Bab 4

354 58 0
                                    

Imej jejaka penghantar makanan semalam terus-menerus menghantui lena dan bangunku. Melihat dari cara dia memberi nasihat kepadaku tentang Afiq, aku merasakan dia hanyalah seorang yang terlalu baik hati, yang simpati akan nasib orang lain. Tetapi lepas apa yang terjadi semalam, aku merasakan sebaliknya.

Dia stalk aku ke?

"Sayang," Suara Afiq membangunkanku. "Sayang tengah fikir pasal apa tu? Bukan main berkerut lagi dahi tu."

"Hah?"

"You tengah fikir pasal apa?"

"Oh." Aku menoleh ke arahnya, memaksa senyuman. "Fikir pasal kita."

"Hm? Fikir pasal kita tapi muka masam macam tu?"

"M-mana ada."

"Hm... tak apalah. As long as you tak fikir pasal lelaki lain, I okay je." Balasnya selamba tetapi genggaman pada stereng kereta semakin kuat.

Aku melontarkan pandangan ke jalan raya di hadapan. Takut untuk meneruskan perbualan dan lebih memilih untuk mengunci mulut.

Kereta yang dipandu Afiq meluncur masuk ke perkarangan universiti yang menerimaku sebagai salah seorang daripada pelajar mereka. Hari ini, aku bergelar mahasiswi. Menghadiri universiti yang sama dengan Aiman.

Sepatutnya, pagi ini Aiman yang datang menjemputku. Alang-alang dah satu destinasi, dia pun sudilah tumpangkan aku. Jimat juga duit minyak aku. Tapi entah kenapa, Afiq pula yang muncul dan bukannya Aiman Wong.

Kereta dihentikan. Aku membuka tali pinggang keledar dan melangkah keluar. Afiq menutup semula pintu kereta dan menyerahkan begku.

"Tak nak I hantar you sampai depan kelas ke?" Soalnya, tersenyum manis.

"I—"

"Aina."

Aku menoleh ke belakang. Aiman menghampiri aku dan Afiq dengan wajah serius dan dinginnya.

"Siapa ni?" Tanya Afiq kepadaku.

"Ni—"

"Aiman."

"Oh. Aiman... jiran Aina?"

"Jiran?" Aiman tersenyum sinis.

Afiq mengetap giginya. Tanda tak berpuas hati dengan layanan sinis Aiman walhal ini kali pertama mereka bersua muka dan saling memperkenalkan diri.

"Aiman, ni Afiq." Aku mencelah, berharap dapat meredakan amarah Afiq.

"Tunang Aina." Sambung Afiq, meletakkan tangannya pada bahuku.

"You, tadi you kata you ada meeting, kan? You should go. You don't wanna be late." Aku berpaling menghadapnya, memasang senyuman paling manis.

Tetapi anak mata Afiq tak putus dari memandang Aiman yang lebih hebat dalam menyembunyikan rasa jengkelnya dengan memasang muka tembok batu. Dingin dan sukar didekati. Imej yang sudah sebati dengannya sejak dulu lagi.

"You ingatkan apa yang I cakap kat you tadi?" Afiq akhirnya mengalah dan memandangku.

"As long as you tak fikir pasal lelaki lain, I okay je." Kata-katanya terngiang-ngiang di telingaku.

"Hm. Ingat." Aku mengangguk.

"Good." Dia mengusap kepalaku sebelum kembali ke dalam perut kereta miliknya.

Stalker-IshWhere stories live. Discover now