33

7.4K 613 98
                                    

           ALUNAN petikan gitar menghiasi studio di The Favola, resort santai yang dipilih menjadi tempat reunion oleh para alumni Aster High

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

           ALUNAN petikan gitar menghiasi studio di The Favola, resort santai yang dipilih menjadi tempat reunion oleh para alumni Aster High. Studio ini khas tersedia untuk tempahan istimewa bagi apa-apa majlis yang akan berlangsung. Alatan muzik yang pelbagai juga sudah tersedia lengkap. Mudah untuk sebahagian meeka menjalankan latihan.

Di satu sudut studio, petikan gitar sudah lama terhenti dek kerana fokus si pemerhati yang menghilang. Dari tadi lagi anak mata Luna masih tidak terlepas dari memandang seraut wajah yang amat dirindukannya itu.

Masih ramai yang mengejarnya, masih ramai yang ingin memilikinya, tapi yang menjadi perhatiannya semenjak dahulu hanyalah pemuda itu.

"Hey, why did you stop?" Firas bersuara senada, tapi kedengaran tajam baginya. Firas mengangkat wajahnya. Begitu serius tanpa secalit senyuman.

"I..I lupa chord lagu ni," bohong Luna. Sekadar ingin mendapatkan perhatian Firas.

"Affan cakap dah prepare," nada Firas kedengaran agak tidak berpuas hati tapi masih lagi cuba dikawal.

"Er, I prepare lagu lain." Perlahan sahaja Luna menuturkan bicaranya. Gusar juga Firas bakal menyinga apabila dia mula mendengar dengusan Firas. Jelas di halwa telinganya itu.

"Come. Aku ajar." Luna hanya menurut. Kerusinya didekatkan merapati Firas.

"Starting from the verse, the first line of chords is going to be F..."

"...A7, D minor and then C minor 7." Tutorial petikan itu dilakukan Firas satu persatu bagi memudahkan Luna.

"Lepastu, the second line of chords pulak B flat." Fokus Firas masih pada petikan tersebut. Wajahnya langsung tidak diangkat memandang Luna.

"G minor."

"C."

Kali ini, petikan gitarnya terhenti. Tajam matanya memanah anak mata Luna yang dia sedari tidak lepas dari memandangnya sejak tadi. Fokus Luna bukan pada tutorialnya malah tertumpu pada wajahnya.

"Please be professional, Luna Nafisa. Remember, aku suami orang." Luna tersenyum kelat. Pedih untuk mendengar sendiri pengakuan itu daripada Firas. Sedangkan dia dan Firas pernah berjanji untuk bersama.

Kalau sebelum ini bibir Firas sentiasa menguntum senyum apabila leka dipandang dirinya, namun kini dia seolah-olah melihat manusia yang berbeza. Begitu lain perilaku dan cara layanan Firas terhadapnya.

"I miss your voice. Really." Firas tidak membalas. Sebaliknya, kertas yang berada di tangannya dicoret. Menulis setiap chord gitar lagu History, One Direction itu. Tak lah jenuh sangat untuk ajar Luna ni nanti.

"I miss your smile too." Firas mula mengeluh.

"Stop. Kau fokus boleh tak? I don't want to argue with you right now. So please..." Luna terkedu. Kata-kata Firas itu menyiat-nyiat hatinya, sehingga membuatkan memori di usia remaja kembali berputar di fikiran.

FIRASY ✓ Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang