28

7.4K 636 36
                                    

          BEBERAPA homosapiens yang berpusu-pusu mulai melangkah masuk ke dalam Kejora Design cuba untuk tidak diendahkannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          BEBERAPA homosapiens yang berpusu-pusu mulai melangkah masuk ke dalam Kejora Design cuba untuk tidak diendahkannya. Tapi dah lewat hampir setengah jam ni, tak terkejut bangun ke semua? Nak kerja ke tak nak kerja ni?

Team bawah Affan ni memang, suka ambil kesempatan. Mentang-mentang Affan baik, ingat diaorang boleh buat suka-suka hati ke?

Firas menapak memasuki lif. Fail ditangannya sempat ditilik dari satu kertas ke kertas yang lain. Keluhan dilepaskan beberapa kali.

Stress, stress.

Apabila lif terbuka, langkah terus dihayunkan menuju ke ruang pejabat Affan. Tanpa ketukan, Firas selamba badak sahaja masuk tanpa dipinta. Lantas, tubuh dihenyakkan di atas kerusi empuk bertentangan Affan.

"Fan, cuba kau tengok."

"Wah lelaki. Tak ada adab betul. Dahlah tak ketuk tak apa. Cuba kalau aku tengah buat benda tak senonoh masa kau masuk, tak ke terbuka aib aku nanti? Ish, kau ingat kita bussiness partner, kau boleh buat suka hati lah?" Panjang lebar Affan membebel.

Firas berdecit. Banyak mulut betul si Affan ni. Kadang-kadang terfikir jugak macam mana dia boleh ngam sangat dengan Affan. Padahal sikap mereka kadang-kadang diibaratkan sebagai hitam dan putih.

Perbezaan yang ketara.

"Fan, aku tengah stress ni. Aku rasa dah beberapa kali aku dah ubah lukisan ni tapi klien tu tetap tak puas hati lagi. Cuba kau tengok, apa yang kau rasa boleh betulkan?"

"Klien mana satu ni weh. Sebab setahu aku haritu aku jumpa setiap klien kita, tak ada lah pulak yang nampak cerewet."

"Mrs. Lee tu la."

"Oh, bakal ibu mertua aku." Riak wajah Affan tiba-tiba kelihatan berseri.

Hai, dah tangkap cintan dengan lenglui ke mamat ni. Ah, muka dia bolehlah senang jual. Dengan rambut yang agak perang, ditambah pula dengan amber eyes yang dimilikinya tu. Built different betul mamat ni. Nak cakap ada kacukan, memang pure melayu.

"Sempat lagi kau eh. Sambil menyelam minum air ke hah?" Tawa Affan kedengaran. Betul la tu. Single kan, macam-macam boleh buat. Married guy macam Firas lainlah. Fokus komitmen je.

"Tak ada lah. Aku main-main je. Tapi anak dia lawa. No cap."

"Hah, eloklah tu. Kau handle lah bakal ibu mertua kau tu. Kalau semua lukisan ni pun dia reject, aku nak kerah idea dekat mana lagi? Aku tak tidur malam tahu nak siapkan design ni, tapi tak menepati citarasa dia jugak. Cerewet betul!"
Pelipisnya diurut.

Tak tahan betul dengan klien macam ni. Sebelum pilih untuk berkerjasama, lain. Bila dah start berkerjasama pula, lain.

Menyusahkan!

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now