Bab 33

274 47 3
                                    

Ketukan lemah pada pintu mengejutkan aku yang baru saja melelapkan mata setelah semalaman berjaga. Tombol pintu dipulas dan Mak Leha menjengukku yang masih berbaring di katil. Senyuman keibuan itu memberiku sedikit tenaga untuk bangun.

"Boleh Mak Leha duduk?"

Aku mengangguk dan dia menghenyakkan punggung di sebelahku. Tangan yang aku rehatkan pada riba dia ambil dan dia genggam erat.

"Afiq ada kat bawah."

Aku mengangguk faham dan mahu meninggalkan katil demi bertemu Afiq. Alih-alih, Mak Leha menahanku daripada pergi. Sepertinya, dia ke sini bukan untuk menyampaikan darihal itu saja.

"Mak Leha bukan nak masuk campur. Mak Leha pun cuma pekerja je kat sini."

"Eh, apa pula cakap macam tu? Mak Leha dah macam—"

"Mak Aina sendiri." Sambungnya dengan mata terharu. "Sebab Aina dah anggap Mak Leha macam mak Aina sendiri, boleh Mak Leha jujur?"

"Apa dia?"

"Mak Leha... tak rasa Aina bahagia dengan Afiq. Mungkin dulu, tapi sekarang Aina macam—macam asyik nak lari dari dia."

Patut ke aku nafikan? Sedangkan Mak Leha yang jarang bertanya soal hal peribadiku dapat menghidunya, inikan pula diriku sendiri dan Afiq. Pasti tujuan Afiq datang ke sini adalah untuk membincangkan darihal ini juga.

"Mak Leha tanya Aina, kenapa kita kahwin?"

Aku diam.

"Sebab kita nak ada seseorang waktu kita susah, senang, pimpin kita ke jalan-Nya, sentiasa cuba bahagiakan satu sama lain. Walaupun realitinya alam perkahwinan tak selalunya indah, bila Aina dengan dia dah tua nanti, Aina masih boleh rasa bersyukur sangat sebab dialah jodoh Aina. Bersyukur sebab Aina dapat habiskan hayat ni dengan dia. Sebab walaupun ada naik turun, Aina tetap bahagia dengan dia. Itu makna perkahwinan. Itu sebab kita nak ada pasangan hidup."

Untuk saling membahagiakan...

"Aina rasa, Aina boleh rasa semua tu ke bila Aina dengan Afiq?"

Tak. Jawapannya sentiasa tidak. Tak kiralah betapa bersungguhnya aku hendak memanipulasikan realiti itu, jawapannya telah lama wujud dan muktamad. Tidak, tidak dan tidak.

"Sekarang Aina dah tahu apa yang Aina patut buat?"

Aku menguntumkan senyuman buatnya dan mengangguk kecil.

+

"Afiq." Panggilku seraya menuruni anak tangga, dipimpin oleh Mak Leha.

Afiq mendongak. Anak matanya ditalakan ke arah tangga. Kelihatan dia memaksa senyum. Sukar untuk aku percaya betapa lama aku mengambil masa untuk menyedari selama ini, dia hanya memaksa senyumannya itu. Selama ini, tiada apa-apa yang ikhlas dan datang dari hatinya buatku.

Seluruh hubungan ini palsu.

"Mak Leha pergi dapur dulu." Dia menepuk tanganku sebelum melepaskanya.

Aku menghampiri Afiq dan menghenyakkan punggung tidak jauh darinya. Melihatnya dengan dekat, aku menyedari keadaannya juga tak jauh berbeza dariku. Lingkaran hitam bawah mata, kulit yang pucat lesu.

"Kenapa you tak jawab call I? Texts I pun you tak balas. We haven't seen each other in a while. You sakit ke?" Tanya Afiq dalam satu nafas yang sama.

Aku menggeleng perlahan.

"Kenapa you nampak pucat?" Dahinya berkerut seribu.

"You risau ke?"

Afiq tersenyum kecil. "Mestilah risau."

"Don't be."

Aku cuba untuk kekal tersenyum tetapi air mata yang jatuh ke pipi tak membenarkan. Akhirnya tanpa aku sedari, aku sudah tertunduk. Esakanku pecah.

"I dengar... I dengar Sarah datang jumpa you."

"Hm." Hanya itu yang dapat aku suarakan di antar esakan.

"Aina, I minta maaf. I was young back then. I tak tahu apa yang I buat tu salah. Bagi I tebus kesalahan I? I nak you jadi yang terakhir. I want to spend the rest of my lifetime dengan you. Please, Aina?"

"I can't Afiq." Aku mendongak dan menatapnya selagi boleh. "I tak boleh teruskan pertunangan kita."

"Aina, please jangan cakap macam tu. We can make it through. You just have to—"

Aku menanggalkan sebentuk cincin di jari manisku. Cincin yang menjadi simbol dua hati saling cuba untuk memahami satu sama lain tapi sayangnya, mereka gagal di pertengahan cerita.

"Aina..." Afiq tergamam.

Aku meletakkan cincin pertunangan kami pada meja.

"This is for the best." Sambungku.

"Do you want me to call her for you to believe yang I dengan dia dah tak ada apa-apa ke? Because I—"

"That's not the reason why, Afiq."

"Then what? What is it? Tell me. I can fix it!" Rayunya.

Aku mengesat air mataku sebelum kembali memandangnya yang juga tak dapat lagi menahan emosinya. Jika difikirkan semula, ini kali pertama aku melihat sepasang mata miliknya itu berkaca keranaku. Siapa sangka, hanya perpisahan kami yang mampu membuatkan dia menunjukkan sisi manusianya.

Sukar. Walaupun aku tak pernah memendam rasa cinta untuknya, sukar untuk aku mematahkan hatinya apakala melihat cara dia menatapku. Adakah itu lakonan semata atau benar ada cinta untukku dalam hatinya? Aku bingung.

Tapi... semuanya tak penting. Ini keputusanku. Aku nekad untuk meninggalkannya buat pertama kali dan terakhir kalinya.

"Just like how people fall in love because of love, people also break up because of love. Bukan sebab jarak jauh, bukan sebab bosan, bukan sebab selalu sangat bergaduh. Tapi sebab rasa cinta tu dah hilang atau... sebab rasa cinta tu tak pernah ada."

Aina tertunduk. Membenamkan wajahnya pada tapak tangannya.

"Afiq, I'm sorry." Esakanku semakin. "Saya tak pernah cintakan awak."

Perlahan-lahan, aku bangun. Terpaksa berpaut pada lengan sofa kerana seluruh tubuh terasa lemah. Aku menatapnya yang masih tak sanggup melihatku berlalu pergi.

"Awak... jaga diri tahu? I'll take care of myself too." Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. "Saya pergi dulu."

Terima kasih untuk memori yang ada. Pahit dan manisnya.

+

love is simple. yang complicated tu relationship korang. so kalau tak nak pening kepala fikir pasal relationship, better be single macam saya hzbajksdwdjcnaslxmscn

Stalker-IshWhere stories live. Discover now