Sekeping gambar dihantar ke telefonku. Langkah aku perlahankan dan berganjak ke sisi jalan. Dengan keadaan sesak dalam pusat membeli-belah, mudah untuk kemalangan berlaku jika aku tak berhati-hati.
Nombor tak dikenali itu aku tatap sementara menunggu gambar selesai dimuat naik. Rasanya nombor itu tiada dalam kenalanku. Kalau tak, mesti nama yang tertera dan bukannya digit asing.
Beberapa saat menanti, gambar dimuat naik sepenuh. Ibu jari menekannya. Banyak hal yang terlintas dalam fikiran. Mungkin ini penipuan dalam talian atau mungkin juga jemputan kahwin daripada kawan lama yang sudah lama menghilangkan diri.
Tak pernah sekali pun terlintas dalam fikiran gambar itu menangkap Afiq dan seorang gadis sedang berjalan di sepanjang taman dengan dedaunan luruh ke atas mereka. Lengan berpaut lengan, kepala disandarkan ke bahu, bibir tak lepas dari tawa. Sama seperti kami berdua suatu ketika dulu. Bezanya, wanita di samping Afiq itu bukanlah aku.
"Aina Arissa?" Panggil satu suara feminin yang asing.
Aku mendongak. Wajah yang baru aku lihat dalam sekeping gambar yang dikirim sebentar tadi muncul di hadapanku.
"Hai. I'm Sarah. Boleh kita cakap kejap?"
Kalau perempuan lain berada dalam posisiku, tak mustahil wanita bernama Sarah itu sudah lama dimaki hamun kerana merampas tunang orang. Mungkin juga saat ini, berpuluh orang menarik keluar telefon mereka dan menekan butang rakam dan seterusnya tular di media sosial.
Wajarlah untuk marah dan kecewa apabila dicurangi oleh tunang sendiri. Emosi bukan sesuatu yang boleh dikawal mengikut kehendak hati. Boleh disembunyikan tapi untuk dikawal, itu mustahil.
Tapi... aku akur dan mengikutinya ke sebuah kafe yang memberi kami privasi untuk untuk membincangkan apa saja yang telah terjadi dan akan terjadi setelah ini.
"Actually, gambar tu dah lama dah." Tuturnya perlahan.
"Kalau dah lama, why do you send it to me? Kenapa nak ungkit?"
"Sebab kitorang ambil gambar tu tak sampai sebulan lepas korang bertunang."
Oh.
"I tak tahu pun Afiq tu tunang orang. Dia tak pernah bagitahu kitorang pun yang dia dah bertunang."
"Kitorang?"
Berapa ramai perempuan dia simpan belakang aku?
"I mean, kawan sekerja dia. I pramugari. One of his cabin crew."
Wow. Romantisnya. Juruterbang dengan pramugari bercinta. Mesti rasa bahagia sangat sebab dapat jumpa hampir setiap hari.
"Lagipun dia tak pernah pakai cincin."
Mendengar perkataan 'cincin', secara langsung aku menyentuh jari manisku. Juga kosong tak bersarung cincin. Mungkin kami tak adalah jauh berbeza.
"You dengan dia dah berapa lama?"
"Nak dekat setahun juga. Kitorang break pun sebab I dapat tahu pasal dia dah bertunang."
"So sekarang ni, you nak apa dari I? Nak I lepaskan dia so korang—"
"No." Dia tersenyum kelat dengan mata berkaca.
Bukankah seharusnya aku yang memakai ekspresi itu? Ekspresi penuh kekecewaan kerana rasa dikhianati oleh orang yang aku cintai? Oh, lupa. Cinta belum wujud antara kami.
"I don't want him anymore. I just... I just feel like I need to tell you this because in the end, orang yang akan kahwin dengan, it's you. You berhak untuk tahu siapa tunang you yang sebenarnya. I tak nak orang lain menyesal macam I."
Aku mengangguk faham. Memaksa senyuman. Sekurang-kurangnya niat dia baik.
+
Ketebalan kostum dinosaur yang tersarung di tubuhnya memaksaku untuk menambah daya menepuk bahunya agar kehadiranku disedari. Merasakan sentuhanku, dia menoleh ke belakang. Tangan yang tidak memegang risalah mempromosikan kedai aiskrim dia lambai. Menyambutku dengan teruja.
