38

7.6K 596 131
                                    

          KAKI mula melangkah masuk ke ruangan kafe

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          KAKI mula melangkah masuk ke ruangan kafe. Segenap isi kafe itu diperhatikannya. Tak ada lah pulak nampak wajah yang ingin dicarinya. Rasanya lepas balik Malaysia memang Luna dah mula kerja dekat sini. Maklumlah, kafe ayahnya juga.

Semasa zaman sekolah menengah dulu, 'Lunar Cafe' memang tempat wajib baginya, Luna, Affan dan Dareena. Kalau sehari tak lepak sini, memang tak sah. Sebab tu minum kopi dah jadi macam tabiat dia. Semua berpunca daripada sini. Minuman kegemarannya juga datang dari sini.

Firas memaku matanya pada menu di kaunter.

"So, I want to order..."

"Latte macchiato?" Kepalanya terus dikalihkan ke hadapan. Gadis di hadapannya itu dipandang dengan senyuman kecil.

"Yes." Firas tergelak. Malu pula apabila gadis itu sudah dapat mengagak apa yang ingin dipesannya. Ingatkan dah lama tak datang sini, pekerja di kafe ini dah tak ingat.

Bunyi loceng kafe menandakan ada lagi pelanggan yang baru masuk. Firas tidak memalingkan tubuhnya. Tak tengok pun dah tahu siapa gerangan tersebut.

"Cik, nak tambah satu lagi."

"Oh, sure. Apa ya?"

"Fan, kau nak apa?" Affan terdiam seketika. Terpaku memandang gadis di hadapannya itu. Langsung tidak dihiraukan riak wajah gadis itu yang sudah menjadi tidak selesa.

"Fan!" panggil Firas lagi seraya menepuk bahu kawannya itu.

"Oh, er.. aku nak.."

"Air apa yang sedap dekat sini eh cik? Saya jarang datang sini. Tak tahu sangat," Firas menggelengkan kepalanya. Ah, Affan. Dah mula dah perangai buaya dia. Jarang la konon. Penipu betul mamat ni!

"Er, encik boleh tengok menu. So far, semua sedap. Tak ada lagi bad review."

"Saya tak nak yang manis. Sebab cik dah ma.." Pipi Affan laju ditolak Firas. Mengarut! Ni mesti nak guna ayat cringe dia tu. Mentang-mentang dah patah hati dengan Dareena, takkan dah jumpa gadis idaman lain kot.

"Bagi strawberry milkshake ya. Sorry cik, kawan saya ni tak betul sangat. Risau jugak kadang-kadang." Gadis itu hanya tersenyum nipis.

Affan hanya membuat muka selamba. Tak terkesan langsung dengan kutukan Firas. Yang penting hatinya mula berbunga-bunga hebat sekarang.

"Er, cik. May I know if..Cik Luna still kerja dekat sini atau tak?"

"Luna Nafisa?" Firas mengangguk. Mengharapkan gadis itu bakal memberi jawapan kepada persoalannya.

"Dah tak kerja."

"Kenapa ya?"

"Saya pun tak pasti encik. Mintak maaf ya." Dahi Firas berkerut sedikit tetapi senyuman nipis masih diukir bersama.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now