57

7K 563 169
                                    

       LANGSIR ragu-ragu untuk diselak namun Firas yang masih tidak pulang membuatkan dia rela bertapa di hadapan tingkap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       LANGSIR ragu-ragu untuk diselak namun Firas yang masih tidak pulang membuatkan dia rela bertapa di hadapan tingkap. Masih setia menjenguk ke luar walaupun keadaan luar yang gelap gelita.

"Kalau abang balik..seminggu Sya belikan latte macchiato untuk abang," ujar Asyfa sendiri. Dia cuba menenangkan dirinya. Sumpah, dia rela tengok Firas muntah kopi daripada dapat khabar berita yang tak elok tentang Firas.

Serius tak tipu, dalam mimpi tu memang jelas dia nampak darah yang tak henti mengalir pada tubuh Firas. Suara yang menjerit pun terlalu kuat.

"Abang memang takkan apa-apa kan? Abang dah janji dengan Sya.."

"Abang balik eh? Abang janji dengan Sya abang akan balik. Boleh?"

"Of course I will. As much as I take care of myself, you need to take care of yours too. Okay, sayang?"

"Janganlah buat Sya risau.." Bibir diketap. Empangan air matanya serasa bila-bila masa sahaja boleh pecah.

Langkah mula ingin diatur ke bilik, cuba membuang fikiran negatif tersebut walaupun hatinya masih tidak tenang. Namun, bunyi deruman enjin di luar mematikan hasratnya.

Cepat-cepat dia melangkah kembali ke tingkap. Ingin mengintai terlebih dahulu bagi memastikan tebakannya itu tidak salah.

Kerutan di dahinya terbit apabila pemandu itu keluar dari kereta.

"Abah?"

Pintu segera dikuak tanpa berlengah. Debaran di dadanya semakin berentak hebat. Kenapa ibu dengan abah datang pagi-pagi macam ni?

"Ibu, abah.."

"Asya, dah solat subuh ke belum?" Asyfa mengangguk laju. Tepat dia solat subuh tadi. Masuk waktu terus solat. Memandangkan dia sudah tidak boleh tidur selepas melalui mimpi ngeri tersebut.

"Kalau dah, pergi la bersiap. Kita pergi hospital. Along..kemalangan," ayat terakhir itu membuatkan tubuh Asyfa terasa lemah. Terkejut dengan khabar yang datang dari mulut ibu itu.

"Ya Allah, Asya.."

Tubir matanya bagaikan sudah pecah.

"Asya, jangan macam ni nak. He's fine. Ibu tahu anak ibu kuat. Asya pun kuatkan diri ya," ujar ibu seraya mengusap-usap lembut bahu Asyfa. Cuba menenangkan menantunya itu.

"Asya pergi bersiap dulu okay. Nanti kalau lewat..." Abah menjeda ayatnya sebelum mula menggeleng. Bagaikan turut menafikan kata-katanya itu.

"Asya pergi bersiap dulu. Abah dengan ibu tunggu dalam kereta ya."

•••

          DADANYA berombak hebat saat mula melangkah masuk ke ruang hospital. Dia ditemani oleh ibu dan abah, sementara Akim terlebih dahulu berada di hospital memandangkan dia sudah berada di tempat kejadian sejak tahu tentang khabar buruk itu.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now