8

8.5K 689 17
                                    

          "DAH beli barang dapur?" Masuk sahaja abang dan kakak iparnya ke dalam rumah, Akim segera menerpa mereka bersama senyuman mesra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"DAH beli barang dapur?" Masuk sahaja abang dan kakak iparnya ke dalam rumah, Akim segera menerpa mereka bersama senyuman mesra. Seronok pulak tengok abang sulungnya itu berumah tangga. Nampak lah sikit abangnya itu hidup. Selama ni terlalu fokus kerja sangat.

Mereka berdua hanya mengangguk. Barang-barang yang dibeli diletakkan terlebih dahulu di atas meja makan sebelum membawa haluan masing-masing.

"Eh, along nak pergi mana ni?"

"Naik bilik." Akim mengangguk. Pandangannya kini tertumpu kepada kakak iparnya pula.

"Kak Asya?"

"Er..nak pergi tandas."

"Kat sini ada tandas," jari telunjuknya dituding kearah tandas dapur. Asyfa menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh, macam mana ni.

"Haah la kan. Eh, tapi tak apalah, Kak Asya guna tandas bilik," ujar Asyfa seraya pantas meninggalkan Akim yang terpinga-pinga. Hairan dengan kejanggalan tiba-tiba abang dan kakak iparnya itu.

Puan Hanisa yang baru muncul di dapur menepuk bahu Akim lembut. Anak bongsunya itu dilihat masih tercegat sambil menggumam sesuatu dengan dahi yang berkerut. Fikir apalah agaknya.

"Kenapa Akim?"

"Tak ada apa ibu. Cuma, Akim peliklah dengan along dengan Kak Asya.." jawab Akim seraya tangan disilangkannya di dada.

"Kenapa? Pelik apanya?" Akim mengangkat bahu.

"Entah. Perasaan Akim je kot."

"Ish budak ni. Mesti banyak sangat baca komik ni. Tu lah, ibu dah pesan. Jangan melampaui batas sangat baca komik tu. Dah besar panjang pun degil jugak tak nak dengar cakap ibu." Akim menggaru-garu kepalanya. Eh, macam tak berkait? Takkan dia dan komik pulak tiba-tiba dipersalahkan?

"Ibu ni, kenapa Akim pulak yang jadi mangsa bebel..." Akim mencebik.

•••

ASYFA termenung di sofa bilik. Sesekali, dia mengerling Firas yang sibuk menyiapkan kerjanya. Fokus tu terarah pada laptop je. Tak laptop, telefon. Terlalu workaholic la dia ni. Tak mengira masa!

Asyfa berura-ura untuk bangun tapi ideanya kembali dibatalkan. Coklat bar yang berada di tangannya disembunyikan dari pandangan Firas.
Senyap-senyap je dia letakkan kembali coklat bar ke dalam troli tadi. Niat sebenar untuk dia makan sendiri, tapi bila ikutkan perasaan bersalahnya pada Firas, jadi tak apalah. Sedekah lebih bagus...

Wajah Firas sengaja dipandangnya lama agar tumpuan lelaki itu akan beralih padanya. Biasanya taktik ni menjadi!

"Ya, anything?" Asyfa tersengih. Malu pula apabila apa yang dijangkakannya berhasil. Pandangan Firas kini beralih padanya. Nafas ditarik dalam. Malu untuk mengutarakan kata-katanya.

"Hmm..macam mana eh nak cakap," perlahan sahaja suara Asyfa menuturkan bicaranya. Bibirnya diketap. Malu yang menghambat diri diusahakan jua untuk segera hilang dari radar.

Come on Asyfa!

"Apa? Cakap je lah," nada suara Firas kedengaran tenang tapi riaknya masih kelihatan serius.

"Pasal tadi. Kat dalam wayang," tutur Asyfa perlahan tapi masih dapat didengari Firas. Firas terdiam seketika sebelum akhirnya tergelak kecil.

Kali ni tak sinis. Wah, hebat!

"Oh, tak apa. Akim pun macam tu jugak."

