14

7.7K 685 11
                                    

        ASYFA menghenyakkan tubuhnya di sofa ruang tamu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        ASYFA menghenyakkan tubuhnya di sofa ruang tamu. Keluhan demi keluhan terzahir di bibirnya. Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang tapi bayang-bayang manusia langsung tidak kelihatan di rumah itu. Sudah lah besar! Makin sunyi jadinya bila ketiadaan orang macam ni!

Wajah Firas tiba-tiba menjengah fikirannya. Dia tak balik lagi ke waktu macam ni? Tapi semalam dia cakap dia balik pukul 5. Tadi pun dia lunch sorang-sorang. Ibu dan bapa mertuanya tak ada, begitu juga dengan adik iparnya. Mereka semua akan balik malam ni. Ibu dan abah menziarah kawan mereka yang baru balik Malaysia, Akim pula melepak dengan kawan-kawannya.

Dan Firas pula..kerja.

"Firas, oh Firas. Awak lambat lagi ke nak balik, saya bosan tahu tak duduk sorang-sorang kat rumah..." Asyfa mula membebel seorang diri. Rancangan kegemarannya dipasang. Mujurlah drama vicenzo bersiaran. Boleh tahan jugaklah untuk dijadikan peneman hari ini. Dia memaksa dirinya melihat drama tersebut sebelum perlahan-lahan akhirnya terlelap jua.

Asyfa dan tidur mamang sukar dipisahkan. Sudah sebati sejak dulu!

Baru beberapa minit melelapkan mata, sayup-sayup suara seseorang kedengaran.

"Sya..kau okay tak?" Perlahan-lahan matanya dicelikkan.

Lelaki tinggi. Mata tajam. Kening terletak helok. Hmm, wangian dia. Bertahan sampai ke petang. Macam..Firas?

Matanya ditenyeh-tenyeh beberapa kali sebelum kembali sedar ke alam realiti. Oh, betul la Firas.

"Awak baru balik?" Firas cuma angguk. Pipi Asyfa disentuhnya lembut. Kemudian beralih pula kepada dahinya.

"Kau okay tak? Demam ke?" Asyfa menggeleng. Kenapa pulak Firas ni. Dia punyalah sihat. Nak berjogging dalam rumah ni pun boleh je, cuma dia tak larat la. Stamina dah macam orang tua-tua!

"Pening?" Asyfa menggeleng lagi. Rambutnya dielus lembut oleh Firas.

"Habistu kenapa kau macam tak larat je ni?" Asyfa perlahan-lahan bangun daripada pembaringan. Dia menggeliat kecil. Wajah risau Firas hanya dibalasnya dengan senyuman. Rambutnya dikemaskan sedikit.

"Saya mengantuk je lah. Tadi baru je saya tidur, tengok-tengok awak dah balik." ujar Asyfa perlahan. Jelas kedengaran helaan lega dari Firas.

"Baguslah kalau macam tu. Aku nak naik bilik dulu ni." Asyfa mengangguk sahaja. Namun, apabila otak menjana sesuatu perkara, segera langkahnya dilajukan bagi menyaingi Firas.

"Eh, kejap." Langkah Firas terbantut. Asyfa disebelahnya dipandang dengan penuh tanda tanya.

"Er..saya nak keluar boleh?" Dahi Firas berkerut.

"Keluar dengan siapa?"

"Awaklah. Saya bosanlah Firas duduk rumah je dari tadi. Dahlah telefon pun saya tak ada." Firas diam. Berfikir sejenak.

"Bolehlah Firas. Ke awak ada kerja lagi?" Dia menggeleng

"Tak ada."

"Hmm..tengoklah dulu."

•••

          ASYFA mendepakan tangannya. Nasib baiklah pantai tak jauh jugak dari rumah, jadi taklah dia macam susahkan Firas sangat. Ya lah, dia pun baru balik daripada kerja. Tapi bagus jugak, pergi pantai boleh tenangkan diri sedikit.

Asyfa memanggil Firas yang dari tadi hanya duduk. Namun tumpuan Firas masih sama. Masih fokus pada skrin telefonnya. Asyfa mengeluh kecil lalu menapak mendekatinya. Punggung turut dilabuhkan di sebelah Firas.

