FIRAS tersenyum melihat gerangan wanita yang kini secara sah menjadi isterinya. Pejam celik, pejam celik, akhirnya mereka berdua diijabkabulkan jua. Walaupun selama bertunang, tak ada sehari pun hari tanpa perdebatan antara mereka berdua, tapi nak buat macam mana kan. Mungkin betul la orang cakap, kalau dah jodoh tak ke mana.
'Cantik.'
Pujian itu hanya dibicarakan dalam hati. Dress pengantin yang dipilih oleh ibunya itu cukup membuatkan Asyfa kelihatan cantik dan ayu walaupun sudah menginjak lewat petang.
"Hai pengantin, takkanlah baru kahwin dah termenung jauh." Bahu Firas terhinjut sedikit dek tepukan seseorang. Lamunannya tadi segera lenyap. Firas tersengih melihat seraut wajah ibu yang tersenyum padanya. Hai, ibu sukalah tu tengok dia kahwin dengan menantu pilihan kegemarannya.
"Apa ibu ni. Along cuma fikir macam mana hidup along tanpa ibu dan abah nanti."
Tangan Firas dilingkarkan pada bahu Puan Hanisa. Kepalanya dilentokkan pada bahu ibunya. Rindu pula dia nak bermanja dengan ibu nanti.
"Apa pulak macam tu. Along nanti dah ada isteri, tak payah lah nak manja sangat dengan ibu dan abah. Nanti senanglah, kitaorang kena jaga Akim je nanti. Hilang satu beban." Mata Firas membulat. Terkejut dengan pernyataan terlalu jujur ibu.
"Ibu, tak baik!" Puan Hanisa ketawa. Seronok mengusik anak sulungnya itu.
"Eh, ibu. Cakap pasal Akim, mana dia? Tak sampai lagi ke?" Firas mencari-cari kelibat adiknya itu. Manalah tahu Akim buat surprise sempena perkahwinan dia ke. Bukan boleh agak adiknya tu.
"Tak sampai lagi. Flight dia tunda tadi. Nampaknya macam malam ni jugak dia sampai." Firas mengangguk. Rindu pulak dia pada adik tunggal dia tu. Dah beberapa tahun sambung belajar luar negara, beberapa tahun tu jugaklah dia tak bersemuka lagi dengan adiknya.
"Along ni bila nak salin baju. Dah nak maghrib ni. Pergi lah bersiap dulu."
Ya tak ya jugak. Dah lah berpeluh habis tubuhnya ni.
•••
SUASANA bilik itu masih janggal sejak tadi. Asyfa hanya diam. Dia sesekali termenung, sesekali bermain dengan jari-jemarinya. Tak tahu apa yang perlu dilakukannya sekarang.
Punggung dilabuhkan di sofa bilik. Dia menunggu Firas yang masih di bilik mandi memandangkan dirinya sudah lengkap berpakaian casual. Tak adalah janggal untuk bersiap.
Setelah berpuas lamanya Asyfa menunggu, Firas akhirnya keluar dari bilik mandi. Namun, Firas yang hanya berkain tuala paras lutut menyebabkan Asyfa segera mengalihkan pandangannya.
YOU ARE READING
FIRASY ✓
RomanceKnown as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan "Jangan ingat kau lebih tua daripada aku,aku akan ikut cakap kau!" - Firas Hakimi Siapa je yang suka kalau hati ni dah dite...