37

7.6K 643 43
                                    

          RENYAI-RENYAI hujan membuatkan Asyfa terleka untuk seketika

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

          RENYAI-RENYAI hujan membuatkan Asyfa terleka untuk seketika. Teringat pula ketika kali pertama Firas ambilnya di tadika. Kata-kata Firas berkenaan hujan membuatkannya asyik berfikir hingga kini maksud yang ingin disampaikan oleh Firas itu.

"Rain is not only drops of water. It’s the love of the sky for earth. They never meet each other but sends love this way."

"Saya setuju. Tapi saya tak setuju jugak. Apa maksud awak langit berbalas kasih dengan bumi melalui hujan? Ya, hujan memang bagi ketenangan. Tapi dari sudut lain pulak, simbolik hujan ialah kesedihan." Firas tersenyum.

"That's right. Thank you for your thought Asyfa Hanan..because you're this close to the right answer," ujar Firas seraya ibu jari dan jari telunjuknya dirapatkan bersama, menunjukkan gaya 'hampir betul'.

"But expand your mind. Think more. Relate it..and try to connect the puzzles. Then, you'll know something."

Asyfa termenung lama. Sedaya upaya memikirkan jawapan tentang kata-kata Firas itu.

Expand your mind. Dah, dah expand dah.

Think more. Dah fikir jugak.

Relate it. Hmm, yang ni dia belum buat. Nak relate dengan apa benda?

Ish, tak fahamlah Firas ni. Ah, malaslah fikir!

Mata yang tadinya merenung ke luar tingkap mula merenung kosong skrin telefon. Namun, apabila jiwanya diberanikan jua, jemari mula lincah menaip sesuatu. Sesekali dia terhenti seketika tatkala memikirkan Firas yang masih lagi dalam mood marah padanya.

Salah kau jugak. Yang kau tak nak dengar penjelasan dia dulu tu kenapa?

Asyfa mengangguk dengan kata hatinya itu. Mengiakan semua itu.

Tapi Firas nak jelaskan apa lagi? Obvious kot semua tu!

Kepalanya digarukan. Separuh hatinya turut bersetuju dengan luahan hati yang kedua ini.

Nafas dihela dalam. Kalau diikutkan hati, dia memang nak drive sendiri hari ini untuk ke tadika. Nak bagitahu sendiri Firas..takut pula dengan mood lelaki itu. Jadi dia hanya menurut untuk ke tempat kerja dengan Firas. Seperti biasa.

Hanya sepatah kata keluar dari mulutnya pagi tadi bahawa dia boleh pulang dengan Raihana. Tup tup, haih. Raihana pula balik awal sebab ada urusan keluarga.

Jari-jemarinya mengetuk-ngetuk dasar meja. Masih berfikir sewajarnya. Nak bagitahu ke tak nak eh. Tapi kalau tak bagitahu, dia nak balik dengan siapa?

Grab kan ada.

FIRASY ✓ Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang