47

7K 557 46
                                    

        TURUN sahaja dari bilik, Firas terus menuju ke dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        TURUN sahaja dari bilik, Firas terus menuju ke dapur. Mencari kelibat isterinya yang dari tadi tidak kelihatan. Nampak sahaja sandwich di tangan Asyfa, Firas segera membuka mulutnya luas. Memberi isyarat kepada Asyfa supaya turut menyuapkannya.

"Ambil la sendiri. Ni yang saya punya."

"Suaplah. Tak sempat nak capai ni," balas Firas selamba. Bukan tak sempat, sengaja nak mengada.

Asyfa memutarkan bebola matanya sebelum mula menyuapkan sandwich itu ke mulut Firas.

"Awak pergi Johor sana elok-elok."

"Okay." Coat yang berada di tangannya mula disarung. Tak sempat bersiap dekat atas, sambung dekat bawah.

"Kena selalu makan."

"Okay Sya." Tali lehernya pula dibetulkan supaya kelihatan kemas.

"Kalau penat, rehat."

"Okay Asyfa Hanan." Kali ini setiap pergerakan Firas terhenti. Dia mula memberikan sepenuh tumpuannya kepada Asyfa.

"Kalau—" Jari telunjuknya dilekapkan pada bibir Asyfa.

"Shh. Ya sayang, abang tahu. Kalau rindu call kan?"

Banyak nasihat betul Asyfa ni. Tahulah risau, tapi kalau risau sangat pun tak boleh jugak. Dia bukannya pergi lama sangat, tiga hari je pun. Patutlah jadi cikgu, semua benda dipesan siap-siap. Macam dia pulak anak murid sekarang ni.

"Mana ada saya nak pesan yang tu.." suara Asyfa mengendur. Matanya terkelip-kelip memandang Firas. Macam nak bagitahu sesuatu, tapi ni Asyfa kan. Malu dan dirinya berpisah tiada.

"Er, tapi awak call je lah. Cuma lepas saya habis kelas baru free. Lepas pukul 12.45." Firas hanya tersenyum. Oh, tu je pun. Confirm la dia telefon.

Kepala Asyfa yang berlapikkan tudung itu digosoknya.

"Okay sayang. Oh, by the way, ada ajak sesiapa tak temankan Sya?" Asyfa menggeleng perlahan.

"Habistu takkan Sya duduk sorang-sorang?"

"Tak apa, tiga hari je. Kan? Awak pergi tiga hari je kan?" Firas menyilangkan tangannya di dada seraya berfikir sejenak. Matanya dikecilnya.

"Hmm, tak pasti. Maybe..depends on how much you miss me?"

"Eei, awak janganlah main-main."

"Tak adalah. Shooting selesai, abang baliklah. Kalau selesai awal, abang balik awal. Ingat abang nak sangat ke jauh dengan Sya?" jelas Firas lagi.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now