Bab 26

281 51 4
                                    

Pintu diketuk perlahan dari luar. Mak Leha menjenguk ke dalam. Senyuman keibuannya menyejukkan hati yang tak tenteram. Aku memperlahankan bunyi radio sebelum kembali memandangnya.

"Mama dengan papa dah sampai ke?" Tanyaku.

Mak Leha menggeleng. "Afiq. Dia datang nak jumpa Aina."

"Oh."

"Aina tak nak jumpa dia ke? Kalau tak nak, Mak Leha boleh cakap Aina dah tidur—"

"Eh!" Aku bingkas bangun. "Tak apa. Aina pun memang ada benda nak bincang dengan Afiq."

Mak Leha mengangguk faham dan memberi ruang untukku sebentar. Aku meninggalkan bilik tidurku setelah berhari-hari tak meninggalkannya. Memandangkan sekarang musim cuti separuh semester selama seminggu, aku pun duduk memanjang di rumah. Nak keluar, Aiman asyik sibuk je.

Aku menjengukkan kepala ke bawah. Kelihatan seorang jejaka memakai t-shirt polo putih sedang menungguku di ruang tamu. Tak lama kemudian Mak Leha menyapanya dengan teh hangat yang baru dibancuh. Afiq mengangguk sopan.

Berminggu juga kitorang tak bertegur sejak apa yang jadi malam tu. Tapi bodohnya, fikiran aku penuh dengan pengakuan Daenish dan bukannya mencari cara untuk menjernihkan semula hubunganku dengan Afiq.

Kalau dulu, memang pelik rasanya bila fikir pasal lelaki lain selain daripada tunang sendiri tapi lepas lidah dah mengaku ada hati kat Daenish, apa yang nak dipelikkan? Salah, memang salah. Tapi mainan hati, siapa yang boleh hentikan?

"Afiq." Panggilku seraya duduk di hadapannya.

"Korang berbuallah dulu. Mak Leha ada kerja kat dapur."

"Terima kasih Mak Leha." Aku melontarkan senyuman ikhlas.

Sebaik saja Mak Leha mengundurkan diri, Afiq bersuara.

"Lama you diam."

"Sebab I tak ada benda nak cakap, so I diamlah. Kenapa? You expect I nak minta maaf pasal malam tu ke?"

Afiq meraup wajahnya. Tertekan.

Siapa suruh datang sini? Elok-elok boleh keluar malam minggu, enjoy dengan kawan, sibuk nak cari gaduh dengan aku.

"What? Masih nak salahkan I?" Aku berpeluk tubuh.

"You didn't let me explain."

"Then explain!"

Afiq merenungku tajam. Jarinya digenggam erat dan kuat. Amarah semakin membuak dalam diri tapi aku tetap bersikap sarkastik.

"Malam tu, I marah bukan sebab pakaian you tapi sebab I dah belikan you baju mahal-mahal, last-last you tak pakai pun." Keluhnya.

Aku meneguk. Sengaja mengelak pandangan matanya.

"One more thing, I dah bagitahu you awal-awal pasal tema birthday party tu. You didn't disrespect me, you disrespect mama I. Then what? You nak I biarkan jelah benda tu jadi? Tak payah tegur you langsung?"

Ucapan maaf di hujung tapi bibir terketap rapat. Ego meracun diri kendatipun tahu ada salahku dalam hal ini.

"I bukan tak nak terima you yang dulu tapi sayang, you dah besar kut. Takkanlah nak pakai pakaian yang... entah apa-apa macam tu? You sendiri yang cakap kat I dulu yang you nak jadi mature so act your age."

Afiq menghembus keluhan. Dia bangun dari tempat duduknya dan beralih ke sebelahku. Memaksaku agar melihatnya.

"Aina, I love you. A lot." Dia menatapku lama. "Don't let this ruin what we have, please?"

Bukankah ini yang aku mahukan? Untuk Afiq merendahkan egonya dan buat pertama kalinya meminta maaf dahulu kepadaku? Tapi mengapa rasa terharu tak muncul walau untuk sedetik?

Meskipun aku tak simpan apa-apa perasaan istimewa untuk Afiq, tak mengubah fakta kami sudah bersama untuk jangka masa yang lama. Bukankah masa yang dilalui bersama juga mampu menerbitkan rasa sayang? Lalu mengapa...

"Hm."

Senyuman aku paksakan dengan harapan aku dapat melupakan Daenish dan terus bersama Afiq.

+

"Hai. Selamat datang—" Dia bingkas bangun. "A-Aina."

"Hai... Daenish."

Hanya dengan melihatku di hadapannya, lesung pipinya kembali kelihatan. Sebegitu pentingkah aku kepadanya?

"Awak tengah sibuk ke?"

Dia menoleh sejenak ke arah kotak berisi stok barangan yang diletakkan pada lantai. Teringat semula pekerjaannya untuk menyusun dan mengisi stok yang telah habis.

"Er, kalau awak sibuk—"

"Eh, tak, tak, tak!" Cantasnya. "Kenapa awak datang sini?"

Aku melabuhkan punggung pada kerusi. Memberi isyarat kepadanya untuk duduk bersama sebelum aku membuka bicara.

"Kenapa ni? Macam serius sangat je." Dia mengurut dadanya, tertawa kecil.

Aku membuka mulut. Mahu berterus-terang tetapi lidah acap kali menjadi kelu. Bahkan ketika bersendirian, mengatur ayat dalam fikiran agar tak mengguris hatinya, aku juga tak mampu menyuarakannya.

"Pasal confession saya ke?" Daenish tersenyum kelat.

Baguslah kalau dia dah tahu sebab aku datang sini. Tak perlulah aku nak berbasa-basi lagi.

"Awak tak suka kat saya ke?"

Suka. Suka sangat.

"I'm sorry."

"Sikit pun tak?"

"Awak pun tahukan saya dah bertunang."

"Hm."

Suasana menjadi hening setelah itu. Aku tak berani nak bersuara sementara Daenish pula hanyut dalam fikiran sendiri. Mungkin menghitung sesal kerana meluahkan perasaan di masa yang tak tepat.

Daenish menghela nafas dalam dan dihembuskan dengan tawa kelatnya. Siling dia renung seketika kemudian mata di pejam.

"It's okay." Tuturnya perlahan, hampir tak kedengaran. "It's okay, Aina."

"Kita—"

"Kawan." Dia mendahuluiku.

Aku mengangguk. Aku tahu aku pentingkan diri. Memintanya untuk menjadi seorang kawan walhal aku tahu untuk menghilangkan perasaan suka itu akan mengambil masa yang lama. Pendek kata, seolah-seolah aku sedang memperbodohkannya.

Tapi kalau aku tak akan pernah dapat memilikinya, sekurang-kurangnya aku takkan pernah kehilangannya. Biarlah aku pentingkan kemahuanku buat kali ini. Hanya sekali ini.

+

Selamat malam/pagi (depends on bila korang baca ni hshshs)

Stalker-IshWhere stories live. Discover now