Known as Learn To Love You
"Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan
"Jangan ingat kau lebih tua daripada aku,aku akan ikut cakap kau!" - Firas Hakimi
Siapa je yang suka kalau hati ni dah dite...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
ASYFA diam sahaja ketika makan bersama-sama keluarga besar Firas. Nak menyampuk pun tak pandai. Jadi dia diamkan sahaja. Pagi tadi adik Firas baru balik, jadi meriahlah rumah. Lebih-lebih lagi adik Firas ni boleh tahan bising jugak orangnya. Nampak macam berbeza sikit dengan Firas, muka pun menenangkan sahaja.
Sebaliknya dengan Firas yang muka pun macam beku bak ais. Dah lah asyik dengan senyum sinis, gelak macam tak nak gelak.
Tapi...
Bila sebut pasal Firas, malu lah pulak dia dengannya. Takkan Firas kot yang angkat dia. Eh, mustahil.
Tapi, kalau bukan Firas, takkanlah dia yang mengigau berjalan. Eh? Boleh jadi jugak!
Ya Allah, macam mana ni. Takkanlah Firas tengok kejadian dia mengigau berjalan kot? Alamak! Memalukan!
"Kak Asya okay? Asal tenung je nasi tu?"
"Hah?" Asyfa kembali sedar dari lamunannya. Semua mata kini turut beralih fokus dengan tertumpu kepadanya.
"Er..." Asyfa sudah mati kata.
"Pengantin baru takkanlah tak berselera," usik Puan Hanisa disusuli dengan tawa Akim, adik Firas. Rancak betul ya dia gelakkan. Lain sungguh dengan si abangnya!
"Ala, biasalah. Nak sesuaikan diri dengan cara hidup baru," celah Akim pula. Asyfa menunduk sedikit, segan. Masih terasa asing dengan situasi baru ini.
"Amboi, kau pulak nampak berpengalaman."
Tawa Akim terburai lagi dengan kata-kata abangnya. Seronok sangat menyakat kakak iparnya itu.
"Soon to be lah my along," ujar Akim selamba tanpa memikirkan ibunya yang dari tadi memerhati. Terus bahunya dapat dirasakan seperti ditepuk perlahan. Siapa lagi kalau bukan oleh ibu.
Puan Hanisa mecerlung memandang si bongsu. Hai, kalau anak bongsu dia ni berkali-kali dia tak boleh percaya. Entah-entah sambung belajar luar negara dah ada calon.
"Akim tak payah nak gatal sangat. Along baru je kahwin," tambah Puan Hanisa lagi dengan cubitan berbisanya pada lengan Akim. Akim sudah mengaduh perlahan. Tapi tidak lama apabila dia mula tertawa kecil.
"Gurau je la ibuku sayang." Asyfa yang dari tadi menjadi pemerhati hanya tersenyum. Comel je kalau tengok ahli keluarga Firas ni, jauh berbeza dengan perangai lelaki tu. Entah siapalah dia ikut!
•••
"SELESA tidur semalam?" Teguran tiba-tiba Firas itu menyentakkan Asyfa daripada lamunan tak berkesudahannya. Dadanya diurut perlahan. Tiba-tiba betul dia ni!
Firas melabuhkan punggungnya di sebelah Asyfa yang kononnya sedang leka menonton televisyen. Ruang tamu itu sudah kosong memandangkan ahli keluarganya yang lain sudah mula sibuk dengan hal mereka sendiri. Kini tinggal hanya dia dan Asyfa.