MAJLIS pada petang itu mengetengahkan tema garden, sesuai dengan konsep outdoor yang dipilih. Hampir keseluruhan orang yang hadir mengenakan pakaian santai. Pemilihan lokasi yang berada di tengah-tengah taman bunga juga menyamankan lagi mood suasana pada petang itu.
Nyaman dan cantik.
Hanya beberapa minit sahaja lagi majlis akan berlangsung dan hal itu sekali gus membuatkan Asyfa yang dari tadi sudah tidak senang duduk makin menjadi tidak senang duduk. Pergerakannya asyik terbatas dek kerana pakaian yang dikenakannya itu.
Dress labuh biru lembut tanpa lengan itu dipakaikannya dengan cardigan putih. Shawl satin biru lembut juga turut dililitnya di kepala.
Firas mencuri pandang Asyfa disebelahnya. Sekali tengok memang tak jemu mata memandang, ayu sungguh. Dengan make up natural yang dikenakannya dan bibir yang dioles lip matte itu cukup tampak sempurna di matanya.
"Firas..." suara halus yang memanggil dirinya membuatkan Firas beralih fokus pada tuan empunya suara. Keluhan kecil meniti di bibir mungil Asyfa. Reaksi Asyfa yang seolah-olah merengek ingin keluar daripada majlis itu menghiburkan hatinya. Belum mula lagi dah buat hal dia ni.
"Kenapa? Nak pergi tandas?" usik Firas walaupun secara terang-terangan sudah tahu perangai Asyfa yang satu itu.
Asyfa menggeleng.
"Tak adalah. Saya segan." Firas tersenyum. Lalu kerusi Asyfa tanpa segan silu ditarik supaya merapatinya, sehinggakan bahu mereka juga hampir bersentuhan.
Tubuh Asyfa mengeras dan matanya membulat dengan tindakan tak diundang Firas itu.
"Then keep being closer to me. Undeniably I can ensure you heart well," bisik Firas menggoda dengan senyuman manis berlesung pipitnya itu. Aduh, makin segan dibuatnya kalau macam ni!
Asyfa memilih untuk diam. Cukuplah perbuatan Firas tadi dah menduga perasaan dia. Dia tak naklah terlalu terbuai dengan kata-kata manis Firas pula.
Tapi, apa yang lebih mengganggu fokusnya adalah apabila tangannya dapat dirasakan diusap lembut. Seolah-olah Firas cuba menenangkan dirinya. Ish, Firas tak tahu ke cara tu lagi buat dia gabra!
Pipi dah berona merah tanpa sedar. Segan menjadi-jadi harini apa kes!
Firas sesekali diliriknya. Firas hanya mengenakan kemeja putih dengan jeans biru. Tiga butang teratas kemeja itu juga dibuka sedikit, menampakkan baju t-shirt putihnya di dalam. Lengan juga disisingkannya sedikit. Tampak simple, tapi dirinya masih lagi menyerlah di majlis ini.
Kalau dah hensem tu, pakai macam mana pun tetap hensem. Kan?
"Kenapa Sya?" Perasan dirinya seakan diperhatikan, Firas terus menyoal.
YOU ARE READING
FIRASY ✓
RomanceKnown as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan "Jangan ingat kau lebih tua daripada aku,aku akan ikut cakap kau!" - Firas Hakimi Siapa je yang suka kalau hati ni dah dite...