Bab 5

307 57 0
                                    

Sekali dua, boleh dikatakan kebetulan. Tapi bertembung untuk kali ketiga? Masuk akalkah untuk memanggil ini hanya satu lagi kebetulan?

Sejak kali pertama, aku tak pernah menatap wajahnya yang disembunyikan di sebalik topeng muka berwarna hitam yang tak pernah dia tanggalkan itu. Namun sepasang mata itu, dengan mudahnya aku akan dapat kecam walau di mana sahaja.

"Awak ni..." Aku menuding jari ke arahnya.

Dia meneguk liur. Topeng muka ditarik, memastikan wajahnya kekal terlindung.

"You kenal each other?" Kenzie mencelah, memandangku dan jejaka—stalker itu bersilih ganti.

Ya. Ini bukan kebetulan. Aku rasa... dia stalker aku.

Keluhan sinisku pecah. Sukar untuk mempercayai hal seperti ini sedang berlaku ke atasku. Kalau tadi aku setaraf pelakon terkenal Daiyan Islam, masuk akallah ada stalker. Ini jadi rakyat marhaen pun ada yang nak stalk.

"Awak—"

Belum sempat aku berkata apa, dia mengangkat kaki. Terburu-buru untuk meninggalkan tempat ini. Dek tak ingin melepaskan lelaki penyumbaleweng sepertinya, aku bergegas mengejarnya yang keluar menggunakan pintu keluar belakang dewan.

Dari kejauhan, aku melihatnya berdiri di samping sebuah motosikal. Dia menanggalkan topeng mukanya lalu memasang topi keledar.

"Woi!" Jeritku.

Budi bahasa budaya kita tapi memang taklah aku nak berbudi bahasa dengan lelaki tak guna macam ni! Bagi makian percuma pun best ni!

Mendengar jeritanku, dia lantas menoleh. Tangan dia naikkan, melambai ke arahku.

Eh, mamat ni! Dah gila ke apa?! Nak kena ni!

Dia berpaling dariku dan menunggang motosikalnya. Enjin dihidupkan. Dia sempat menoleh lagi ke arahku dan membuat isyarat—

Eww! Dia buat flying kiss kat aku?!

Enjin menderum dan dia hilang dari pandangan dalam sekelip mata. Aku mengipas muka sendiri. Bukan tersentuh dengan flying kiss dia tapi rasa macam terbakar pula dia buat macam tu. Dasar stalker tak sedar diri!

"Aina!" Kenzie tiba dengan nafas termengah. "Kenapa you kejar dia?"

Aku menurunkan tanganku. "You kenal ke dia siapa?"

"Oh. A technician. Bila kitorang ada sound problem, usually dia datang repair." Kenzie diam sejenak seakan berfikir. "Tapi... rasanya dia student kat sini juga tapi tak tahulah course apa."

"Nama dia?"

"Daenish."

Daenish?

Kau tunggulah. Kalau aku dapat kau, memang siap kau aku kerjakan!

+

Restoran ala Itali menjadi pilihan Afiq. Memandangkan papa ke luar kota untuk beberapa hari dan mama pula menemaninya, tinggallah aku seorang dan Mak Leha di rumah. Kerana rasa kasihan dengan Mak Leha yang penat seharian bekerja, aku memintanya untuk tidak memasak makan malam dan meminta Afiq menemaniku makan di luar.

Sebenarnya, pelawaanku hanya sekadar basa-basi saja. Aku faham, Afiq sibuk orangnya. Bukan senang nak bawa dia keluar, jalan-jalan. Kalau dia cuti pun, dia lebih memilih untuk diam di rumah.

Lepas Afiq menolak pelawaanku, rancangku mahu mengajak Aiman dan Aira. Anehnya, Afiq malahan bersetuju pula untuk keluar denganku. Terpaksalah aku menanam niat untuk makan malam bersama dua beradik itu.

"You nak makan apa?" Tanya Afiq.

"Hm..."

Satu pun tak merangsang selera makanku. Waktu di Kanada dulu, aku sangat merindui masakan Melayu. Ingatkan bila dah kat Malaysia, bolehlah makan makanan Melayu sepuas hati. Alih-alih dia pilih restoran makanan Barat juga.

"Do you have Nasi Lemak?" Soalku kepada pelayan yang menanti pesanan kami.

"Yes, we do. Would you like it spicy, miss?"

"Medium—"

"No." Afiq merenungku tajam dengan senyuman tipis di bibir. "She'll have Antipasto Salad."

Pelayan itu kelihatan terkejut dengan babak drama di depan matanya. Kerana etika kerja, dia memaksa senyumannya. Kekal professional tetapi sejak itu, matanya tak putus dari mencuri pandang ke arahku. Seakan ingin memastikan aku baik-baik saja.

"Nasi Lemak? Malam-malam macam ni?" Afiq menggelengkan kepala.

"I'm craving it."

"Yeah but still. I bawa you pergi restoran mahal macam ni, you boleh pula order nasi lemak. Sengaja ke nak malukan I?"

Aku membiarkan soalan sinisnya berlalu. Daripada aku yang menanggung malu kerana bertikam lidah di tempat awam, lebih baik aku berdiam diri. Afiq dan egonya takkan pernah mengalah.

"Anyway, how was your day?"

Soalannya membawaku kembali ke masa sebelum sesi orentasi dimulakan. Lelaki penyumbaleweng yang bagi aku flying kiss murahan dia.

"I rasa... I—I think someone is stalking me." Luahku.

Dan seperti yang aku jangkakan, Afiq memandang remeh hal itu. Keseriusanku dibalas dengan gelak ketawanya.

"Stalk?" Dia menggelengkan kepala, tawa masih bersisa. "Sayang, don't get me wrong. Memanglah you cantik tapi you ingat you Suzy Reyez ke sampai ada yang nak stalk bagai?"

Aku menoleh ke arah lain. Malas melayan kutukannya.

"Okay, okay, I'm sorry." Dia membetulkan posisi duduknya. "What I'm trying to say it, maybe you're just overthinking it."

Dah agak dah. Mesti tu jawapan dia. Sebab inilah aku malas nak cerita masalah aku kat dia. Semua benda dia tak ambil serius.

"Sayang..." Panggilnya manja. "Sayang, look at me."

Aku mencapai beg tanganku lalu bangun. "Excuse me. I need to use the loo."

Stalker-IshWhere stories live. Discover now