ASYFA termenung lama di sejadah. Wajah diraup beberapa kali. Rasa berdosa pula bila tak fokus masa solat tadi. Sepatutnya dia perlu tinggalkan hal duniawi untuk seketika. Bukannya sibuk fikirkan hal duniawi sepanjang masa.
Kata-kata yang dilontarkan kepada Firas tadi kembali bermain di fikiran. Terbit rasa serba-salah dalam dirinya tiba-tiba. Sepatutnya tadi boleh je selesaikan dengan cara elok.
Macam mana kalau..dia yang salah? Kusut betul macam ni. Dahlah dia memang sejenis orang yang tak boleh marah lama-lama. Walaupun teruk mana pun salah orang tu, tetap ada sisi lembut dia untuk memaafkan.
Bak kata Firas, sesuai dengan nama dia.
Asyfa Hanan. Penawar kasih sayang.
Aduh, Firas lagi. Buatlah apa benda sekali pun, nama Firas tetap berlegar je dalam fikiran dia. Ke ni petanda yang dia perlu minta maaf dengan Firas? Tapi siapa yang salah sekarang ni?
Firas la kan. Tapi..kalau dia cuma salah faham macam mana? Ya lah, dia bukannya baca full pun isi diari tu. Cuma helaian pertama dan muka surat terakhir..
Jadi memang salah faham ke ni?
Ah, senang cerita dia kena cari balik diari tu!
Asyfa bangun lalu telekungnya ditanggalkan. Sejadah dan telekung yang digunakan tadi disangkut rapi di tempat biasa. Langkah mula diatur ke rak buku yang ingin dituju. Tujuannya hanya satu.
Cari diari tadi!
"Dekat mana pulak—"
"Eh, apa ni?" Lain yang dicari, lain pula yang ditemui. Tapak kaki yang terasa seperti terpijak sesuatu segera dialihkan. Gambar yang kelihatan terkoyak itu dikutip. Hanya satu bahagian sahaja.
Tapi...
Ni gambar dia!
Asyfa terpempan. Jantungnya tiba-tiba berdegup laju. Bagaikan ada satu rasa yang membuatkannya makin berdebar-debar.
Dia ingat gambar ni.
Gambar terakhir mereka bersama sebelum Firas pindah..
"Kalau tiap gambar awak menangis, macam mana saya nak kenal awak bila dah besar nanti?"
Asyfa menyeka air matanya pantas.
"Habistu kenapa kena pindah?"
Budak lelaki itu hanya tersenyum. Tidak memberikan sebarang jawapan. Macam biasa.
"Kenapa awak koyakkan gambar ni Firas.." Perlahan Asyfa bersuara. Dia mengetap bibir, menahan seribu satu rasa yang mula membelenggu dirinya.
Pantas Asyfa menunduk, cuba mencari sebahagian gambar lagi yang terkoyak. Janganlah hilang..dia nak dapatkan sendiri kepastian dari mulut Firas.
YOU ARE READING
FIRASY ✓
RomanceKnown as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan "Jangan ingat kau lebih tua daripada aku,aku akan ikut cakap kau!" - Firas Hakimi Siapa je yang suka kalau hati ni dah dite...