Bab 3

385 60 0
                                    

"Hai... Aiman." Aku melambai ke arahnya. "Tak rindu aku ke?"

Aiman tertunduk. Menghitung sesuatu dengan otak geliganya. Kelakuannya mengundang tawaku.

"Ini akulah. Aina." Tuturku dengan suara yang mulai serak.

"Aina?" Aiman meletakkan tangannya ke rangka jendela. "Ai-Aina?"

Aku mengangguk laju. Tangan naik mengesat air mata yang jatuh setelah rindu yang ditahan, tertunai. Namun apabila aku mendongak semula, Aiman tak lagi berada dalam pandanganku.

Aku memanjangkan leher. Mencari di mana dia. Sehinggakan sempat meragui kewarasan akalku, mungkin aku hanya membayangkannya. Kemudian jeritan seseorang meragutku dari lamunan sendiri.

"Aina!"

Aiman.

Tanpa aku sedari, aku meninggalkan bilik dan menuruni anak tangga dalam keadaan tergesa-gesa. Sebaik sahaja aku melangkah keluar dari rumah, aku melihatnya yang sedang termengah-mengah di halaman rumah. Tawaku pecah.

Gembira. Sangat gembira.

"Kau—" Aiman memegang lutut, turut ketawa. "Kau tak bagitahu pun kau nak balik!"

"Well, surprise?" Aku menyandarkan bahu pada tiang di porch rumah. "Nice to meet you again, Aiman Wong."

+

Sesuatu yang berat bersandar di bahuku. Aku menoleh ke kanan, menyedari itu hanyalah Aira yang melentokkan kepalanya. Aku meraih tangannya, memegangnya erat untuk melunaskan rindu.

"Rindunya kat Kak Aina!" Rungutnya, mulut dijuihkan.

Rungutannya disambut oleh gelak ketawa mama, papa dan juga mama, papa Aiman dan Aira.

"Kak Aina pun rindu sangat kat Aira. Ingatkan Aira dah tak ingat akak lagi." Balasku.

Aira sudah aku anggap seperti adik kandungku sendiri. Bahkan dahulu sebelum aku berangkat ke Kanada, hubungan kami sangat rapat mengalahkan adik-beradik kandung. Disebabkan aku anak tunggal keluarga ni, kehadiran Aira sedikit sebanyak mengurangkan kesunyian yang terpaksa aku tanggung sejak kecil.

"Banyak dramalah budak ni!" Aiman menyiku adik perempuannya.

"Eleh, biarlah! Cakap jelah jealous sebab tak dapat nak peluk Kak Aina macam ni!" Aira merangkul pinggangku, menjelirkan lidah ke arah abangnya.

Aiman menghirup air orennya sambil menjeling Aira. Tak habis-habis lagi dengan perang adik-beradik diorang. Dari dulu sampai sekarang, tak reti nak berdamai. Lumrah adik-beradik agaknya.

"Na," Aiman memanggilku.

Aku menjongket kening. Kepala dia miringkan ke kiri, memberi isyarat. Aku mengangguk, setuju.

"Er, ma, pa, Aina nak jalan dengan Aiman kejap."

"Hm." Mama mengangguk, memberi izin.

Aku bangun dan Aira merengek. Tak mahu melepaskanku. Tapi setelah Aiman menghadiahkannya tatapan maut, dia terus melepaskan lenganku. Berpeluk tubuh tanda merajuk. Pandai-pandailah abang dia pujuk nanti.

Aku dan Aiman meninggalkan perkarangan rumah banglo keluargaku. Berjalan seiringan sambil ditemani lampu jalan dan cahaya rembulan. Tanpa perlu penjelasan, aku tahu ke mana jalan ini membawa kami. Meskipun telah lama aku tinggalkan, memori tetap tak pudar ditelan waktu.

"Banyak kau berubah." Aiman mengerlingku dan tersenyum herot. "Nampak makin ayu."

"Ayu? Sebab aku pakai blaus?"

"Iyalah. Dulu baju kau, ya Allah! Dengan lambang black metal dia, satu almari baju warna hitam, seluar jeans koyak-rabak." Aiman menggelengkan kepalanya sambil ketawa.

"Uish, dulu aku teruk sangat ke?"

Aiman mengeluh. "Aku pun hairan kenapa ramai yang suka kat kau dengan pakaian kau macam tu."

"Aku lagi hairan kenapa lelaki lain boleh suka kat aku tapi kau pandang aku sebelah mata pun tak nak." Selorohku.

Kalau tadi lelaki lain, mungkin dah rasa janggal. Tapi Aiman dah masak dengan perangaiku. Lelucon basiku dia sambut dengan gelengan kepala dan tawa kecil. Tak kekok mahupun tersinggung.

"Aku dengar kau dah bertunang."

Aku menahan keluhan. "Hm. Dah tiga bulan."

"So, macam mana? Okay?"

"Entah."

"Eh, boleh pula jawab macam tu!"

Kami menghentikan langkah. Seorang remaja lelaki meluncur di hadapan kami menggunakan papan selajunya. Aku tersenyum kecil. Dah agak dah, mesti Aiman ajak aku datang sini.

Zaman tingkatan satu dulu, aku dengan Aiman selalu datang sini. Main papan selaju sampai larut malam. Sampaikan pernah sekali, keluarga kitorang hampir buat laporan polis kes kanak-kanak hilang. Sebab tak reti nak balik rumah.

Masa tu rambut Aiman ala-ala rambut Justin Bieber lagu Baby, tak segak macam sekarang. Aku pula, macam Aiman cakaplah. Baju rock metal, seluar jeans koyak rabak, rambut pendek lepastu pakai beanie. Atas sampai bawah, all black.

"So?" Aiman menyentapku dari terus mengimbau kenangan lalu.

Aku melabuhkan punggung pada bangku taman. Duduk di sampingnya.

"Aku dan dia dah lama kenal. Sejak aku mula-mula pindah kat Kanada lagi sebab family kitorang pun know each other. Lepas kitorang bertunang... entah. Aku rasa tak jauh beza pun. I think the only difference now is that he calls me 'sayang' and say 'I love you'."

Aiman membuat ekspresi gelinya. Siap acah nak muntah pula. Nampak sangat single sejak lahir. Orang baru cerita benda basic je. Kalau cerita lebih-lebih, nanti ada juga yang koma tiga tahun.

"His attitude? Dia layan kau elok-elokkan?"

Aku mengetap bibir. Bisu seketika.

"Dia—"

"Kau still main lagi ke?" Cantasku. "Aku dah lama tak main skateboard. Dulu bukan main hebat lagi. Habis pasu mama aku pecah." Tawa aku paksa.

Aiman kelihatannya curiga dengan kelakuanku tetapi memutuskan untuk tidak bertanya lagi soal Afiq. Lagipun dia tahu, tanyalah banyak mana sekalipun, aku tetap takkan beritahu apa-apa. Daripada buang tenaga dia, baik dia akur je.

"Aku dah tak main dah. Skateboards aku pun dah tinggal jadi harta bilik stor. Ingatkan bila dah rajin nanti, nak juga gantung kat dinding bilik. Itupun kalau rajinlah." Jelasnya lalu mengeliat. "Aku nak pergi 7E kejap, nak beli Nescafe. Kau nak air apa?"

"Apa-apa jelah."

"Okay. Tunggu sini tau?"

Aiman mengatur langkah pergi. Meninggalkan aku dan sekumpulan remaja yang sedang bermain papan selaju. Aku memerhatikan mereka sambil mengimbau kenangan indah yang kekal selamanya di masa silam.

Alih-alih, aku merasakan perasaan aneh. Bulu tengkuk menegak. Terasa seseorang sedang memerhatikanku dari jauh. Aku lantas menoleh ke kanan dan menangkap kelibat seseorang.

Dari kejauhan, seorang jejaka berbaju merah jambu gelap sedang menatapku. Helmet masih bersarung di kepala dan separuh wajahnya pula ditutup topeng muka berwarna hitam.

Eh, itu bukannya... deliveryman yang kat airport tadi ke?

+

I'll try to update 2 bab setiap 2 hari. Btw bab 1-8 slow sikit tau

Stalker-IshWhere stories live. Discover now