Known as Learn To Love You
"Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan
"Jangan ingat kau lebih tua daripada aku,aku akan ikut cakap kau!" - Firas Hakimi
Siapa je yang suka kalau hati ni dah dite...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"NAH."
Latte macchiato kegemarannya disua di hadapan Asyfa. Dia tahu Asyfa jadi janggal nak cakap dengan dia. Sebagai tanda minta maaf, sempat juga dia beli latte macchiato kegemarannya itu di salah satu kafe yang berhampiran.
Air yang sama dengannya. Sebab dia malas nak fikir panjang. Lagipun, dia pun tak tahu air kegemaran Asyfa apa. Cuma setahu dia, Asyfa pernah bagitahu yang dia tak suka kopi.
Ah, lantaklah.
"Air apa ni?" Perlahan sahaja Asyfa menyoal. Kalau diikutkan, memang dia tak nak tanya tapi kalau air tu tak sedap macam mana?
"Entah," jawapan sepatah Firas itu terlalu menyakitkan hatinya. Memang mulut boleh jawab sepatah je ke? Tapi kalau nak berdebat tahu pula nak jawab berpatah-patah!
Air itu ditilik lama. Nampak macam latte. Alamak, dia tak suka coffee! Tapi tak apa je kot kalau cuba dulu...
Perlahan-lahan air itu disedut. Hmm, boleh tahan. Taklah sepahit yang dia sangka. Tapi tak lah manis sangat. Okay la. Sesuai la dengan Firas. Ada pahit, ada manisnya perangai dia. Eh?
"Sorry." Asyfa mengangkat wajahnya. Tak pasti dengan apa yang dikatakan Firas memandangkan dia sibuk mengenal pasti air yang diminumnya itu.
Ni adik beradik espresso dengan americano ke..
"Hah?"
"Nothing." Asyfa hanya mengangguk.
"Hmm..." Firas memandang Asyfa yang seperti ingin mengatakan sesuatu.
"Sorry," ucapan maaf dari Asyfa hanya dibalas dengan anggukan oleh Firas.
Tu je? Angguk je? Wow, tu fungsi kepala rupanya.
"Minumlah air tu cepat. Nanti lambat pulak balik," Asyfa mengangguk kecil. Ya, faham. Eei, kenapalah perangai dia macam ni!
"Hmm..." Firas memandang Asyfa lagi. Keningnya dijongketkan. Asyik hmm je dari tadi si Asyfa ni. Nak apa sebenarnya ni?
"Kau nak apa?" Asyfa hanya tersengih. Malu pula apabila fikirannya seperti dapat ditebak.
"Awak marah saya lagi ke?" soal Asyfa perlahan. Gusar dirinya akan dibebel Firas untuk kali yang kedua.
"Sesat." Firas mengangguk. Kali ini berpuas hati dengan jawapan Asyfa.
"Good. Belajar daripada kesilapan." Asyfa mengetap bibirnya. Eei, annoying lah pulak dengan dia ni!
Sejurus selepas itu, kejanggalan kembali bertandang apabila suasana menjadi kembali diam tanpa sepatah kata pun dari mereka berdua. Deheman Firas membuatkan Asyfa mengangkat wajahnya memandang Firas.
"Eh, kau anak tunggal ke?" Soalan tiba-tiba Firas itu membuatkan Asyfa mengerutkan dahinya. Dahlah panggil dia pun 'eh'. Nak jawab pun malas kalau macam ni.
"Eh? Excuse me, saya ada nama lah!"
"As if I care?" Sempat lagi Asyfa menjeling Firas sebelum malas-malas akhirnya soalan itu dijawabnya juga.
"Ya, anak tunggal. Kenapa?" jawab Asyfa acuh tak acuh. Ni sesi perkenalan yang paling tak mesra ke apa ni.
"Oh, tak terasa nak adik ke?" Soalan tiba-tiba Firas itu membuatkan Asyfa hampir tersedak. Mujur sahaja kerongkongnya tidak buat hal.
"Tak. Lagipun, awak pun muda daripada saya. Awak je lah jadi adik saya." Kali ini giliran Firas pula tersedak. Dia terbatuk-batuk kecil lalu tekak turut diusap perlahan. Jawapan paling nahas betul la dia ni.
"What?! Crazy!" Asyfa menghamburkan tawanya. Padan muka. Tahu pun janggal. Lain kali tanyalah lagi soalan macam tu. Sukacitanya dia akan jawab.
"Kau—" jari telunjuknya dituding pada Asyfa, seakan-akan tidak berpuas hati.
"Apa? Betullah saya cakap."
"Nonsense." Firas menggelengkan kepalanya laju. Asyfa masih sakan menggelakkannya. Lain kali tanyalah soalan pelik lagi. Lagi pelik jawapan dia nanti.
"At least, I'm way taller than you." Mata Asyfa mencerlung memandangnya. Lelaki tinggi memang macam ni ke? Riak sangat dengan tinggi tu!
"Who cares?" Senyum herot Firas terpamer lagi apabila melihat riak wajah Asyfa. Dia bangun daripada tempat duduknya. Bergegas Ayfa menonong mengikutnya dari belakang.
"Kau nak pergi mana pulak ni?"
"Boleh pilih eh?"
"Ada dua jam je lagi masa aku free. Suka hati kau lah. Barang dapur pun dah beli," mata Asyfa bersinar gembira. Langkahnya dipercepatkan supaya seiring dengan langkah Firas.
"Hmm. Apa kata kita tengok wayang?" Firas menggelengkan kepalanya. Membantah permintaan itu.