"Seriuslah..." Bahang di pipi Asyfa semakin menjadi-jadi. Ya Allah, dia rasa macam nak pengsan je sekarang ni!

"Serius lah ni. Tapi kau lagi teruk lah," mata Asyfa membulat. Takkanlah! Eei, malunya! Nasib kaulah Asyfa, siapa suruh tidur. Kan dah berair liur basi dalam wayang tadi. Dahlah kat atas baju Firas! Ya Allah!

"Dah la budak tu tegur pasal baju awak," Memori di pusat membeli-belah tadi kembali bermain di fikirannya. Asyfa menggeleng-gelengkan kepalanya. Cuba mengusir memori memalukan itu. Ish, malu!

"Dia bukan ingat muka aku pun," balas Firas lagi. Sekadar menyedapkan hati Asyfa yang dah terlampau gabra.

"Tapi..awak pulak dapat malu. Bukan saya." Asyfa memperlahankan suaranya di akhir ayat. Pipinya ditekup, cuba menahan malu yang bersisa. Kalau saat Firas ditegur itu pun dia yang malu, inikan pula bila menghadap Firas yang menjadi mangsa air liur basinya.

Malu satu hal, serba salah lagilah!

"Dah lepas pun. Kau ni kan. Dahlah, malas aku nak layan. Aku nak buat kerja sikit lagi ni. Jangan kacau aku," ujar Firas seraya kembali menumpukan perhatiannya pada laptop.

Firas begitu fokus pada kerjanya sehingga tidak sedar tentang kehadiran Asyfa yang makin lama makin mendekat. Coklat bar yang baru dibelinya tadi diletakkan di atas papan kekunci laptop Firas.

"Sorry..." ujar Asyfa perlahan. Firas masih tidak lagi memandangnya.

"Aku tak suka coklat. Kau makan je lah," jawapan Firas membuatkan Asyfa terdiam seketika. Wah, patutlah bila dia letak coklat ke dalam troli, Firas letak semula ke rak makanan!

Sayangnya tak suka coklat. Patutlah perangai pun tak semanis coklat.

"Awak makan lah. Nanti saya rasa bersalah lagi."

"Eh, jangan degil boleh tak. Kau makanlah. Aku nak buat kerja ni."

"Makan lah dulu," pujuk Asyfa lagi seraya menarik tangan Firas yang sedang lincah menaip. Tindakannya itu membuatkan anak mata Firas tepat menikam wajahnya. Laptopnya juga ditutup.

"Stop." Asyfa mengetap bibir. Takut untuk dengar balasan dari Firas.

"Kau ni macam budak kecik. Merengek je dari tadi. Ya, nanti aku makan. Letak lah kat situ dulu," suaranya dilembutkan di hujung ayat. Nak marah pun kesian. Dahlah Asyfa ni sensitif.

"Makan lah sekarang."

"Kalau macam tu, kau lah suap." Mata Asyfa membulat. Eh, lebih-lebih pulak!

"Eei, awak ada tangan kan?" Asyfa bangun lalu cuba menjauhkan diri dari Firas. Tangannya disilangkan di dada. Tidak berpuas hati dengan permintaan tersebut.

"Ha, tahu pun. Dah, pergi jauh. Nanti aku makan lah. Banyak kerja sekarang ni."

"Ya lah. Maaf ganggu. Maaf tadi. Maaf degil. Maafkan saya..." gumam Asyfa dengan pasrah seraya mula menapak keluar dari bilik.

Firas cuma tersenyum nipis. Macam-macam perangai betul la dia ni. Nampak je matang, garang. Tapi sebenarnya sensitif, degil.

Dan mungkin..1% comel.

Laptopnya yang ditutup tadi kembali dibuka.

"Sorry la. Aku tengah busy. Nantilah aku layan kau cakap."

"Okay!" Sahutan Asyfa yang agak kuat itu jelas kedengaran. Firas menggeleng-gelengkan kepalanya. Telinga lintah betul lah dia ni.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now