39

7.4K 570 108
                                    

          "SO the answer should be

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

          "SO the answer should be..on yours. Isn't it right, sweetie?" Asyfa terkedu. Bibirnya disentuh. Malunya! Kenapa dia naif sangat?! Sepatutnya awal-awal dah dapat kesan niat nakal Firas tu.

Firas menghidupkan televisyen kembali bagi membolehkan cahaya dari skrin kembali menerangi mereka berdua. Asyfa yang masih diam membuatkan Firas tersenyum.

"Suka?" soalnya nakal.

"Eei, awak kiss saya without consent, awak ingat saya suka?! Dahlah first kiss saya!" nada suara Asyfa sudah kedengaran separuh menjerit. Geram apabila Firas selalu mempermainkan perasaan dia macam tu. Makin berani!

"Then let me kiss you again with consent. So it can be your second kiss, right? May I, Asyfa Hanan?" Firas menarik senyum manisnya. Jarak wajahnya kembali didekatkan pada wajah Asyfa sebelum tubuhnya ditolak Asyfa pantas.

"Firas!! Apa awak ni?! Dahlah, saya malas la nak join awak tengok movie." Rajuk Asyfa kedengaran kelakar pada halwa telinga Firas. Macam lah dia berani sangat!

"Oh, really? Then Sya nak naik atas sorang-sorang? Duduk bilik sorang-sorang tengah malam macam ni? Tak takut ke?" Asyfa mencebikkan bibirnya. Tangannya disilangkan di dada.  Mentang-mentanglah dia penakut sikit, sengaja la tu Firas nak takut-takutkan dia!

"Eei! Saya tak suka awak!"

"Hmm. Tapi tak menjejaskan perasaan abang dekat Sya pun. I still like you." Asyfa menggulingkan bebola matanya keatas. Eleh, dasar lelaki. Mulut manis!

Remote tv ditekan-tekan Firas, masih mencari movie yang sesuai ditonton mereka berdua. Kalau cerita hantu, confirm tak tidur malam si Asyfa ni. Entah-entah makin teruk dia mengingau. Dahlah memang jenis selalu mengigau.

"Sya nak tengok movie apa?" Firas memecahkan suasana sunyi yang tiba-tiba menghiasi ruang tamu. Kalau dah mereka mula bergaduh mulut, memang tak ingat dunia. Tapi kalau tak ada apa yang ingin digaduhkan, suasana jadi senyap mengalahkan perpustakaan pulak.

"Eh? Awak bagi saya pilih?"

"Kalau tak nak tak apa..." Firas seakan bermain tarik tali. Sengaja ingin mengusik Asyfa yang dari tadi tayang riak cemberut. Tengah tahan geram lagi la tu.

"Nak, saya nak romance. Boleh?" Firas hanya mengangguk.

"Tajuk apa?"

"Heart. Awak dah tengok?" Gelengan Firas menimbulkan kerutan pada dahi Asyfa. Lahir zaman apa Firas ni. Takkan movie legenda pun tak pernah tengok lagi? Kuno ke terlalu gen z?

Beza umur dia dengan Firas setahun je kot. Takkanlah Firas ni baby baby lagi sampai tak tahu cerita macam tu!

"Awak ni gen z ke apa 'Heart' pun tak pernah tengok lagi?" Sempat lagi Asyfa menyelitkan kutukan pada Firas. Kalau nak kutuk, baik kutuk depan-depan. Senang.

FIRASY ✓ Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang