"ASYA tak suka!"
Permintaan mamanya itu terlalu menganggu emosinya. Dahlah dia dah dibebani dengan masalah ibu bapa murid tadikanya tadi. Sekarang bila dah balik rumah pula permintaan mamanya itu memang sukar untuk dihadamkannya.
Stress! Frust! Tertekan!
Puan Rozana mengeluh. Kepalanya diurut, letih sungguh dengan perangai anak tunggalnya ini. Sekejap sahaja keputusannya sudah berubah. Haritu dia jugak yang setuju. Entah kenapa angin berubah pulak?
"Asya cakap okay je siapa pun mama pilih. Ni kenapa bantah pulak. Bukannya dia tak elok. Mama cari yang paling hensem dah. Takkan tu pun tak cukup?" Asyfa mengetap bibirnya. Mama tak faham. Kalau muka je hensem, tak mencerminkan apa-apa lagi!
"Mama, Asya bukannya tak nak. Tapi... At least carilah setaraf dengan umur Asya. Way older than me pun Asya tak kisah. Tapi kenapa..." Keluhan demi keluhan terbit di bibir Asyfa. Mata hazelnya memandang mata mamanya dengan pandangan redup. Bagaikan meminta simpati.
Ya Allah, ni masa depan dia kot! Gila tak kesah?
"Asya, he's not too young for you. Muda setahun je pun and attitude dia pun elok sangat. Mama suka. Okay lah dengan anak mama yang degil ni."
"Ma!" kata-kata Puan Rozana tadi langsung tidak meyakinkan dirinya. Muda setahun pun! Kalau dah lelaki muda daripada perempuan, biasanya memang tak matang kan? Kan? Aduh! Gelaplah masa depan idaman dia.
Puan Rozana tersenyum. Masih begitu yakin akan pilihannya. Perangai si jejaka pilihan dia matang dan menenangkan. Raut wajahnya juga bonus! Helok sungguh! Baginya serba-serbi cukup untuk melengkapi anak tunggalnya itu.
"Asya tak degil pun okay," perlahan sahaja Asyfa menuturkan katanya.
"Kalau tak degil kenapa tak nak ikut cakap mama?" Asyfa terdiam. Lama dia memikirkan jawapan yang sesuai agar dapat dicerna oleh mamanya itu.
"That's a choice."
"But that's also a will from me."
"Kalau Asya tak degil, buktikan kat mama." Asyfa terdiam lagi. Kali ni dia menelan liur, tiba-tiba gerun dengan cabaran mamanya itu. Ah, sudah! Kalau dah namanya mama, memang dia guna kuasa veto dia lah!
•••
"IBU, along tak nak!"
Puan Hanisa mengeluh. Dah mula dah perangai bak batu anak sulungnya itu. Dia ni bukannya apa, cuma nak tengok anak sulungnya ini berkeluarga je. Kadang-kadang dia pun hairan, kemana perginya perempuan-perempuan kat Malaysia ni. Takkan tak ada seorang pun yang berminat untuk didampingi anaknya.
"Itu tak nak. Ini tak nak. Habistu along nak yang mana? Cuba bagitahu ibu."
Dah hilang modal bagi Puan Hanisa untuk mengerah Firas. Kalau selama ini, dinanti-nantikan juga calon yang akan dikenalkan Firas kepadanya untuk dijadikan isteri. Tapi tak ada! Memilih sangat ke anak aku ni?
"Along tak nak yang mana-mana. Can you please stop finding girls for me. I'm not suits anyone..."
"Apa pulak cakap macam tu!" Marah Puan Hanisa. Kali ini dia sudah bercekak pinggang. Bagaikan memarahi anak kecil.
"Along tak suka la. Ibu macam la tak kenal along," dalih Firas lagi. Encik Nazim cuma geleng. Fokusnya masih tertumpu pada akhbar yang sedang dibacanya. Dah tahu sangat anaknya macam mana. Kalau paksa pun bukannya ikut.
"Nazim, tengok anak awak ni. Awak manjakan sangat dia sampai perempuan pun dia dah tak suka," tohmahan Puan Hanisa membuatkan wajah Firas berubah riak. Mata sepet Firas juga membulat.
Ya Allah, sampai macam tu sekali persepsi ibu terhadap dia!
"Ibu! I'm not gay yet."
"Yet? Kenapa tambah yet kat belakang?!" Firas menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh, tak faham betul dia dengan ibu ni. Asal jauh sangat ibu fikir?
"Dah la tu Nisa. Along tu dah besar. Pandailah nanti dia cari calon isteri sendiri." Firas mengangguk laju. Setuju dengan kata-kata abahnya.
"Awak! Kalau macam tu sampai ke sudah along tak kahwin. Awak macam tak kenal dia ni. Entah ada girlfriend ke tak masa sekolah menegah. Sibuk sangat dengan basketball dia tu," riak wajah Firas berubah cemberut. Kenapa basketball dia pulak dipersalahkan? Ini tak adil!
"Ibu, basketball is not the main point here. Okay, okay. Kalau ibu nak carikan okay. Along setuju. Tapi..." Firas cuba bermain tarik tali dengan ibunya. Kata-katanya itu dibiarkan tergantung terlebih dahulu.
"Tapi apa?" nada Puan Hanisa kedengaran agak garang. Ya la, makin manjakan makin tak kena si Firas ni. Macam-macam alasan nanti!
"Along nak kenal dia dulu."
YOU ARE READING
FIRASY ✓
RomanceKnown as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan "Jangan ingat kau lebih tua daripada aku,aku akan ikut cakap kau!" - Firas Hakimi Siapa je yang suka kalau hati ni dah dite...