9

8.4K 678 24
                                    

         ASYFA diam sejak tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         ASYFA diam sejak tadi. Dia ni bukannya pandai sangat nak bergaul. Nak tolong masak pun ibu mertuanya tak bagi. Kata ibu mertuanya, harini memang dia masakkan special untuk mereka. Memandangkan Akim pun baru pulang dari Itali.

"Ibu, masak apa hari ni?" Akim yang tiba-tiba mucul menyoal. Kerusi disebelah Asyfa ditarik selamba.

"Kenapa, Akim ada nak order lauk apa-apa ke?" Akim cuma tersengih.

"Tak adalah. Akim tak memilih. Semua lauk ibu masak Akim telan. Lainlah kalau along..." Puan Hanisa tergelak. Bagai mengiakan jawapan anak bongsunya itu.

Asyfa turut tersengih. Dia pun bukannya kenal Firas sebelum ni. Tapi boleh agak lah kan. Perangai pun cerewet, mesti taste makanan pun cerewet. Coklat yang merupakan makanan kegemaran ramai pun dia tak suka.

"Kak Asya kena tahan sikit dengan perangai along tu. Dia memang picky sikit bab makanan ni. Kan ibu?" Puan Hanisa hanya mengangguk, sekadar melayan celoteh Akim yang tak sudah itu. Mulut Akim ni memang petah. Kalau bukan sambung pengajiannya dalam bisnes, mass communication pun gerenti boleh anaknya ini.

"Eh, along mana Kak Asya? Ada macam tak ada je."

"Dia kat atas. Siapkan kerja."

"Cuti-cuti pun kerja ke?" Asyfa menjongketkan bahunya. Ingatkan dia sahaja yang berfikiran macam tu, padahal Akim pun sama.

"Eloklah jugak tu. Meh, Akim nak bocorkan rahsia along. Kak Asya nak tahu apa pasal along?" Asyfa tergelak. Akim nak bocorkan rahsia Firas, tapi suara dia punyalah macam guna mikrofon. Apa yang rahsia dah tak akan jadi rahsia kalau macam tu.

"Entahlah. Kak Asya pun tak tahu,"

Tak boleh nafi, malu jugak dia dengan soalan Akim tu. Dahlah ada ibu mertuanya sekarang. Kalau difikirkan, memang banyak yang dia nak tahu pasal Firas. Ya lah, nampak Firas macam misteri je. Tapi tu lah. Tak akan terluah punya soalan-soalan tu.

"Tak apa. Akim bagitahu. No worries." Akim menepuk-nepuk dadanya. Bersedia untuk menyebarkan segala rahsia kesumat alongnya itu. Baru sahaja rahsia ingin dibuka, deheman seseorang menyentakkannya. Terbantut terus tindakan selanjutnya itu.

"Amboi, Akim. Rancak kau nak mengumpat."

"Eh!" Akim dan Asyfa menoleh ke belakang serentak. Firas memandang mereka berdua dengan renungan tajam.

Asyfa cuba menahan gelak. Mana taknya, suara Akim mesti terlalu kuat sampaikan Firas pun boleh dengar semasa menapak ke ruang dapur. Kerusi ditarik. Lantas Firas mengambil tempat di hadapan mereka berdua.

"Mulut kau ni memang tak boleh tutup," tawa Akim terhambur jua. Dah lama tak dengar along marah pada dia. Jadi bila sesekali boleh dengar balik confirm tak rasa alongnya itu serius. Gerun pun tak. Lagipun, marah alongnya itu apalah sangat. Tahap-tahap bawah je.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now