Fuh, nasib baiklah dia orang yang sama. Kalau tak, malu aku.
"Awak sibuk ke?" Tanyaku.
Dia laju-laju menyembunyikan risalah di tangan. Kepala digeleng laju. Sedikit menghiburkan hariku yang begitu suram kebelakangan ini.
Dia membuat isyarat sedang menulis sesuatu kemudian menuding ke arah kedai. Memberitahuku dia mahu mengambil buku lukisan yang menjadi alat komunikasi kami pada pertemuan sebelum-sebelumnya.
"Eh, tak apa!" Aku menahannya daripada pergi. "Hari ni... saya nak awak dengar je. Tak ada respon pun tak apa."
Dia diam sejenak lalu perlahan-lahan mengangguk. Barangkali hairan dengan kelakuanku hari ini. Walhal sebelum-sebelumnya aku suka mendengar nasihat dan kata-kata sarkastik yang dia sampaikan.
Aku membawa diri ke sebuah bangku yang diletakkan bertentangan kedai. Dia menyerahkan risalahnya kepada rakan sekerja kemudian membuntutiku. Ekornya bergoyang ke kiri dan kanan dengan setiap langkah yang diambil. Sekali lagi, aku tertawa.
"Hari ni saya jumpa girlfriend tunang saya."
Muncung mulutnya diarahkan kepadaku. Seinci lagi mengena tepat ke mukaku. Aku menolak mukanya perlahan. Dia menyatukan tapak tangannya, memohon maaf.
"Selama ni, saya ingatkan dia betul-betul sayangkan saya. Walaupun kadang-kadang dia layan saya dengan buruk, saya tetap percaya yang dia anggap cuma saya seorang je untuk dia. Tapi hari ni, saya dapat tahu saya salah. Dari awal lagi saya dah salah."
Dinosaur memanjangkan kakinya. Menyandarkan belakangnya pada kepala bangku.
"Tapi lepas saya dapat tahu apa yang dia dah buat, saya rasa lega."
Tawaku sinis pecah. Kalau ada yang mengecewakan, itu aku. Bahkan aku lebih kecewa terhadap diri sendiri berbanding kecewa terhadap dusta yang dia tabur. Aku kecewa kerana aku merasakan aku kurang sifat kemanusiaan dalam diri kerana merasakan emosi yang tak seharusnya aku rasakan.
"Can you believe it? Tunang saya curang tapi instead of rasa marah, kecewa dengan dia, saya rasa lega. Lega sebab dia tak pernah cintakan saya macam yang saya sangka. Lega sebab kata cinta yang dia lafaz, sebenarnya kosong tanpa makna."
Aku memejam mata seketika dan air mata yang bertakung di tubir mata perlahan-lahan jatuh ke pipi.
"Sebab saya pun tak setia."
Dia membetulkan posisi duduknya. Andai saja kostum itu ada fungsi menunjukkan emosi, pasti wajahnya sedang berkerut seribu.
"Saya suka orang lain."
Terbayangkan jejaka yang mengisi seluruh ruangan hati, senyuman menakluki bibirku. Hati terasa hangat bagai didakap. Merasakan semuanya akan baik-baik saja meskipun aku tahu itu khayalan dan mimpi semata. Tak perlu jadi peramal masa depan untuk mengetahui mulai titik ini, semuanya akan menjadi sepuluh kali ganda lebih rumit.
"Nama dia Daenish. Daenish Reazal." Aku menoleh ke sisi. "Saya tak tahu sejak bila saya mula suka kat dia tapi yang saya tahu, saya tak nak kehilangan dia. That's why I decided to be friends with him even though I know it's going to hurt both me and him."
Lebih baik terluka dalam adanya bahagia daripada terluka hidup tanpa dia. Pengakhirannya mungkin sama tapi tak mengapa. Aku sanggup. Sejuta kali sanggup.
+
YOU ARE READING
Stalker-Ish
Novela JuvenilKecantikan dijadikan kayu ukur nilai sesuatu atau seseorang. Semakin indah rupa, semakin tinggi nilainya dan semakin ramai yang mengejar, berfantasi menjadikannya hak milik sendiri. Namun bagi Aina, kecantikan hanyalah satu sumpahan. Aina Arissa, ga...