Known as Learn To Love You
"Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan
"Jangan ingat kau lebih tua daripada aku,aku akan ikut cakap kau!" - Firas Hakimi
Siapa je yang suka kalau hati ni dah dite...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
CAHAYA yang tembus melalui tingkap bilik menyilaukan pandangannya. Matanya dikecilkan lalu langsir tingkap kembali ditutup. Asyfa menggeliat kecil sebelum perlahan-lahan bangun daripada pembaringan.
Dia mengerling sebelahnya. Kosong. Telefon dicapai. Notifikasi whatsapp daripada Firas segera dibacanya.
Mine ❤️: Sya, if you need me, then just call me.
Aduh, lupa pulak yang dia belum tukar contact nama Firas itu. Ah, malas pulak dia nak tukar. Biar je lah!
Kepalanya yang tidak gatal digaru. Pergi mana pulak dia ni. Kalau tanya nampak macam busybody pula.
Eh, tapi bukannya orang lain pun. Suami sendiri jugak.
Tapi... Ah, tak payah tanyalah!
Sarapan yang sudah tersedia di meja kecil sebelah katil membuatkannya tersenyum kecil. Okaylah, kalau Firas tak ada pun tak apa. Janji perut kenyang, senang hati.
Asyfa meregang-regangkan sedikit tubuhnya lalu mencapai tuala yang tersangkut pada kepala kerusi. Indah betul hari-hari kalau dilayan macam ni.
Tak adalah tiap hari dia bangun, rasa nak menyumpah seranah Firas je dengan perangai makin flirt dia tu. Kalau tak annoying tak apa, ni tak. Lepas je dia flirt, dia mula la mulut laju dia tu.
Suka betul menegatifkan sesuatu yang positif!
Selesai membersihkan diri dan menyarung pakaian casual, rambutnya diikat messy bun bagi menyelesakan dirinya. Nasi goreng mula dimakannya dengan berselera.
Akhirnya, selera jugak perut ni. Semalam makan kek je. Bukan kenyang!
Ish, bila teringat pasal semalam, malu pulak dia rasa. Lepas je momen kek tu, suasana terus jadi janggal. Firas tengok dia, dia tengok Firas. Dahlah dua-dua tak bersuara.
Ke..alamak! Entah-entah Firas tengah judge dia. Bukan boleh kira Firas ni!
Ting!
Notifikasi whatsapp berbunyi.
Mine ❤️: Did you eat well?
Ceh, soalan. Okaylah, 1 markah sebab prihatin!
'Hmm. Bolehlah.'
Okay hantar! Bolehlah konon. Padahal licin pinggan. Baru sahaja whatsapp dibalas, telefonnya tiba-tiba berdering meminta diangkat.
Lihat sahaja nama pemanggil, segera panggilan tersebut diangkat.
"Kenapa bolehlah? Tak sihat lagi ke? Dah makan ubat ke belum?"
Tak ada salam tak ada apa, soalan bertubi-tubi terus diajukan Firas padanya.
"Waalaikummussalam." Sengaja Asyfa mengusik.
"Oh, sorry. Assalamualaikum." Asyfa tersengih.
"Ya, waalaikummussalam. Soalan yang mana dulu saya nak jawab ni?"
"Ikut turutan soalan."
"Okay. Firstly, kenapa bolehlah. Hmm, sebab makanan yang awak sediakan tu biasa-biasa je. Tak special sangat. Kalau boleh saya nak spectacular gitu. Sekali makan, pasti nak lagi."
"Eh dia ni. Melebih-lebih pulak. Aku dah cukup tabur kasih sayang dalam tu. Kau je yang tak sudi nak perasan." Asyfa tergelak. Banyak lah dia punya kasih sayang. Ceh!
"Okay, secondly. Saya dah sihat, alhamdulillah. Tapi, sebab awak tak ada, jadi sakit balik. Dah nauzubillah."
"Wow Asyfa Hanan..." Asyfa tergelak lagi. Seronok pulak menyakat Firas. Tapi tawanya terhenti apabila mula tersedar akan nama panjangnya yang dipanggil oleh Firas itu.
Kalau dah panggil nama panjang ni memang dia kena bersiap sedia sahajalah dengan sebarang kemungkinan!
"I like this attitude. Bold, huh?" Mata Asyfa membulat. Alamak!
