"OKAY then. I love you."
Pengakuan tanpa kesahihan bukti keikhlasan itu membuatkan Asyfa terdiam lama. Dirinya juga bagaikan menjengah alam lain untuk seketika. Janggal..dan tidak tahu untuk memberi apa-apa reaksi.
Ah, lelaki. Macam la boleh dipercayai sangat!
Lagi-lagi lelaki macam Firas Hakimi ni.
Man with words.
"So how about you?" Asyfa terdiam lagi. Sempat matanya melirik kearah wajah Firas yang masih tersenyum. Menampakkan lesung pipitnya itu.
"It's okay, I will let you feel to be loved and to be in love soon." Firas mengenyitkan sebelah matanya.
Asyfa terkedu untuk seketika. Dia masih lagi kaku berdiri di hadapan pintu. Hanya ekor mata sahaja yang melirik kearah Firas yang mula melangkah keluar bilik.
Okay tak okay Firas ni? Kenapa tiba-tiba jadi si flirty ni...
"Jangan merepek Firas! Saya malas la nak layan awak." Asyfa mendengus kecil seraya langkah kaki turut diatur keluar.
Firas yang berjalan dihadapannya itu dipandang. Tatkala ini sempat lagi Asyfa menilik Firas. Dalam pada sibuk menilik, langsung dia tidak sedar akan jaraknya dengan Firas yang makin lama makin hampir itu. Dan...
Buk!
"Aduh..." Asyfa mengaduh perlahan. Tak pasal-pasal batang tubuhnya berlanggar dengan belakang tubuh Firas apabila langkah Firas sudah terhenti.
Firas terus memalingkan tubuhnya. Jarak antara mereka yang terlalu dekat itu membuatkan kedua-dua mereka terdiam. Namun tidak lama apabila senyuman senget Firas mula terpamer pada wajah. Lalu tubuhnya direndahkan sedikit supaya wajah mereka menjadi setara.
"Is it too close?" soal Firas, seakan-akan sengaja memancingnya.
"Hah? Er..."
"Or you want to get closer?"
Mata Asyfa membulat dengan soalan tak senonoh Firas itu. Dah lah suka sangat guna ayat tu!
Firas tak tahu ke betapa gelabahnya dia kalau Firas tunjuk sisi flirt tu.
Firas cuma gelak seraya menggelengkan kepalanya. Comel je Asyfa ni.
"Nak tahu sesuatu tak?"
"Hah?" riak blur Asyfa membuatkan Firas tergelak lagi.
"Sya, stop showing how nervous you're right now with me..."
"Eh, mana ada!" Firas hanya tersenyum.
"Er..apa yang awak nak bagitahu?" Asyfa menyoal perlahan. Entah kenapa rasa berdebar la pulak untuk tahu.
"Tak nak bagitahu la," Asyfa sudah bungkam. Hei, dia ni memang tak lama la! Menyampah betul!
YOU ARE READING
FIRASY ✓
RomanceKnown as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan "Jangan ingat kau lebih tua daripada aku,aku akan ikut cakap kau!" - Firas Hakimi Siapa je yang suka kalau hati ni dah dite...