"Awak ni bosanlah." Firas mengerling sekejap Asyfa.

"As if I care about that? Lagipun aku teman kau je pun."

"By the way, dari pagi sampailah aku balik kau buat apa?" Soalan Firas hanya membuatkan Asyfa mempamerkan sengih.

"Banyak benda jugaklah, tapi paling banyak saya tidur." Firas menggeleng. Cuba menahan gelak. Tak produktif langsung. Cikgu macam mana ni? Entah-entah nak mengajar pun asyik menguap je.

"Ibu dengan abah balik bila?" soal Firas sekadar berbasa-basi.

"Malam ni."

"Akim pun?" Asyfa mengangguk. Sesekali skrin telefon Firas turut dikerling.

"Awak buat apa?" Firas menunjukkan hasil kerjanya dalam telefon. Ingat dia berkepit dengan telefon saja-saja ke? 

Asyfa tampak terpegun. Lukisan itu dizoomnya beberapa kali. Wah, cantik!

"Seriuslah awak buat?" Firas mengangkat-angkat keningnya lalu tergelak perlahan. Nampak macam riak campur berbangga sikit. Tapi oleh sebab Firas yang selalunya serius akhirnya tergelak, jadi semua tu boleh dimaafkan!

"Seriuslah ni. Tapi, aku buat bila ada masa terluang je. As a hobby."

"Hmm, menarik. Nak tengok kejap boleh.." Firas cuma mengangguk. Telefonnya disua kepada Asyfa. Satu-persatu hasil lukisan Firas ditilik Asyfa sehinggalah gambar lama Firas turut tidak sengaja dijumpainya dalam salah satu folder telefon itu.

"Eh, awak captain basketball ke dulu?"

"Kau tengok apa ni?" Firas cuba merampas telefonnya namun Asyfa terlebih dahulu kemas memeluk telefon tersebut.

"Eei, sekejap je. Ala, kedekutlah."

"Aku tak bagi keizinan pun kan untuk kau tengok gambar lain." Asyfa cuma mencebik.

"Bukan benda memalukan pun."

Kali ini Firas hanya membiarkan, malas pula dia nak cari gaduh.

"Firas, awak pun school vice president?" Firas mengangguk perlahan. Asyfa sudah mula pamer sengih. Matanya dikecilkan seraya lengan Firas disiku.

"Eleh, malu-malu pulak." Telefon Firas diserahkannya kembali.

"Untunglah. Dahlah captain basketball, school vice president. Kiranya awak top senior jugaklah. Macam orang selalu cakap, senior idaman ramai. School's favourite." Firas menjongketkan bahunya.

"Entah. "

"Eleh, acah low-profile betul." Asyfa tergelak kecil. Dia diam untuk seketika sebelum kembali dengan misinya mengusik Firas.

"Tapi masa awak tingkatan 5, saya dah 18 tahun tau." Firas menekup kedua-dua belah telinganya. Sengaja betul lah dia ni.

"Aku tak nak dengar."

"Saya tua setahun daripada awak." Firas memejamkan matanya pulak sambil tangannya masih lagi menekup telinga.

"At least, I'm way taller than you..." bidas Firas pula. Tidak mahu mengalah.

Asyfa mencebik. Asyik-asyik nak bangkitkan tinggi dia tu. Eleh, biasalah tu lelaki tinggi. Dia pun bukannya rendah sangat. 161 cm kot. Kalau dalam kalangan perempuan lain mesti dia dikira agak tinggi jugak!

"Tu je pun."

"Mature than you."

"Sebab awak lelaki," bahas Asyfa lagi tak puas hati.

"Cuter than you..."

"Apa? Excuse me.." Mereka serentak gelak. Mata Asyfa tidak lepas daripada memandang Firas. Lesung pipitnya yang kelihatan membuatkannya bertambah kacak. Apabila mata mereka mula bertembung, cepat-cepat Asyfa mengalihkan matanya kearah lain.

"What's that for Asyfa Hanan?"

"Hah?" Asyfa pura-pura tak tahu. Riak Firas yang sudah mula tersenyum senget itu membuatkannya tiba-tiba gerun.

"Kau suka kan tengok aku senyap-senyap?"

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now