"EH, sekejapnya." Teguran Puan Rozana hanya dibalas Asyfa dengan senyuman yang dipaksa. Langkahnya segera dipercepatkan lantas dihayun laju menuju ke bilik. Ah, kali ni fikirannya memang betul-betul celaru! Dia perlukan masa untuk berehat, bilik untuk melepaskan lelah dan katil untuk menenangkan jiwanya!
"Asya!" panggil Puan Rozana. Hairan dengan riak wajah yang dipamerkan anaknya itu. Belum sempat ingin menahan anak tunggalnya itu, gadis itu terlebih dahulu pantas melarikan diri.
"Ke-kejap ma. Asya nak tukar baju dulu," suaranya yang bergetar cuba ditahan sebaiknya. Tidak ingin emosi sedih yang menghambat dirinya dapat dibaca mama.
Puan Rozana mengeluh. Entah apalah yang anaknya dan Firas bualkan tadi. Takkan baru pertama kali jumpa dah gaduh macam baru putus cinta? Pelik. Setahunya, Firas pun tak ada lagak jahat yang bakal menyakitkan hati sesiapa. Sekali tengok pun dah tenang hatinya. Jadi mustahil sedih yang terpancar pada riak wajah anaknya itu disebabkan Firas.
Seusai masuk bilik, daun pintu segera ditutup Asyfa serapatnya. Tubuhnya disandarkan pada dinding bilik. Air matanya yang dari tadi sudah bertakung di tubir mata akhirnya berjuraian jatuh jua.
Danish. Nama yang menyesakkan fikirannya. Nama yang pernah menimbulkan kekacauan dalam dirinya. Nama yang berkali-kali pernah memalukan dirinya di hadapan ramai. Entah kenapalah Danish masih lagi nak dapatkan dia balik. Dia ingat aku mainan ke? Dulu, walaupun mereka pernah bersama, nampak sangat cintanya hanya dipermainkan dan dirinya yang bertepuk sebelah tangan. Sekarang, bila dia dah tak nak, Danish pulak yang terkejar-kejar. Apa, Danish ingat dia hot sangat ke?
Air mata yang berterusan mengalir pantas diseka. Dahlah tujuannya untuk berjumpa pilihan mama dah meleset. Mesti lelaki itu menunggunya lama. Asyfa menggigit bibirnya. Perasaan bercampur baur yang bertandang membuatkan dirinya tiba-tiba menjadi gusar. Ditambah pula dengan perasaan serba salah yang semakin menghuni diri. Dengan segera, jarinya lincah menaip sesuatu kemudian dihantarnya kepada nombor telefon yang pernah diberi mama kepadanya.
'Sorry, saya tak dapat datang. Ada emergency 🙏'
Mesej itu akhirnya dihantar dengan harapan lelaki itu bakal memaafkannya.
•••
"HAI, awal balik. Tak cakap apa-apa ke dengan Asyfa?" orakan langkah Firas terhenti apabila dirinya dihampiri ibu. Firas masih berura-ura untuk memberitahu ibu tentang perihal sebenar. Kalau cakap tak jumpa pilihan ibu, nanti bermacam-macam soalan pula yang dikemukakan ibu kepadanya.
Firas akhirnya hanya mengangkat bahu. Matanya pula sibuk melilau mencari kelibat abah. Biasanya kalau masa ni, abah dah terpacak kat depan tv. Kalau bukan tengok berita, tengok cerita hindustan.
"Abah mana, ibu?" Puan Hanisa pula mengangkat bahunya. Soalan anaknya itu hanya dibuat endah tak endah.
"Ibu!"
"Ibu tanya tak jawab, bila along tanya nak pulak suruh ibu jawab!" Firas tergelak melihat muka masam ibunya. Bahu ibunya terus dipeluk tanda meminta maaf. Alolo, tu pun nak merajuk ibu ni.
"Along gurau je lah."
"Habistu macam mana?" muka Puan Hanisa menjadi berseri-seri. Tidak sabar pula ingin tahu tentang pertemuan pertama anak sulungnya dan si gadis pilihannya. Harap berjalan dengan lancarlah.
