4

9.4K 696 30
                                    

          SEPERTI yang dijanjikan, Asyfa akhirnya hadir ke rumah Firas bagi melakukan rundingan seperti yang difikirkannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          SEPERTI yang dijanjikan, Asyfa akhirnya hadir ke rumah Firas bagi melakukan rundingan seperti yang difikirkannya. Tapi jangkaannya meleset apabila kehadirannya itu hanya membawa kepada perbincangan mereka berkenaan dengan tarikh dan aturan majlis yang akan dilaksanakan. Asyfa mendengus perlahan.

"Cakap nak discuss properly la. Apa lah. Lepastu, bila dah datang, lain pulak plan dia. Huh. Lelaki semua sama je. Penipu. Mama pun satu, kenapa yang berkenan sangat dengan mamat tu eh? Tak tahu ke anak gadis dia tengah merana. Entah macam mana lah taste mama tu. Rupa ya la. Boleh lah approve tapi..."

Bebelan Asyfa membuatkan Firas cuba menahan senyum. Niatnya ke dapur untuk mengambil jus oren di dalam peti terbatal sendiri apabila lagak Asyfa diperhatikan. Walaupun nada suaranya hanya perlahan, tapi cukup jelas di telinga Firas yang tanpa Asyfa sedari sejak tadi berada di belakangnya.

Dari tadi lagi dia mendengar bebelan Asyfa tentang perkahwinan itu. Ya lah, siapa yang nak kalau kahwin dengan lelaki yang tidak dikenali. Lebih-lebih lagi, Firas muda setahun daripadanya.

Firas memeluk tubuh dengan senyum sinisnya. Perempuan ni... Rupa-rupanya perempuan yang sama dia terjumpa tempoh hari. What a coincidence!

Idea nakal tiba-tiba menyinggah fikirannya.

"Can you please shut up for a while."

Ayat yang kedengaran sinis itu membuatkan Asyfa terdiam. Dia menoleh perlahan-lahan. Raut wajahnya berubah apabila melihat si tuan empunya. Senyuman sinis terlakar di bibir Firas. Dia menilik Asyfa lama. Tidak selesa dengan situasi itu, pandangan Asyfa segera berkalih kearah lain.

"If I know that you're way shorter than me, then marrying you is not a big deal tho." mata Asyfa membulat. Lelaki itu segera dipandangnya dengan riak geram dan marah yang membuak-buak.

"Excuse me?!"

Kurang ajar. Sangat kurang ajar. Ada ke pertemuan kali pertama, apa yang dibahaskannya ialah soal ketinggian?! Isu sensitif!

Firas masih dengan senyuman sinisnya. Dia menapak mendekati gadis itu sambil menyandarkan tubuhnya pada singki. Asyfa menjelingnya sekilas sebelum kembali menyambung basuhan pinggannya yang tergendala.

"Awak cakap kalau saya datang sini kita boleh discuss." Pinggan yang siap dibasuh diletakkan pada rak. Dia memeluk tubuh sambil memandang lelaki di hadapannya itu tajam.

"Hmm. But did I mention discuss pasal apa?" Asyfa mengetap bibirnya. Ya Allah! Geramnya! Menyampahnya! Sabar Asya, sabar. Hai, mencabar tahap kesabaran aku betul la!

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now