"APA..yang you buat ni?" soalan itu hanya diujarkannya perlahan. Tidak mampu untuk melawan kerana sakit kepala yang membataskan segalanya. Terasa berat dan berdenyut-denyut. Matanya juga menjadi berpinar-pinar sebelum pandangannya mula bertukar gelap.
"Shh... You nak Firas kan? I'll gladly help you."
Mata dibuka seluas-luasnya.
Ya Allah, mimpi rupanya.
Wajahnya segera diraup. Helaan lega terbit di bibirnya. Namun tidak lama apabila matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang dalam kamarnya.
Comforter tebal itu diselak. Langsung tiada seurat benang pun pada tubuhnya. Tubuhnya menggigil, menggeletar ketakutan apabila perkara yang dianggapnya hanya sebagai mainan tidur yang tidak indah itu kini mengasak dunia realitinya.
Tak mungkin..tak mungkin..
"Dah bangun?"
"Danish! Y..you b..buat apa ni?" Danish dilihatnya sedang menilik diri di cermin.
Melalui refleksi cermin itu, wajah Luna ditatap Danish bersama senyuman sinis yang terlakar di bibir. Baju kemeja hitamnya dibutang satu persatu. Langsung tidak terbit rasa bersalah setelah memperlakukan Luna sedemikian. Baginya, Luna hanyalah umpan yang akhirnya mengena.
Gotcha!
"It's not my fault at the first place. You're too innocent Luna. Orang yang baru you kenal pun you terlalu percaya," riak wajah Luna bagaikan ingin menangis.
Kejadian yang berlaku semalam kembali bermain di mindanya.
Percakapan halus Danish semalam, cara layanan Danish kepadanya, semua itu akhirnya membawa kepada..kesucian dirinya diragut!
Semalam dia buntu. Buntu tentang pelbagai perkara. Emosinya juga menjadi tidak stabil. Ibunya sakit tenat di luar negara, tapi dia tidak ingin lagi meninggalkan ayahnya seperti dahulu.
Firas juga menjadi semakin menjauh dan seakan-akan membencinya. Melihat cara layanan Firas pada isterinya juga cukup merobek-robek hatinya.Jadi kehadiran Danish yang seakan-akan menenangkan dirinya itu membuatkan dia tertipu. Tertipu dengan plot mainan yang dicipta Danish semalam.
"Luna?" Luna mengangkat wajahnya. Air matanya yang mengalir pantas diseka. Tidak sangka pula tempat yang dipilihnya untuk menenangkan diri itu diketahui sesiapa.
"What happen?" soal Danish seraya mendekatinya perlahan.
"Eh, Da..Danish. Tak ada apa."
"Hey, there's no one here. You can cry as much as you want. If you need a hug, then I can offer you one." ujar Danish seraya mendepakan tangannya, seakan-akan memberi jaminan gadis itu bakal tenang kerana dakapannya.
YOU ARE READING
FIRASY ✓
RomanceKnown as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan "Jangan ingat kau lebih tua daripada aku,aku akan ikut cakap kau!" - Firas Hakimi Siapa je yang suka kalau hati ni dah dite...