Known as Learn To Love You
"Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan
"Jangan ingat kau lebih tua daripada aku,aku akan ikut cakap kau!" - Firas Hakimi
Siapa je yang suka kalau hati ni dah dite...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
SUASANA yang riuh-rendah itu turut membuatkan hatinya tak keruan. Tubuh segera dirapatkan pada Firas yang berada di sebelahnya. Dia sesekali mengerling Firas yang seperti mencari kelibat seseorang.
Asyfa mengeluh kecil. Macam silap je pilihan dia untuk ikut Firas. Sumpah, dia rasa macam nak pengsan sekarang ni. Anxiety tiba-tiba meninggi. Dia dah macam tak boleh fokus sebab keadaan dan orang sekeliling yang masih tidak biasa baginya.
"Dah kenapa ni?" Firas menggeleng-gelengkan kepalanya melihat telatah Asyfa yang berbeza itu. Sekejap bibirnya diketap, sekejap kepalanya digelengkan, sekejap reaksi macam nak nangis. Nasib muka tak pucat je.
"Kita ni bukannya nak menikah kali kedua. Yang kau berdebar sangat ni kenapa? Tak ada paparazzi pun dekat sini nak interview kita macam-macam," kata-kata Firas menyebalkannya. Ramai je yang pandang-pandang. Ke perasaan dia je?
"Saya tak sangka pulak ramai macam ni." Riak wajah Asyfa memang dah macam nak nangis. Lengan Firas ditarik-tarik.
"Ya Allah, Asyfa Hanan. Patahlah lengan aku ni nanti."
"Habistu buat apa kita tercegat lagi dekat sini?"
"Shh, sweetie. Stop talking for a while. Remember, I can't multitask. Aku tengah cari sorang kawan aku ni, hilang fokus aku nanti." Jari telunjuknya dilekapkan pada bibir Asyfa seketika sebelum dialihkannya semula.
Asyfa mencebik. Okaylah, fine!As you wish.
Asyfa diam tidak berkutik. Dia turut sama mencari rakan Firas yang dimaksudkan itu. Kata Firas, lelaki itu mempunyai paras ketinggian yang agak sama dengannya. Ah, satu je hint buat apa! Ramai je yang dilihatnya tinggi macam Firas.
"Fan! Sini!" Firas melambai-lambaikan tangannya agar dapat dikesan rakannya itu. Lelaki tersebut menghampiri mereka berdua. Terpaku Asyfa seketika. Wow. Boleh berterabur iman dibuatnya. Ni betul-betul two pretty bestfriend ni.
Lelaki itu menghadiahkan senyuman padanya dan Firas. Manis sungguh. Kalau Firas senyum ada lesung pipit, kawan Firas ni pula senyum nampak eyesmile. Warna mata dia tak boleh blah, macam mat saleh terus!
"Ni kunci. Kau lambat sangat. Orang lain dah rasmi bilik dari tadi lagi." Kunci itu diambilnya dari Affan lalu diserahkan kepada Asyfa. Dahi Asyfa berkerut tapi diturutkan jua arahan tanpa kata Firas tu.
"Aku last?"
"Tak jugak. Luna sorang lagi," ujar Affan perlahan. Tidak ingin menyinggung mana-mana hati. Asyfa yang dari tadi terdiam, mengerling Firas. Ingin melihat reaksinya, tapi hanya riak biasa yang dipamerkan.
"Weh, lupa. Ni tentatif program." Affan menepuk dahinya lalu pamphlet terus diserahkan kepada Asyfa. Tanpa menyedari riak Firas yang seakan-akan tidak berpuas hati itu.