61

10.8K 631 208
                                    

6 tahun kemudian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

6 tahun kemudian..

          "IBU..Arfan rindu abah." Asyfa memeluk anaknya erat. Tangis yang tersisa itu dikesat.

"Nanti kita jumpa abah ya sayang. Ni, kita dah pakai macam ni Arfan ingat kita nak pergi mana?" Arfan tersenyum nipis. Dia menilik semula baju yang dipakainya. Lengkap berbaju melayu, manakala ibunya pula berbaju kurung.

"Kubur kan? Abah ada kat situ?" Asyfa mengangguk.

"Kenapa abah ada kat situ?" Asyfa hanya tersenyum nipis. Kepala Arfan diusap. Dibiarkan sahaja soalan anaknya itu tidak berjawab.

"Ibu..jawablah.."

"Sayang, abah dah tak—"

Deheman seseorang mematikan perbualan berlanjutan ibu dan anak itu. Jelingan tajam dihantar kepada mereka berdua yang duduk di bahagian belakang melalui pandangan cermin kereta.

"Amboi, rancak berdosa betul ibu dan anak ni." Tawa Arfan dan Asyfa terlepas. Sengaja betul nak cari pasal dengan Firas pagi-pagi buta. Dah tahu sangat reaksi dia macam mana.

"Ala, abah. Ni skrip theater Arfan haritulah."

"Tahulah abang ni. Sensitif sangat! Bukan cakap pasal dia pun." Firas berdecit perlahan.

"Eh, hello. Of course, sensitif. Dah la tak ada sorang pun nak duduk seat depan. Apa, ingat abang ni driver ke?" Asyfa tergelak. Langsung tak ada kaitan!

"Abah, duduk seat depan tak boleh nak baring la. Tak best!"

"Ah, alasan. Arfan ni memang. Selalu sangat pertahankan ibu. Abah terasa tau. Cakap haritu kita bestie. Lepastu sekarang melekat dengan ibu je," bebel Firas tak sudah.

Arfan sudah tergelak. Lengan ibunya dipeluk. Kepala turut sama terteleng manja pada lengan ibu.

"Ala, kalau Arfan berkepit dengan abah je, kesianlah ibu. Lagipun, yang lahirkan Arfan tu ibu, bukan abah." Firas menyembunyikan senyum. Amboi, mulut anak dia. Nak je dia bagitahu fakta sebenar. Tapi bila teringatkan anak dia yang baru berumur 5 tahun itu, jadi dia terpaksa lupakan je la hasratnya.

Umur lima tahun terlalu muda untuk pendedahan macam ni.

"Hei, hei. Elok sikit. Abah kalau boleh lahirkan anak, abah lahirkan je tahu tak. Tapi abah lelaki. Tak boleh. Nak buat macam mana."

"Boleh je. Abah kena makan banyak je." Tawa Firas terlepas. Fuh, kalau dengan cara ni je boleh dapatkan anak, mungkin dah bercambah kadar kelahiran manusia kat bumi ni.

"Oh, patutlah ibu berisi dulu masa mengandungkan Arfan. Ibu makan banyak rupanya."

"Haah," balas Arfan selamba. Hanya mengiakan sahaja kata-kata abahnya.

Asyfa sudah menjeling Firas tajam. Kurang asam betul si Firas ni. Sempat je nak mengutuk!

"Nanti kita kenalah beli makanan banyak-banyak lagi. Suruh ibu makan. Nanti Arfan boleh dapat adik baru." Sengaja Firas mengusik.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now