"Macam mana apanya, dia ada emergency lah. Jadi tak dapat datang." Puan Rozana mengecilkan matanya. Masih tidak percaya dengan alasan yang terluah dari mulut anaknya.
"Emergency apa? Bakal menantu ibu sakit apa?" soal Puan Rozana dengan nada mendesak. Sengaja ingin mencari kebenaran atas alasan anaknya tadi. Bukan boleh kira Firas ni, entah-entah dia melencong pergi lain tadi.
"Manalah along tahu," rengek Firas lagi bersama satu keluhan kecil yang turut terbit di bibirnya. Sedalam mana lagi ketidakpercayaan ibu pada dia? Senipis kulit bawang je ke?
"Habistu along pandai-pandai bagitahu ada emergency kenapa?" soal Puan Rozana lagi.
"Dia mesej along la." Kenyataan akhir Firas ini akhirnya membuatkan Puan Rozana menghela nafas lega. Kalau bagitahu straight to the point dari tadi kan senang. Taklah bertalu-talu soalan yang ditujahnya kepada Firas.
"Ha, eloklah tu. Bolehlah kenal-kenal dulu." Firas mengusap belakang tengkuknya seraya tersenyum paksa. Macam-macam lah ibu ni. Ibu ingat dia ada masa ke nak bermesej dengan perempuan yang tak dikenalinya 24 jam? Confirm hilang topik jadinya nanti.
"Along masuk bilik dulu lah ibu. Nak sambung tidur," ujar Firas tanpa rasa bersalah.
"Ya Allah, bertuah punya budak. Dah, tak payah. Teman ibu pergi beli barang dapur. Tak makan along nanti," ugutan Puan Hanisa membuatkan Firas mencebik. Sumpah dirinya dah jadi Firasderella sekarang ni. Ibu memang sengaja!
"Ya lah ibu," niatnya terpaksa dibatalkan. Bukannya dia mengantuk sangat sebenarnya, tapi sebab tak nak dengar ibunya meneruskan percakapan, jadi terpaksalah kan.
•••
'LAIN kali kalau sibuk bagitahu awal-awal. Tak adalah tunggu sampai 5 jam.'
Asyfa membaca mesej tersebut berulang kali. Dia mengeluh kecil. Serius la dia ni. Serius la tunggu sampai 5 jam?
'Sorry.'
Asyfa membalas mesej itu sepatah. Tak sampai 3 minit, notifikasi telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang baru masuk.
'Jumaat ni, 8.30 malam. Kat rumah aku. '
Mata Asyfa membulat. What?!
Jemari Asyfa pantas membalas mesej tersebut tanpa berlengah. Send! Ah, dia ingat dia siapa nak arah-arah aku.
'Kalau tak nak? Saya busy la. Ingat saya tak ada kerja ke nak datang rumah orang malam-malam.'
Senyuman herot terlakar sendiri tanpa sedar. Huh, dia ingat dia ada kuasa veto macam mama ke?
Ting!
Notifikasi telefon Asyfa pantas berbunyi lagi.
'You don't have a choice. Or else i should just agree with our parents decision. Kan Asyfa Hanan?'
Asyfa mendengus. Telefonnya dicampakkan ke atas katil seraya badannya direbahkan. Dah tawar hati dia nak balas. Boleh tahan kuat jugak mamat ni berdebat. Hampeh betul!
Baru sahaja ingin melelapkan mata, telefonnya tiba-tiba berbunyi lagi. Dia menggeliat kecil sebelum akhirnya melopong melihat mesej yang diterimanya.
'Kalau kau datang, we can discuss properly. Kalau kau tak datang, just wait for the ring.'
YOU ARE READING
FIRASY ✓
RomanceKnown as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan "Jangan ingat kau lebih tua daripada aku,aku akan ikut cakap kau!" - Firas Hakimi Siapa je yang suka kalau hati ni dah dite...