46

6.9K 592 65
                                    

         "BUT after all, you still don't know me

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         "BUT after all, you still don't know me.."

Asyfa yang sedang lena tidur itu diperhati. Dah 15 minit dia balik, 15 minit itu juga masa yang dihabiskan untuknya duduk di tepi sofa memerhati gadis itu tidur.

Tak sangka begitu cepat masa berlalu. Tak sangka juga gadis yang disukai dalam diam itu akhirnya menjadi isterinya.

Pandai ibu pilih!

Rambut Asyfa dielusnya lembut. Macam mana lah Asyfa boleh tertidur dekat ruang tamu. Bahaya betul. Dahlah pintu tak berkunci. Dengan pakaiannya pulak yang..ish. Tak pernah-pernah Asyfa pakai macam ni. Mujur sahaja dia tak ada dekat rumah dari tadi, kalau tak macam manalah dia nak hadap isterinya.

Dia pun lelaki normal. Eh, tapi kalau dia ada dekat rumah confirm la Asyfa takkan pakai macam ni.

Pipi Asyfa dicuit-cuit. Cuba membangunkannya daripada tidur.

"Janganlah kacau..nak tidur ni." Firas menahan tawanya daripada terburai. Makin galak dia ingin mengganggu Asyfa. Kali ini hidung Asyfa pula ditariknya.

"Sakitlah.." Asyfa merengus perlahan.

"Hei, bangun. Abang dah balik ni. Tak nak sambut ke?"

Dengar sahaja suara Firas, mata Asyfa sudah tercelik luas. Segera dia bangun daripada pembaringan. Dress satin atas lutut tanpa lengan yang dipakainya itu membuatkanya menjadi gelabah tak tentu hala. Cepat-cepat bantal kecil diambil menutupi tubuhnya. Walaupun tak menutupi kesuluruhan tubuh, tapi masih dikira tutup jugak la kan.

Ya Allah, macam manalah dia boleh tertidur dengan pakaian macam ni..

"What's wrong with you?" soal Firas selamba.

"What's wrong with me?! Awak tanya what's wrong with me?! Awak tu!" Asyfa mengetap bibir. Geram pula apabila melihat reaksi Firas yang tidak bersalah. Paling tidak pun tutuplah mata!

"Lah, abang kejutkan Sya je. Tu pun salah ke?"

"Er..tak. Bukan maksud saya yang tu..tapi..er.." Firas menjongketkan sebelah keningnya.

"Tak ada apalah Firas. Lupakan."

Bantal kecil yang menutupi sebahagian tubuhnya itu dinaikkan sedikit ke wajah. Kali ini wajahnya pula ingin ditutup, namun pantas sahaja dirampas Firas.

"Kenapa nak menyorok? Hmm?"

"Firas! Bagilah balik!"

"Tak, sekarang ni kenapa nak menyorok? Do you feel embarrassed with me that much huh?" soalan jujur Firas membuatkan Asyfa sudah seperti ingin menangis. Silap! Semua silap dia! Macam manalah dia boleh terfikir nak cuba dress tu tadi!

Firas mengeluh kecil. Matanya dipejam seraya coat hitam ditanggalkan dari tubuhnya.

"Take it and wear it. Right now. If you're that embarrassed with me." Asyfa berura-ura untuk mengambilnya dari tangan Firas. Dia menggigit bibir. Nak ambil..tapi nampak sangat dia malu dengan Firas nanti.

FIRASY ✓ Where stories live. Discover now