Bab 37

270 47 0
                                    

Musim Luruh

"Oh Ainaaaaa!"

Headphone aku tanggalkan. Membiarkannya bergantung di tengkuk. Gadis yang mengenakan kostum Cat Woman itu berdiri dengan kedua tangan mencekak pinggang. Memperagakan kostumnya untuk parti Halloween yang diadakan di aras atas.

"Wow!" Aku bertepuk tangan.

Chelsea, rakan serumahku tersenyum herot. "I know right. I look like a whole damn meal." Katanya sambil memeriksa pantulannya pada cermin. "Are you sure you're not coming with us? I promise you'll have fun."

"I have things to do."

Chelsea menjongketkan sebelah alisnya. "Like what?"

"Like... talking to my boyfriend."

"Wait what?! You—you're seeing someone?"

Dah tu selama ni dia ingat aku borak dengan hantu ke?

Serentak dengan pertanyaannya, panggilan video masuk ke komputer ribaku. Aku mengalihkan tubuhku ke kiri, memperlihatkan nama Daenish kepadanya.

"No way!" Chelsea tertawa, menekup mulutnya.

"Yes way!" Balasku dengan nada yang sama. "Do you wanna talk to him?"

"Er... yeah I don't think I can. Derek's already waiting for me."

"Some other time then."

"Yep!" Chelsea mengucup pipiku. "Don't wait for me!"

Pintu ditutup rapat dan hentakan tumit tinggi semakin memudar. Aku menghadap komputer riba. Memastikan penampilanku tak selekeh sebelum menekan butang jawab.

"Aina!"

"Ish!"

Daenish menyengih seperti setiap kali aku memanggilnya dengan panggilan manjanya.

"Buat apa tu?"

Kamera dipusingkan. Merakam kafeteria kampus kemudian sandwich tuna di hadapannya.

"Tengah breakfast." Tambahnya pula. "Awak buat apa?"

"Hm... tak buat apa-apa pun. Tadi housemate saya ajak pergi parti tapi tak naklah. It's not really—kids friendly."

Gelak ketawa kami berkongsi irama yang sama. Membuatkan hatiku rasa hangat di musim luruh yang dingin kerana musim sejuk semakin menghampiri.

"Ish..."

"Hm?"

"I miss you." Keluhan aku lepaskan.

Daenish meletakkan sandwichnya ke bawah dan menongkat dagu. Dia menatapku lama. Tak perlu kata-kata, aku tahu dia merasakan yang sama.

"Fikir pasal apa tu?"

"Hm..." Daenish merenung ke siling. "Tengah fikir cara nak kumpul duit so saya boleh pergi Kanada, jumpa awak."

"Isy, tak payahlah!"

"Kenapa?"

"Sekarang ni pun awak dah cukup busy dah dengan kerja part-time awak, study. Kalau saya dapat cuti nanti, saya baliklah jumpa awak. You just have to wait for me, okay?"

"Yes captain!" Dia menabikku. "Awak pun jangan lupa rehat tahu. Pakai baju tebal-tebal. Kalau tak nanti awak sakit."

Sebenarnya aku dah biasa dengan cuaca di bandar ini. Kedinginan tidak lagi menggangguku tapi aku suka bila Daenish tunjukkan dia ambil berat akan kesihatanku. Jadi aku hanya membalas dengan anggukkan.

Sejak aku meninggalkan bumi Malaysia, Daenish membuat panggilan video. Kadang-kadang, sehari tiga kali. Inilah rutin harian kami. Pejam celik, pejam celik, September, Oktober dan November berlalu pergi...

+

Musim Sejuk

Setibanya bulan Disember, kehangatan cinta kian pudar. Salah satu cabaran terbesar dalam hubungan jarak jauh ialah masa. Aku semakin sibuk dengan latihan dan Daenish pula dalam tahun keduanya sebagai pelajar bidang undang-undang. Stimulus semakin mencabar dan masanya lebih banyak dihabiskan di perpustakaan untuk mengulangkaji. Bahkan terlalu sibuk sehinggakan dia terpaksa berhenti salah satu kerja paruh masanya.

Panggilan video tidak sekerap dulu. Kami lebih selesa berbual di corong telefon saja. Aku belajar untuk tidak terlalu tamak dan cuba mengerti keadaan kami, cuba untuk berpuas hati dengan mendengar suaranya saja. Semakin lama, aku semakin menyesuaikan diri dan begitu juga dia.

"Ish..."

"Hm?" Sahutnya.

Aku menjarakkan telefon dari telinga. Waktu tempatan di Quebec, sebelas pagi. Kalau begitu, di Malaysia sudah pukul satu pagi. Patutlah dia jawab macam nak tak nak je.

"You should go to sleep. Esok ada kelaskan?"

"Hm... Tak naklah. Saya nak dengar suara awak. Dah lama kita tak borak sama-sama." Tuturnya, separuh berbisik. "Awak kat mana ni? Kat luar ke?"

"Ha'ah. On the way jumpa Chelsea."

"Chelsea?"

"Chelsea." Aku mengerutkan dahi. "Housemate saya?"

"OH!" Getusnya, tertawa kecil. "Chelsea..."

"Awak lupa ke?"

"Tak, tak, tak. My brain loading sikit malam ni."

"Oh." Aku mengangguk meskipun dia tak dapat melihatku. "Anyway, how was your day?"

Talian sunyi seketika dan keluhan panjang mencelah.

"Ish?" Panggilku perlahan, menghentikan langkah di hadapan sebuah bakeri. "Daenish?" Panggilku lagi.

Alih-alih, dengkuran halus menyapa gegendang telingaku. Si Dia sudah lena dibuai mimpi.

Tadi kata nak borak. Last-last, tertidur. Ish... Ish...

"Goodnight Ish. I love you."

Dan dengan begitu saja, bulan Disember, Januari dan Februari berlalu pergi.

Stalker-IshWhere stories live. Discover now