52

7.5K 592 95
                                    

          "MENYAMPAHLAH

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

          "MENYAMPAHLAH. Tahu tak menyampah? Along ingat along special la panggil Kak Asya tu Sya?"

Tiada angin, tiada ribut, tidak semena-mena Akim meluahkan perasaan tidak puas hatinya. Nampak macam dah lama pendam si Akim ni.

Firas hanya layankan sahaja. Ya lah, Akim je adiknya.

Nasib ibu pergi tandas. Kalau tak, tak sempat nak bertekak rasanya dia dengan Akim. Mahu dirinya dibebel terlebih dahulu. Ya lah, dia kan anak sulung. Biasa sangat kena suruh mengalah.

Abah pula keliling rumah. Tengok apa yang patut. Pertama kali kot keluarganya datang sini. Sebelum ni yang mereka tahu cuma dia dah ada rumah sendiri. Ni rumah dari duit hasil titik peluh dia kerja kot. Bukan kerja sebagai pereka dalaman je, kerja sampingan pun dia dah buat sebelum ni.

Betul la orang cakap, bila dah besar, invest duit untuk beli rumah terlebih dahulu. Kemudian, barulah kereta dan sebagainya.

"Hei, elok sikit. Isteri along, suka hati along lah. Nak panggil lebih daripada tu pun tak apa."

"Contoh along, contoh." Akim makin galak mengusik. Ni kalau kakak ipar dia ada dekat sini ni, memang confirm tak dongak dah muka sebab malu.

"Nak panggil sayang ke, yeobo ke, baobei ke, amore mio ke.." tawa Akim terlepas. Namun tidak lama apabila dia akhirnya buat-buat nak muntah, loya dengan perangai natural gedik abang sulungnya itu. Dah la semua bahasa dia nak kebas.

"Oh, amore mio. Mi sono persa nei tuoi occhi." Firas menjongket sebelah keningnya seraya mendongak sedikit kepalanya. Tanda memerlukan penjelasana kerana tidak faham dengan kata-kata yang dilontarkan oleh Akim itu.

"Oh, my love. I’ve lost myself in your eyes"

"Gatal kau ni. Mesti ayat yang kau selalu guna nak ngorat awek Itali kan?" Akim hanya ketawa. Tidak mengiakan atau menafikan soalan alongnya itu.

Mesti along dah fasih benar perangai dia macam mana. Eleh, tapi dia tak berkenan sangat awek luar negara ni. Pernah juga sekali dua dia usyar awek dekat sana semasa belajar di Bocconi University, tapi tak ada pulak yang melekat di hati.

Mungkin perempuan sana ada rasa persaingan kot dengan dia. Ya lah, bukan nak cakap apa. Tapi dekat sana, lelaki pun attract dengan dia. Astaghfirullahalazim. Fuh, nasib masih tak terpesong ke jalan sesat.

"Eh, Akim. Along nampak macam kau ni still goyang kaki je dekat rumah. Lama mana kau nak menganggur ni?" Akim merengek kecil. Tak sangka pulak along akan tanya soalan cepumas macam makcik-makcik.

Dia sudah buat muka malas nak layan. Telinganya digaru-garu tanpa sebab.

"Ala along. Chill la. Akim muda belia lagi kot. Nanti dah kerja, banyak pulak tanggungjawab. Dah tak akan ada masa terluang macam ni."

FIRASY ✓ Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang