44 (flashback)

7.1K 539 34
                                    

         MATA dililaukan kearah segenap sudut sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         MATA dililaukan kearah segenap sudut sekolah. Terlalu lapang dan mempunyai kemudahan fasiliti yang pelbagai. Walaupun jika dibandingkan tidaklah sebesar sekolah mereka, tapi tidak dinafikan kecantikan sekolah ini juga turut sama terserlah.

Dua belah lengannya dipakaikan dengan sarung tangan hitam. Menutup bahagian lengannya daripada terdedah. Dia tak perlukan perhatian pun datang sini. Dibuatnya pengsan anak dara orang sebab terpegun melihat keindahan dia nanti. Siapa susah? Affan jugak, tak pasal-pasal kena tanggung populariti kawan baik dia ni.

Firas meletakkan tangannya pada bahu Affan. Raut wajah rakannya itu sudah pucat tak berdarah. Apa taknya, nanti dia kena berucap mewakili Aster High, memandangkan Affan sudah dilantik sebagai pelapis school president.

Aster High. Salah sebuah sekolah berprestij dan julung kalinya cemerlang dalam kokurikulum.

Kehadiran mereka ke sini pula sudah tentu membawa naik nama Aster High, secara tidak langsung menyertai hari terbuka sekolah itu.

Perlawanan persahabatan bola keranjang, bola sepak dan ragbi.

Untuk hari ini hanya tiga acara itu sahaja yang akan berlangsung. Beberapa buah sekolah lain juga turut sama hadir bagi memeriahkan hari terbuka sekolah ini.

"Tentatif hari ni macam mana Fan? Kau berucap bila?"

Pamphlet yang dihulurkan oleh salah seorang pelajar sewaktu sesi pendaftaran tadi ditiliknya lama. Macam nak tembus kertas pun ada.

"Untuk majlis pembukaan nanti ada persembahan. Lepas persembahan, aku berucap. Selesai berucap baru mula semua friendly match."

"Tapi kita sampai awal ni. Majlis pembukaan mula dalam 30 minit lagi. So..korang pergilah pusing-pusing sekolah ni dulu," bagitahu Affan kepada yang lain. Mereka hanya menurut lalu berpecah kearah tempat yang ingin dituju.

"Kau..date dengan aku," arahan Affan membuatkan Firas tergelak.

"Dengan perempuan pun kau menggatal, dengan aku pun kau nak menggatal jugak?"

"Gatal dengan perempuan lain. Gatal mulut je. Dengan kau aku pegang pun tak apa. Tak berdosa." Kepala Affan diluku Firas.

"Bodohlah dia ni."

Langkah kaki terus diatur tanpa hala tujuan. Affan kemas berpakaian formal. Dengan kemeja putihnya di dalam, disarungkan pula dengan coat coklat gelap diluar berserta tanda nama yang jelas terpapar. Tali lehernya sesekali dibetulkan agar kelihatan kemas. Sungguh berdedikasi betul bakal school president ni.

Jika dibandingkan dengan Affan, dia lebih kepada tidak formal. Dengan jersey nombor 1 pasukan basketball, berserta headband di kepala.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now