RIUH-RENDAH restoran itu diserikan oleh bermacam-macam ragam manusia. Ada yang datangnya dengan satu keluarga besar, ada yang kelihatan seperti rakan sekerja, keluarga kecil dan juga pasangan.
Contohnya, dia dan Firas.
Tubuhnya menggigil kecil. Sejuk dengan suasana ketika hujan jatuh ke bumi itu.
"Sejuk ke?" soalan dari Firas hanya dibalas dengan anggukan.
"Kau ingat kau je? Aku pun sejuk jugak," balasan selamba dari Firas membuatkan Asyfa berdecit perlahan. Ceh, soalan punyalah macam gentle, caring..rupanya sengaja nak membidas rupanya.
Dasar Firas Hakimi!
"Kalau demam, kita sama-sama demam lah. Kau jaga aku, aku jaga kau." Laju Asyfa menggeleng, membuatkan tawa Firas terburai. Lesung pipitnya turut kelihatan sama. Ha, yang ni dia suka. Manis!
"Tak naklah saya hadap muka awak je."
"Eh, eh. Nanti orang yang kau hadap tiap hari aku jugak. Dekat rumah baru kita." Perkataan kita ditekankan oleh Firas, sengaja ingin mengusik Asyfa yang sudah mempamerkan riak jengkelnya.
"Balik ni, lepas solat, saya nak tidur puas-puas." Asyfa pula mengusik memandangkan dia tahu akan kerja Firas yang berlanjutan hingga ke lewat petang itu.
"Sejuk-sejuk ni best tidur dalam aircond. Lepastu berbalutkan comforter." Firas hanya tayang riak kosong. Tidak peduli. Baru sahaja mulut ringan untuk membalas, pelayan yang baru sahaja tiba membantutkan hasratnya.
Pesanan dibuat seperti biasa. Hilang sahaja pelayan tersebut dari pandangan, Asyfa yang sudah menundukkan kepalanya itu membuatkannya hairan.
Asyfa mengetap bibirnya. Suaranya juga lebih perlahan berbanding biasa.
"Firas, nanti awak sambung kerja ke?"
"Yup. Ada graphic design meeting."
"Oh, okay. Lepastu awak hantar saya dulu lah kan?"
"Ya, Asyfa Hanan. By the way, kenapa kau nak berbisik, tunduk-tunduk bagai ni?" Firas meliarkan mata ke sekeliling. Manalah tahu ada kekasih lama Asyfa dekat sini. Itu yang cuba nak sembunyi bagai.
"Awak tahu kan restoran ni dekat dengan tadika saya?" Firas hanya mengangguk. Bukan sudah jelas lagi nyata ke?
"Lepastu awak ajak saya makan kat sini kenapa..." Firas mengerutkan dahinya. Eh, kenapa pulak. Tadi bila dia tanya Asyfa okay je. Lepastu yang tiba-tiba tak okay ni kenapa?
YOU ARE READING
FIRASY ✓
RomanceKnown as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan "Jangan ingat kau lebih tua daripada aku,aku akan ikut cakap kau!" - Firas Hakimi Siapa je yang suka kalau hati ni dah dite...