15

7.8K 646 29
                                    

"TAPI aku tak cakap pun salah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TAPI aku tak cakap pun salah..."

"Sebab aku tahu aku hensem." Terlopong sedikit mulut Asyfa apabila mendengar jawapan berisi riak yang terluah dari Firas itu. Lalu Asyfa berpura-pura tidak mendengar. Segera dia bangun daripada tempat duduknya. Makin lama nanti, makin merapu si Firas ni dengan riak, ujub, takburnya yang tak sudah.

"Nak kunci kereta."

"Kenapa?"

"Tak nak dengar awak cakap merepek." Firas menghamburkan tawanya. Dia turut sama bangun. Bahu Asyfa ditarik agar merapatinya. Asyfa sudah malas ingin bergaduh, jadi dia hanya membiarkan.

"Kalau suka aku, confess. Senang je Sya," ujar Firas dengan nada berbisik.

Mata Asyfa membulat. Okay, dia tarik balik malas nak gaduh tadi. Excuse me?

"Hello, awak tu kalau suka saya, confess."

Malu sebenarnya Asyfa nak cakap macam tu tapi terpaksalah dia beranikan diri nak lawan Firas.

"Siapa suka siapa sekarang ni?" Firas menunduk sedikit memandangkan Asyfa agak rendah bagi seseorang yang tinggi sepertinya. Dia mempamerkan senyuman menggoda.

"I'm not interested in you.."

"Same goes to me," balas Firas selamba.

Asyfa mencebik. Menyampahnya!

"Tapi.. " ayat Firas terjeda seketika sebelum kembali menyambungnya.

"I'm way better than your boyfriend."

"EX boyfriend." Tegas Asyfa geram. Eei, dah berapa kali dah dia betulkan Firas. Degil la dia ni!

"Okay, your ex boyfriend. Kalau nak bandingkan dengan aku, memang jauh beza. Kan? Aku ni dahlah hensem, tinggi, gentle. Fuh, memang ciri-ciri lelaki idaman malaya lah."

"Excuse me? Ya Allah, perasannya." Firas tergelak.

"Tapi betul kan?"

"Hmm," balas Asyfa acuh tak acuh.

"Kan?"

"Eei, malaslah layan awak." Firas tergelak lagi. Nak minta pujian daripada Asyfa pun susah. Haih!

•••

          "LATTE macchiato sa.."

"Dua." Firas mengerling Asyfa sekilas sebelum mengangguk kepada pelayan tersebut.

"Tu je." Selesai pelayan tersebut mengambil pesanan, Firas terus menjongketkan keningnya.

"Latte macchiato, huh?"

"Saje je nak cuba. Mana tahu citarasa kita sama ke," balas Asyfa selamba.

"Kalau tak habis membazir je nanti."

"Eleh, bukan awak pun yang bayar." Asyfa menggulingkan bebola matanya.

"Oh, kau nak bayar ke?"

"Eh, kenapa? Awak nak belanja ke?"

"Heh, tak kuasa aku bazirkan duit untuk perempuan."

"Eh, hello. Perempuan ni isteri awak."

"Baru nak mengaku aku suami kau?"

"Boleh tak jangan putar belitkan ayat saya?"

"Siapa yang mula membelitkan statement dulu?"

"Eei!"

"Eei.." Firas mengajuk reaksi Asyfa. Sengaja ingin menambahkan api yang dari tadi membara itu.

Telefonnya diseluk dari dalam poket. Rampasan telefon cuba dilakukan oleh Asyfa, namun tidak berjaya.

"Eh eh kenapa ni." Firas tergelak kecil melihat perangai Asyfa.

"Tak payahlah main telefon. Takkan lah awak tak kesian tengok saya."

"Who cares about you?" Asyfa mula mencebik apabila kata-katanya dibalas dengan jawapan selamba Firas. Reaksi Asyfa itu membuatkan Firas tersenyum.

"Tak ada la. Aku nak tengok pukul berapa je. Don't be too sensitive, tahulah tak ada telefon." Firas sengaja ingin menghamburkan api kemarahan Asyfa.  Tapi Asyfa hanya membuat muka bersahaja. Langsung tidak terkesan dengn kata-kata Firas.

"Firas..."

"Apa?"

"Saya nak telefon saya. Awak mintaklah dengan Danish tu." Firas pantas menggeleng. Jari telunjuknya digoyangkan ke kiri dan kanan. Tanda tidak bersetuju dengan permintaan Asyfa.

"Tak payah. Kenapa nak mintak dengan dia pulak? Entah-entah dah rosak telefon kau tu." Asyfa mengeluh kecil.

"Habistu, nanti susahlah saya nak call orang, nak buat kerja..." Firas tidak mengendahkan kata-kata Asyfa. Dia hanya membuat muka selamba.

"Silap la saya ajak awak keluar. Tambah stress je." Firas cuba mengawal senyum. Hanya riak serius yang dipamerkannya.

"Kalau kau tak ajak aku keluar pun, kita berdua jugak ada kat rumah. Kau nak cari gaduh dengan aku jugak," sinis ayat yang terzahir dari mulut Firas itu.

Asyfa mengetap bibir. Geram. Ada je ayat yang dia nak balas! Menyampahnya!

"Eei!" Firas mengejeknya. Baru sahaja hendak membalas, seorang pelayan sudah datang membawa minuman yang dipesan mereka. Asyfa mengawal tingkah lakunya. Jelingan tajam sempat diberikan kepada Firas.

"Ni latte macchiato dua," kata pelayan tersebut. Asyfa dan Firas mengangguk.

Seraya terima kasih diucap, Firas turut  mengangkat wajahnya. Terpempan dirinya buat seketika apabila pelayan  tersebut merupakan orang yang amat dikenalinya.

Pelayan tersebut hanya tersenyum.

"Have a nice day..." Senyuman pelayan tersebut tidak berbalas.

Asyfa turut sama mengangkat wajahnya.  Senyum manis dipamerkan sebelum pelayan tersebut berlalu pergi.

"Cantik gila."

Ringan mulut Asyfa memuji pelayan tersebut. Dahlah persis model. Sekali pandang ada iras Cinta Laura. Tapi berkali-kali pandang pun tetap sama!

"Pekerja baru ke eh? Awak perasan tak dia selama ni Firas?"

"Entah. Ya lah tu kot," balas Firas acuh tak acuh. Tiba-tiba moodnya hilang. Sejak bila balik Malaysia ni?

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now