59

7.5K 585 105
                                    

         "SAYA tak nak janji apa-apa buat masa sekarang

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

         "SAYA tak nak janji apa-apa buat masa sekarang. Pesakit sudah semakin stabil, tapi tahap pesakit masih 50-50. Jika pesakit akan mula sedar nanti, dia akan mengalami post-traumatic amnesia (PTA)."

"PTA ialah suatu keadaan normal dalam proses untuk sembuh. Selepas pesakit sedar daripada koma, majoriti pesakit akan mengalami keadaan yang dipanggil PTA. Ini adalah fasa di mana pesakit tidak dapat mengingati perkara yang berlaku di sekelilingnya. Pesakit berada di dalam keadaan keliru yang berpanjangan dan ada ketika menjadi agresif dengan sendirinya. Tahap kekeliruan dan agresif ini adalah berbeza bagi setiap individu, bergantung kepada tahap kecederaan otak yang dialami."

Asyfa termenung jauh apabila mengingatkan kata-kata doktor beberapa hari yang lepas. Walaupun dia mengharapkan lebih daripada itu, iaitu Firas masih dapat mengingat sebaiknya, tapi separuh hatinya sedar akan semua itu yang sudah mustahil untuk berlaku.

Jauh sekali akan berlaku.

Tapi dia sudah tidak kisah akan perihal semua tu. Asalkan Firas kembali bangun, celik mata, bersuara, itu sudah cukup baik baginya. Asalkan dia bangun..

Tubuh Firas yang kejur berbaring dalam keadaan masih tidak sedarkan diri itu ditatapnya lama. Empangan air matanya mula pecah. Setitik demi setitik mula jatuh membasahi pipi.

"Abang..lama lagi ke abang nak tidur? Abang tak puas lagi ke rehat? Abang sakit..tapi abang tak tahu ke perasaan Sya pun sakit jugak bila tengok abang macam ni."

"Physically, you're weak. But mentally..it's me. You're hurting. But you don't know how much I'm hurting too because of you.."

"Bangunlah. Nanti Sya belanja latte macchiato. Seminggu straight Sya belanja abang air kegemaran abang tu."

Tubuh Firas masih kekal sama. Lemah berbaring. Tiada pun tanda-tanda yang menunjukkan dia akan bangun. Langsung tiada.

"Abang, tahu tak..Sya rasa yang abang poyo gila dulu. Selalu benda yang keluar dari mulut abang tu menyakitkan hati je. Lepastu pulak, setiap benda ada je abang nak cari pasal dengan Sya. Lepastu selalu sangat agung-agungkan ketinggian. Menyampah gila."

"Dan pada masa tu, Sya tak pernah perasan yang abang sebenarnya ada hati pada Sya. Langsung tak perasan. Sya ingat abang cuba nak mainkan hati Sya. Sya minta maaf..."

"Firas..Firas Hakimi..bangunlah. Haritu cakap kalau Sya jaga diri Sya, abang pun akan jaga diri abang. Tapi kenapa abang ingkar janji tu.." Pipi sudah lencun berlinangan air mata dengan esakan yang masih kedengaran perlahan.

"Abang kena bangun..sebab abang kena tahu sebanyak mana Sya hargai abang tanpa abang perasan. Sebanyak mana Sya rasa kehilangan tiap kali Sya tengok abang lemah berbaring atas katil. Sya takut..Sya takut Sya tak kuat nanti. Nanti anak kita macam mana? Sya nak dia tahu kewujudan abang. Sya nak abang ada dengan Sya waktu ni. Sya perlukan abang..."

FIRASY ✓ Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang