" Tersedar kerana teguran Firas itu, Asyfa memandang raut wajah Firas sekejap sebelum segera menanggalkan tali pinggang keledarnya dan melolos keluar dari kereta.

Firas tersenyum nipis. Dia menggelengkan kepalanya. Mamai tak habis-habis.

Enjin dimatikan lalu dia menuju kearah bonet. Nampak sahaja Asyfa yang terlebih dahulu mencapai bagasi milik mereka, pantas sahaja bagasi itu dirampas.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now