"EH... Ya lah macam yang awak faham lah." Firas merenungnya dalam. Tunak memandang Asyfa yang kelihatan agak gelabah.
"Aku faham lain."
"Hah? Apa yang awak faham? Eh, tak apalah. Saya tak nak tahu."
Firas menggeleng kecil. Belum sempat Asyfa bangun, lengan Asyfa diraih. Menyuruhnya untuk kembali duduk. Dahi Asyfa berkerut untuk seketika tapi tidak pula dia membantah. Punggungnya kembali dilabuhkan.
Apabila dia mula duduk, tiada patah kata pula yang terluah dari mulut Firas. Sebaliknya, Firas hanya leka dengan laptopnya. Asyfa mengeluh kecil.
"Firas, awak tak lapar ke? Saya lapar. Jadi saya nak turun kejap, nak cari makanan kat dapur."
"Kau nak makan apa malam-malam macam ni?" Asyfa kelihatan berfikir. Satu-persatu jenis makanan terpapar di dalam fikirannya.
Walaupun dia dapat rasakan yang itu hanyalah nafsu semata-mata, tapi separuh hatinya turut menidakkan perasaan itu. Memandangkan tadi memang dia makan dengan kadar sikit sahaja. Kalau tak sebab naik menyampah dengan Firas, memang taklah dia nak makan seciput tu!
"Hmm..entah. Saya nak tengok je ada makanan apa kat dapur."
"Lauk tadi dah habis."
"Ohh..tak apalah. Saya makan maggi je."
"Maggi tak ada." Asyfa mencebik. Ya ya je Firas ni?
"Hmm, kalau macam tu tak apalah." Perlahan Asyfa membalas. Firas yang masih sibuk dengan kerjanya diperhati lama. Sibuk betul, mengalahkan orang lain. Tapi biasalah kan, pereka dalaman memang macam ni.
Hasil kerja Firas turut dicuri-curi lihat. Firas mula berdehem apabila perasan akan gerak-geri mata Asyfa yang dari tadi tertumpu pada skrin laptopnya itu.
"Kau nak apa?"
Mata Asyfa masih tertancap pada skrin laptop Firas. Lincah tangan Firas menaip. Macam tak ada hari esok. Seketika, apabila selesai menaip, tab lain pula dibukanya. Kalau tak silap dia, macam autocad.
"Tak ada apa pun. Saja."
Keadaan kembali janggal apabila masing-masing tidak bersuara.
"Hmm..." Asyfa seakan-akan ingin menyoal sesuatu.
"Ya? Nak apa?" Lembut Firas menyoal. Membuatkan Asyfa mula mencebik. Kalau dia tekun buat kerja mesti perangai dia berubah. Tak lah asyik nak menang je, nak gaduh je. Tanya pun baik-baik je.
"Lambat lagi ke awak nak siap?"
"Kenapa?" Baru sahaja Asyfa ingin bersuara, perutnya tiba-tiba berdendangan kuat. Automatik tumpuan Firas beralih padanya. Asyfa dilihatnya sudah berona merah.
Tawa Firas tercetus jua. Lesung pipitnya juga jelas kelihatan. Manis!
Sempat lagi Asyfa memuji walhal sekarang dia rasa macam nak melarikan diri je!
YOU ARE READING
FIRASY ✓
RomanceKnown as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan "Jangan ingat kau lebih tua daripada aku,aku akan ikut cakap kau!" - Firas Hakimi Siapa je yang suka kalau hati ni dah dite...