20

8K 711 25
                                    

          "SYA, Sya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          "SYA, Sya..."

Bau wangian yang menusuk kalbu itu membuatkan Asyfa mencelikkan matanya sedikit. Dia tersenyum apabila lelaki itu tersenyum manis padanya. Hensem, tapi kenapa muka dia familiar?

Asyfa masih dalam keadaan mamai, namun bau wangian itu terlalu menarik perhatiannya. Dia bangun dari pembaringan lalu tubuh lelaki itu dihidu.

"Eh, eh..kau buat apa ni?" Firas menjarakkan sedikit dirinya dengan Asyfa. Haih, mesti mamai ni. Asal bangun tidur je macam ni. Padahal, bukan tidur malam pun. Baru pukul 3 petang!

Kepala digelengkan dengan tangan yang sudah disilangkan di dada. Hanya memerhati tingkah laku Asyfa yang bukan-bukan itu.

"Wangi..." pujian Asyfa membuatkan Firas cuba mengawal tawanya daripada terhambur. Ini kalau record ni, memang valid digunakan untuk ugut Asyfa macam-macam.

Mungkin sudah letih menghidu, kini Asyfa kembali duduk di atas sofa ruang tamu rumahnya. Dengan mata yang kembali terpejam.

"Hei, Sya. Bangun..." Bahu Asyfa digerakkannya perlahan. Kalau dia sorang ni la, haih. Memang susah betul nak kejutkan. Tak nak berpisah langsung dengan tidur tu.

"Sya, bangun. Dah pukul 3 ni. Kau tak solat zohor lagi." Mata Asyfa terbuka luas. Terkelip-kelip matanya memandang Firas di hadapan. Otak masih membeku, tidak dapat nak proses apa-apa.

"Awak dah siap solat?" soal Asyfa sambil menenyeh matanya.

Firas cuma angguk.

"Nak ajak kau solat sekali tadi, tapi nampak macam kau letih sangat je."

"Mengantuk..."

"Dah, pergi naik mandi lepastu solat." Firas menarik pergelangan tangan Asyfa perlahan, cuba membantunya untuk bangun.

Jarak kedudukan Firas dan Asyfa yang agak rapat membuatkan Asyfa mula dapat merasakan wangian Firas itu mencucuk-cucuk hidungnya. Segar mata dia.

Wangi betul!

"Awak..nak pergi mana ni?"

"Hah? Kenapa?" Firas tergelak kecil. Dia menilik dirinya untuk seketika. T-shirt hitam kosong dipadankan dengan seluar slek hitam. Langsung tak nampak macam ada tanda-tanda nak keluar.

"Tak. Hmm, tak ada apalah. Saya naik atas dulu."

•••

          PROSES mengikat rambutnya segera disudahkan tatkala matanya mula tertancap pada barang-barang yang tersusun rapi di atas meja solek. Setiap barang itu dibeleknya satu persatu sehinggalah terhenti pada satu barang.

Perfume Firas!

Oh, jadi ni la perfume yang Firas selalu guna tu. Kenapa wangi sangat eh?

Terbuntang matanya tatkala melihat nama wangian tersebut.

Rain by Marc Jacobs!

Ya Allah, patutlah wangi semacam. Harga pun harga akhir zaman. Mahal yang amat!

"Hei, tengok apa tu?" suara yang tiba-tiba membuatkannya tersentak. Lantas wangian tersebut pantas diletakkan semula di tempat asal. Cuba berpura-pura biasa, bagaikan tiada apa yang berlaku.

Firas hanya tergelak melihat reaksi Asyfa. Sudahlah dari tadi lagi dia berdiri di pintu sambil memerhati.

"Sejak bila awak ada dekat situ?"

"Tak lama sangat. Tapi sempat la tengok kau pegang perfume aku," jawapan selamba Firas membuatkan wajah Asyfa mula membahang.

"Eh, kenapa merah?" usik Firas lagi seraya jari telunjuknya ditunjukkan pada pipi Asyfa.

"Eei, mengarut la awak ni." Langkah kaki mula diatur ingin keluar. Laju pergerakannya untuk keluar dari bilik namun laju juga tindakan Firas menyandarkan tubuhnya pada pintu bilik. Sengaja ingin menghalangnya keluar.

"Awak ke tepi. Saya nak keluar."

"Jap, jap. Stay dulu sini. Aku nak tanya kau sesuatu ni," riak wajah Firas berubah serius.

"Apa?"

"Kau..ada kemas barang aku tak tadi?" Asyfa menelan liurnya.

Alamak, ada.

Eh. Kenapa? Pasal buku ungu kosong tu ke? Privasi dia ke?

"Ada," jawab Asyfa perlahan.

"Kau—" Belum sempat Firas meneruskan kata-katanya, Asyfa terlebih dahulu memintas.

"Tak! Saya cuma kemas barang awak je. Saya tak buat apa yang tak patut..saya..."

"Eh, shh. Asyfa Hanan, boleh tak bagi aku habiskan ayat aku dulu." Isyarat jari telunjuk di bibir dilakukan. Menyuruhnya supaya diam.

"Aku cuma nak tanya..ada nampak telefon aku tak?" Asyfa diam untuk seketika. Dia meliarkan mata ke kiri dan ke kanan lantas menggelengkan kepalanya.

"Tak ada la pulak Firas."

"Cuba kau telefon," riak Firas berubah serius. Lantas Asyfa segera mengambil telefonnya dalam poket.

"Kau save tak nombor aku?"

"Er, save kot." ujar Asyfa ragu-ragu seraya berfikir. Rasanya nama Firas disimpannya sebagai 'Firas Hakimi 😤'.  Tapi bila melepasi huruf F, tiada pula paparan nama itu. Pelik!

Firas mendekatkan dirinya pada Asyfa lalu turut melihat telefonnya.

"Kau tak save nombor aku ke?"

"Eh, mana ada. Saya yakin yang saya—" Ayat Asyfa terjeda seketika tatkala membaca satu nama di dalam senarai kenalannya. Matanya sudah terbuntang luas.

'Mine ❤️'

"Jangan cakap ni nombor awak?!" nada suara Asyfa sudah meninggi sedikit. Tidak berpuas hati dengan apa yang dilihatnya. Patutlah Firas geledah telefon dia tadi!

Firas yang hanya ketawa makin membuatkannya geram.

Ya Allah! Tak pernah terfikir pun dia nak simpan nombor Firas mengarut macam ni. Siap ada emoji love bagai!

"Firas!!!" usai mentertawakan Asyfa, dia melorekkan senyuman manis padanya.

"Awak memang sengaja kan?"

"Tak payah tukar eh. Apa salahnya kau sweet sekali-sekala dengan aku. Kan?" Bahu Asyfa dipeluknya.

Wangian Firas membuatkan Asyfa diam. Tidak cuba untuk berdebat dengannya. Alahai, kenapa attractive sangat dia ni.

Perasan dengan perubahan Asyfa itu, lalu Firas tergelak perlahan.

"My scent is your weakness, right?" Asyfa mula tersedar daripada lamunan lalu lengan Firas yang mendarat pada bahunya ditolak. Eei, perasan. Tahu lah betul tapi still dia perasan!

"No!" bantah Asyfa lagi, cuba mempertahankan dirinya.

"Sya, kalau kau minat aku jujur je." Selamba sahaja kata-kata itu datangnya dari Firas. Dengan senyuman yang turut terlorek sama sejak tadi.

"Eei, perasan. Awak tu kalau minat saya, jujur!" Ayat selamba dibalas juga dengan ayat selamba dari Asyfa. Entah dari mana keberanian dia tiba-tiba wujud pun dia tak tahu.

Ala, Firas boleh je main-main dengan kata-kata dia, takkan dia tak boleh!

Tapi, lain pula yang jadinya apabila dia tak sangka pula kata-kata Firas selepas itu...

"Okay then. I love you."

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now