ASYFA menggeliat kecil. Pendingin hawa yang terpasang di ruang tamu itu membuatkan matanya sudah mula ingin layu. Sedikit senaman kecil dibuat, namun mulutnya masih menguap. Tiada tanda-tanda akan kembali segar.
Ketiadaan orang di ruang tamu itu juga menambahkan lagi kantuk Asyfa. Baru sahaja matanya mula ingin tertutup, suara Akim mematikan hajatnya.
"Hai Kak Asya! Selamat petang!" Asyfa hanya tersenyum seraya membalas kembali teguran tersebut.
Ceria sungguh si Akim ni. Petang-petang macam ni pun dia ada mood lagi. Bola yang berada di tangan Akim menarik perhatiannya. Gerak-geri Akim diperhatinya lewat ekor mata.
"Along! Jom lawan basketball!" Nampak sahaja kelibat Firas yang baru menuruni tangga, laju sahaja si adik menyoal.
"Malaslah Akim..."
"Akim nak ajak—" Suara dua orang itu yang tadinya kuat menjadi makin perlahan. Entah apa yang diborakkan mereka dua beradik pun Asyfa dah tak tahu. Lantas Asyfa kembali dengan niat asalnya untuk melelapkan mata. Baru sahaja matanya ingin terpejam, suara Akim menjengah pendengarannya lagi.
"Kak Asya, jom. Lawan Akim."
"Hah?" Tersentak dengan pelawaan Akim itu.
"Lawan apa? Eh, Kak Asya tak retilah Akim." Tangan Akim sudah melambai-lambai kecil padanya, menyuruh dia untuk turut sama bergerak ke luar rumah. Asyfa hanya membuntuti langkah Akim kearah gelanggang terbuka bola keranjang di halaman rumah.
Firas mulanya sekadar memerhati dan mengikut langkah mereka. Namun, apabila Akim menyerahkan bola keranjang pada Asyfa, cepat sahaja dia merampasnya.
Riak wajahnya beku sahaja. Terkelip-kelip Asyfa memandangnya. Tidak faham dengan apa yang berlaku. Ke Firas main jugak? Nampak pakaian macam sesuai je untuk bersukan.
T-shirt putih kosong, dipadankan pula dengan seluar trek adidas. Simple, tapi boleh tahan!
"Along join."
"Yes, that's my along!"
"Okay, oleh sebab along lagi pro, along yang kena sorang-sorang. Akim pulak jadi partner Kak Asya."
"Eh, Kak Asya tak pandai.."
"Dah tahu tak pandai kenapa ikutkan je Akim ni?" Soalan dari Firas membuatkan Asyfa mendidih. Eh, bukan dia nak pun!
"Eei, riaknya! Awak ingat awak hebat sangat ke? Awak ingat awak je yang pandai?" Akim yang mendengar pergaduhan mulut mereka berdua hanya ketawa. Macam anjing dengan kucing pun ya!
"Seems to be so," sinis Firas membalas. Cukup untuk membuatkan amarah Asyfa makin menipis. Eei, menyakitkan hatinya!
"So now, Asyfa Hanan. Rampaslah kalau kau lagi hebat."
YOU ARE READING
FIRASY ✓
Roman d'amourKnown as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan "Jangan ingat kau lebih tua daripada aku,aku akan ikut cakap kau!" - Firas Hakimi Siapa je yang suka kalau hati ni dah dite...