31

7.7K 664 64
                                    

       "ASYFA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "ASYFA..atau Dareena?"

"Dareena got nothing to do with me. She's just my bestfriend. Umpan kau, tak mengena."

Firas duduk di birai katil. Dia membuang pandang ke luar. Tangan meraup muka beberapa kali. Kata-kata Danish itu bagaikan terngiang-ngiang di kepalanya. Berani betul mamat tu cabar diri dia!Lepastu nak deal entah apa-apa. Tapi apa sangat yang dia boleh buat?

"Assalamualaikum," suara lembut yang menyapa halwa telinga itu membuatkan kepala Firas automatik berpaling ke belakang. Kelihatan Asyfa yang sedang tersenyum nipis seraya mendekatinya.

Perlahan Firas membalas salam tersebut. Matanya yang tadinya tajam mula berubah lembut. Wajah Firas seakan-akan hanya berpura-pura senyum tika ini.

"Firas, awak okay?"

"Majlis baru habis ke?" soalan Asyfa tidak dijawab sebaliknya soalan lain pula yang dikemukakannya.

Asyfa cuma mengangguk lalau mengambil tempat di sebelah Firas yang bagaikan termenung memikirkan sesuatu. Tubuh lelaki itu dipusingkan sedikit agar berhadapan dengannya.

Wajah Firas ditilik. Bukan sahaja luka, lebam juga turut jelas kelihatan. Tapi mujur sahaja tak teruk sangat.

"You're not okay." Lebam pada hujung bibir Firas disentuhnya. Firas mengaduh perlahan. Dia segera memalingkan wajahnya. Tidak ingin wajahnya ditilik memandangkan lebam dan luka tersebut dianggap mencacatkan wajahnya.

Namun, dagu Firas dipegang Asyfa semula lalu ditarik lembut supaya menghadapnya kembali.

"Kenapa? Awak takut saya judge awak, hmm?" Firas hanya diam. Wajah gadis itu dipandangnya lama. Cukup melembutkan hatinya.

Macam manalah dia nak percaya tuduhan tak berasas Danish tu kalau keperibadian Asyfa langsung tak sama dengan tohmahannya. Apa yang Danish tu nak sangat sebenarnya?

Bunga bukan sekuntum. Tapi bunga ni jugak yang diinginkannya. Kenapa, bunga yang lain tinggal bunga tahi ayam je ke?

"Sorry tinggalkan kau tadi."

"Tak apalah. Saya okay je. Affan kan peramah, jadi saya selesa je tadi."

"Affan layan kau okay tak?"

"Okay. Dia siap ajak saya gossip."

"Huh? That's not a good thing, Asyfa Hanan. Haih, si Affan ni. Yang bukan-bukan je dia ajar kau eh." Asyfa hanya tersenyum. Macam kelakar pulak bila Firas cakap macam tu.

"Firas..."

"Ya?"

"Saya memanglah okay. Tapi awak yang tak okay," ujar Asyfa perlahan.

Reaksi Asyfa yang sudah mengendur itu membuatkan Firas tersenyum.

"Sikit je. Gaduh-gaduh manja je. Kalau gaduh kasar, dah mati dia tu." balas Firas selamba.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now