Known as Learn To Love You
"Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan
"Jangan ingat kau lebih tua daripada aku,aku akan ikut cakap kau!" - Firas Hakimi
Siapa je yang suka kalau hati ni dah dite...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"REENA, sebenarnya you kerja apa eh? Model ke?" Hampir tersembur ice latte yang diminum Dareena dengan tanggapan salah Asyfa tu.
Dia..jadi model? Lain betul dengan kerja dia sekarang ni.
"Eh, mana ada Sya. I social media manager. Dekat ONE Sdn. Bhd." Mulut Asyfa sedikit terlopong, agak terkejut dengan pekerjaan Dareena itu.
Tak sangka pula Dareena kerja dekat situ. Syarikat terkenal kot! Jadi kerja pun memang hectic lah! Dekat jugak dari sini. Bolehlah dia ajak Dareena lepak dekat sini lagi lain kali.
"Oh, really?" Dareena mengangguk.
"Kenapa you macam tak percaya je ni?" soal Dareena pula seraya tergelak kecil. Hairan juga dengan reaksi Asyfa.
"Tak adalah. First, sebab kerja you tu memang mencabar! Kedua, sebab you cantik kot. I love your eyesmile. Macam Affan, kalau senyum je mesti mata tu tak nampak." Dareena pantas menggeleng-gelengkan kepalanya. Cuba menafikan pujian Asyfa itu.
Bila Asyfa puji macam tu, berbakul-bakul keseganan dia tu terkeluar. Lebih-lebih lagi bila dia selitkan Affan dalam pujian tu, makin bertambah segan jadinya.
"Sya..jangan cakap you pun terpengaruh dengan Firas?"
"Apa? Terpengaruh apa?" soal Asyfa naif.
"Korang padankan I dengan Affan. I tak sukalah. Nanti janggal dengan Affan." Asyfa tergelak. Sesuai apa Dareena dengan Affan. Tapi tu lah, kalau dah namanya kawan baik, memang masing-masing egolah nak mengaku. Lagipun, Dareena pun dah bertunang.
"Ya lah, nanti encik tunang marah pulak." Sengaja Asyfa mengusik. Dia tahu Dareena tak suka Danish tu. Tapi siapa je yang suka bad boy ni. Kalau watak tak realistik tak apalah, tapi kalau dalam realiti, awal-awal lelaki macam ni dah dicop toxic.
"I don't like him. Dia selalu pukul I. Tapi I terhutang budi dengan keluarga dia dulu. Lebih tepat, dengan mama dia."
"Kenapa Reena?" Dareena menarik nafas panjang. Mencari keyakinan terlebih dahulu untuk menceritakan perihal hidupnya.
"Masa ibu I sakit, mama Danish yang jaga I. Dia kawan baik ibu I."
"Abah you?"
"Abah I dah lama meninggal. Masa I kecil lagi."
"Sorry Reena. I tak tahu..."
"No, it's okay lah." Dareena menepuk-nepuk tangan Asyfa. Meyakinkan Asyfa bahawa dia tidak makan hati dengan soalannya tadi.
"I pun memang dah anggap dia macam ibu I sendiri. Tapi tak sangka dia minta I kahwin dengan anak dia. I heran tau. Sebab dulu Danish tu tak macam tu. So I okay kan je lah. I pun boleh tahan suka jugaklah Danish sebelum ni... It's weird, right?"