58

7.8K 583 98
                                    

        PENJELASAN Luna itu hanya membuatkan amarahnya semakin melambung tinggi

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

        PENJELASAN Luna itu hanya membuatkan amarahnya semakin melambung tinggi. Hanya tempat mereka berada itu sahaja menjadi penyebab amarahnya cuba dikawal daripada terletus.

"Kau dah melampau!"

"Affan kawan baik kau kot, kawan baik Firas. Kawan baik korang!"

"Tapi a-aku tak sengaja.."

"Apa maksud kau tak sengaja? Teguk air kencing syaitan tu kau kata tak sengaja? Memandu sambil mabuk tu kau kata tak sengaja?! Kalau kau fikir dulu sebelum buat, semua ni takkan jadi.."

"I'm sorry.. I can't think well masa tu.." ujar Luna jujur. Matanya langsung tidak dapat bertentang dengan anak mata Asyfa. Ya, memang salah dia. Tapi dia terlalu ikutkan rasa sedihnya. Ini pun kali pertama dia teguk lepas dapat tahu ayahnya terlibat dengan jenayah berat.

Anak mana yang tak kecewa bila dapat tahu orang yang dia sayang sebenarnya macam tu? Penjenayah.

Dia tak boleh fikir seeloknya, dia cuba untuk hilang dari radar, dia cuba untuk melupakan realiti. Dan akhirnya..

Hanya kegelapan yang diperoleh.

"Sebelum buat tak fikir dulu. Lepas dah jadi baru nak menyesal. Who do you think you are?" Sinis Asyfa berterus-terang. Dah malas untuknya berselindung lagi tentang marah dia yang dah lama terbuku itu.

"Dah la masih tiada hukuman yang dikenakan terhadap pemandu mabuk yang dah sebabkan kematian."

"D-dah. I dah kena hukuman tu." Bergetar nada suara Luna. Agak takut dengan penyataan Asyfa itu.

"Hukuman apa yang kau dah kena?! Gantung sampai mati?!" Akim yang mendengar tersentak. Fuh, boleh tahan lancang jugak mulut kakak iparnya ni. Mesti dah lama berdendam dengan Luna ni. Tapi tak apa, dia sokong!

"Setakat lesen kau kena gantung, kau boleh ubah balik ke kenyataan tentang perbuatan kau yang dah buat nyawa lain tergadai?! Nyawa kawan baik kau sendiri Luna..kawan baik kau. Kau lupa ke?!" Bahu Luna terhinjut sedikit.

"Ada duit semua benda jalan! Tapi ada kau fikir tentang perasaan keluarga Affan? Ada kau fikir tentang perasaan orang lain? Sebab sikap selfish kau tu je, kau dah hancurkan hati ramai orang tahu tak?"

1-0 bro.

Memang Luna bukan lawan Kak Asya. Nak menjawab pun Luna ni dah tak reti. Macam baru belajar nak bercakap pun ya jugak. Terkial-kial nak jawab. Ni mesti tak pernah join debat ni.

Samalah. Dia tak pernah jugak. Tu yang hanya jadi pendengar dan penyibuk setia tu.

Asyfa bangun daripada labuhannya. Tak betah dia duduk di situ mendengar satu persatu luahan Luna. Makin berlama dia kat situ, makin tak betah dia nak dengar.

Tak faham betul lah! Dah terang bersuluh pemandu mabuk tu sebabkan kematian. Kenapa orang macam ni masih tak kena hukuman setimpal? Kalau setakat boleh ikat jamin, yang kaya memang akan selalu terlepaslah!

FIRASY ✓ Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang