56

8.5K 543 54
                                    

          BUKU-BUKU disusun rapi ke dalam eco-bag miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          BUKU-BUKU disusun rapi ke dalam eco-bag miliknya. Dah la semua tebal, satu hari nanti patah jugak lengan dia rasanya. Nasiblah kerja yang dia minat dan hargai dari dulu. Kerja yang datangkan berganda pahala, kerja yang membuahkan hasil.

Jemari sempat membalas pesanan dari beberapa orang ibu bapa muridnya berkenaan sesuatu yang mereka kurang pasti. Soalan tentang pakaian sekolah mereka esok, aktiviti mereka esok atau apa-apa sahaja. Kadang-kadang soalan sama..tapi nak buat macam mana. Bukan semua orang peka dengan sesuatu makluman.

Selesai apa yang patut, Asyfa meregangkan sedikit tubuhnya sebelum mula berlalu keluar bilik. Ruang kerja Firas menjadi hala tujunya.

Tangan sudah mula naik ke atas untuk memulas tombol, namun dijatuhkan kembali. Nafas ditarik dalam sebelum tombol itu dipulas perlahan-lahan.

Nampak sahaja figura Firas di meja kerja,  langkah kaki diatur mendekatinya.

"Hai.."

"Eh, hai Sya.. Sorry, abang tak sedar pulak Sya masuk." Asyfa hanya tersenyum. Punggung dilabuhkan di kerusi bersebelahan Firas.

"Tak apa.." balas Asyfa perlahan. Sempat dia melirik kearah kerja Firas sebelum kembali memberikan tumpuannya pada wajah Firas. Dia teragak-agak untuk menyoal. Tapi tetap jugak dia nak tahu.

"Er..abang pergi Perak bila?" Lambat-lambat Asyfa menyoal.

"Macam mana Sya tahu abang nak pergi Perak?" Asyfa hanya mempamerkan sengihan.

"Affan bagitahu. Dia cakap macam ni tau dekat Sya." Asyfa menjeda ayatnya seketika sebelum kembali menyambung. Persis sepertimana Affan memberitahunya haritu.

"Sya, kalau you rasa Luna tu bakal madu you, you sebenarnya silap. I bakal madu sebenar you. Nanti I dengan Firas nak pergi Perak..honeymoon. Tolong cemburu, please."

Cara Asyfa bercerita membuatkan Firas tertawa. Boleh bayangkan terus macam mana Affan cakap dekat Sya.

"Mengarut la Fan tu."

"Tapi kelakarlah. Sya tak bolehlah kalau dengan Affan. Mesti gelak. Hidup dia happy je memanjang. Macam tak pernah sedih pulak, marah pun tak. Abang pernah bergaduh dengan dia?" Agak lama Firas berfikir sebelum dia perlahan-lahan menggeleng.

"Seriuslah tak pernah. Macam tipu je."

"Betul la ni. Nak gaduh dengan Affan pasal apa? Dia tu setenang-tenang laut. Kalau abang semarak-marak api sekalipun, dia tetap tenang Sya."

"Gaduh manja pun tak pernah?" Soalan Asyfa membuatkan Firas tertawa.

"What do you mean by gaduh manja? Gaduh nak cari pasal tanpa sebab? Macam tu ke?" Asyfa hanya mengangguk.

"Kalau yang tu adalah. Gaduh sekejap, lepastu berbaik. Kenapa ni..kenapa tanya banyak-banyak ni?" Kali ini Asyfa pula tergelak.

"Saja je. Tertanya-tanya. Oh, abang tak jawab lagi soalan Sya. Abang pergi Perak bila? Untuk apa?"

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now