"Dalam telefon beranilah. Cuba kalau cakap depan-depan," tambah Firas lagi.
"Berani je! Okay untuk soalan last awak. Tak, saya tak makan ubat lagi. Saya tak naklah makan. Pahit!" adu Asyfa pula walaupun dia tahu Firas hanya akan membebel padanya.
"Lah, ubat memang pahit. Nak sihat ke tak nak? Kau tu cikgu Sya. Kalau esok kau still demam, nanti kau mengajar sambil demam tau. Tak ke berjangkit dekat budak-budak tu nanti? Ish, degil la dia ni. Makan je la. Untuk kebaikan kau jugak."
"Tapi pahitlah..."
"Kalau kau nak manis, tunggu aku balik. Tengok muka aku puas-puas. Semanis madu."
"Eei, makin pahit jadinya! Ish, ya lah. Nanti saya makanlah!"
"Good. Dengar cakap. Dahlah, aku on the way balik ni. See you later. Jangan pengsan selagi aku tak balik!" Ayat terakhir Firas membuatkan Asyfa tergelak lagi.
"Eh, jap! Awak pergi mana ni?"
"Teman mama pergi beli barang dapur. Ala, kejap je. Takkan dah rindu kot?"
"Eh, tak ada maknanya! Saya tanya je. Okay bye, Firas. Assalamualaikum." Tanpa menunggu Firas menjawab, Asyfa segera meletakkan panggilan tersebut. Makin lama, makin berpanjangan jadinya. Jadi baik dia letak dulu.
•••
PANGGILAN dimatikan Asyfa. Firas menggeleng-gelengkan kepalanya. Amboi, tak menyempat tutup call.
Telefonnya dimasukkan semula ke dalam poket seluar.
"Asya?" Firas mengangguk.
"Dia mengadu cakap tak nak makan ubat sebab pahit." Puan Rozana menggeleng-gelengkan kepalanya. Hai, anak tunggal dia ni. Memang degil! Tak berubah!
"Asya tu tak suka sangat ubat. Lepas dia survive cancer lymphoma dulu, macam tu lah dia. Segala jenis ubat dah tak nak hadam. Kalau sakit, pergi klinik ke, hospital ke, memang dia tak nak. Katanya dah puas sakit, antibodi pun dah tinggi." Firas tergamam seketika. Cancer?
"Sya..pernah hidap cancer?" Puan Rozana mengangguk.
"Asya tak pernah bukak cerita lagi pasal diri dia dekat Firas?" Firas perlahan-lahan menggeleng. Sungguh, dia tak tahu pun tentang diri Asyfa. Rasanya hanya 30% sahaja yang diketahuinya.
Baru dia perasan yang hanya Asyfa yang lebih banyak tahu tentang dirinya. Siapa yang suka siapa sebenarnya sekarang ni?
"Sampai sekarang, mental dia memang kuat. Tapi fizikal dia lemah."
"Dah lama ke mama?"
"Dah lama. Masa Asya umur 6 tahun. Ulang alik pergi hospital masa tu untuk buat treatment. Dalam 5 bulan jugak la. Ambil masa selama 2 tahun setengah untuk Asya sembuh. Padahal, risiko untuk kematian tu sebenarnya lebih tinggi." Firas terdiam lama.
Tak sangka pula gadis seceria itu ialah cancer survivor. Kalau mama tak cerita, confirm dia tak akan tahu. Sya bukannya suka bukak mulut nak cerita tentang hal peribadi dia.
"Sya memang susah nak bercerita la ma. Selagi tak paksa, selagi tu dia tak akan pernah cerita."
"Firas cuba la slow talk dengan dia. Dia susah nak percaya orang tu, sebab tu semua masalah dia pendam je."
"Tapi Firas kan suami dia. Takkan Firas pun dia tak percaya?" Puan Rozana tersenyum. Hai, nampak macam menantunya ni dah betul-betul ikhlas dengan perkahwinan mereka je.
"Firas cubalah kenal Asya dengan lebih mendalam. Step by steps. Biar Asya selesakan diri dulu dengan Firas."
"Firas ikhlas dengan Asya? Ya lah, perkahwinan ni kan cuma atas dasar pilihan keluarga." Firas terdiam lama seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Ma..."
"...kalau Firas cakap yang sebenarnya Firas dah lama suka Sya, ma percaya tak?"