"HEY..it's me."Dengar sahaja suara yang dikenali tersebut, pintu biliknya segera dikuak.
"Reena?!" Dareena sudah mengekek ketawa. Tahu sajalah dia yang kejutan itu berhasil. Sengaja dia ketuk berkali-kali pintu bilik isteri kawan baiknya itu untuk menimbulkan rasa suspen.
"Surprise! Finally, setelah lama nak datang rumah you..hari ni baru boleh jejakkan kaki."
Masih dengan sisa tawanya Dareena bersuara. Hilang terus riak wajah pucat Asyfa tadi, yang terpapar hanyalah wajah gadis itu yang penuh kelegaan. Siapalah yang dia fikir sampai macam tu sekali reaksi tu.
"Firas suruh I temankan you. Dia takut you bosan sorang-sorang," bagitahu Dareena lagi seakan-akan tahu apa yang bermain di fikiran Asyfa. Tapi ayat yang kedua tu tak tepat sangat sebenarnya. Lebih tepat Firas takutkan keselamatan Asyfa.
"Ya Allah, tapi kenapa mencurigakan sangat!" Bahu Dareena dipukulnya perlahan.
Dareena hanya ketawa. Sengaja dia nak kenakan Asyfa. Siapa suruh tak kunci pintu. Patutlah Firas risau sangat, cuai sungguh rupanya dia ni. Dahlah dengan sekuriti keselamatan pun tak ada dekat rumah. Firas ni..duit berkepuk pun kedekut jugak ke?
"Kenapa tak kunci pintu? Nasib I yang datang, kalau orang lain?" Asyfa menggaru kepalanya. Sebijik macam Firas. Sesuailah diaorang ni berkawan. Protective betul.
"Lupa..."
"Hai, kalau Firas tahu ni confirm kena marah!" Asyfa tergelak. Kedua-dua telapak tangannya dirapatkan, matanya juga dikelip-kelipkan berulang kali. Berharap agar Dareena tak akan memberitahu suaminya.
"Cute la Sya ni. Tak adalah. Nak bagitahu Firas pun I fikir dua tiga kali tau. Sebab dia tu bukannya jenis suka nak balas whatsapp. Kalau I dengan Affan borak dalam group whatsapp, esok baru dia akan balas. Tak esok, lusa. Kalau tak balas jugak lusa, kiranya dia memang dah tak akan balas. Seen je," Asyfa tergelak lagi.
Hai, kalau Firas buat macam tu dekat dia, memang dia akan membebel tak henti lah. Tapi setakat ni, Firas tak buat macam tu lagi. Setakat ni je lah. Hari-hari mendatang dia tak akan tahu.
"Eh, by the way..mana beg baju Reena?"
"I letak bawah. Sorry la Sya, I masuk terus je rumah you ni. Dah tekan loceng tadi. Lepastu risau jugak, berkali-kali I tekan you tak keluar. Nasib pagar dengan pintu tak berkunci, jadi I pun masuk. Tak ada you dekat bawah, I naik atas."
"Tak apa la Reena. Risau je tadi, ingatkan siapalah."
"Jadi yang mesej I tadi tu..."
"Mesej apa?" riak wajah Dareena yang seperti tidak tahu apa-apa itu membuatkannya terdiam agak lama. Lama dia mentafsir riak wajah gadis di hadapannya itu. Kalau bukan Reena..takkanlah...
YOU ARE READING
FIRASY ✓
RomanceKnown as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan "Jangan ingat kau lebih tua daripada aku,aku akan ikut cakap kau!" - Firas Hakimi Siapa je yang suka kalau hati ni dah dite...