Bab 17

291 53 6
                                    

"Mak Leha!" Aku berlari menuruni tangga. "Nampak tak buku—Eh!"

Aiman berbaring selamba pada sofa. Butang pada alat kawalan jauh dia tekan berkali-kali, mencari rancangan yang menarik. Sebelah tangannya memegang botol teh susu yang tinggal setengah.

Amboi budak ni! Ni rumah aku ke rumah dia?

"Kau buat apa kat sini?" Aku mencekak pinggang. "Asal hujung minggu je muka kau kat sini. Tak reti duduk rumah sendiri ke?"

"Alah, mama kau juga yang cakap 'Aiman anggap je ni rumah Aiman sendiri'." Ajuknya.

"Tak adanya mama aku pernah cakap macam tu!"

"Alah, kau mana tahu! Masa tu kau belum lahir lagi." Dia menghirup teh susunya.

Eleh, umur kita beza dua bulan je! Cakap macam beza dua tahun!

"Dahlah! Malas nak cakap dengan kau!"

Aku membawa diri ke dapur. Mak Leha yang sedang memasak makan tengahari tergelak, kepala dia gelengkan. Selalu sangat terhibur dengan aku yang Aiman yang tiap kali berjumpa, mesti bergaduh. Dah macam adik-beradik.

Aku memanjangkan leher. Mata membulat apabila melihat ayam masak sambal hijau di dalam kuali. Aroma limau kasturi menusuk ke rongga hidung. Perut yang penuh dari sarapan pagi berkeroncong lagi.

Ah, sedapnya...

"Lamanya tak makan ayam masak sambal hijau Mak Leha. Tahu tak, masa kat Kanada dulu, selalu sangat teringin nak makan tapi itulah, mana nak dapat." Rungutku.

"Kalau macam tu, kenalah belajar masak sendiri. Mak Leha ni tiap hari tunggu kamu masuk dapur tahu? Tapi Aina, kalau tak terperuk dalam bilik, keluar dengan Afiq."

"Kena ke belajar?" Aku memeluk wanita itu dari belakang. "Tak boleh ke Mak Leha masakkan je?"

"Hm... tahu dah perangai kamu! Bukannya susah mana pun nak masak ni. Campak-campak je!"

Aku melepaskannya. "Campak-campak, kang dengan Aina sekali tercampak masuk dalam kuali. Kesian kat Mak Leha tak ada kawan nak membawang."

Pap! Bahuku dipukul perlahan. Aku mengekek, menjarakkan diri.

Pintu peti sejuk aku buka. Mahu membasahkan tekak dengan minuman 'tanda persahabatan' yang Daenish berikan kepadaku kelmarin.

"Eh?" Aku terkebil-kebil. "Mak Leha, mana air teh susu yang Aina letak kat sini semalam? Mak Leha minum ke?"

"Eh, tak adalah!" Balasnya. "Rasanya, tadi Aiman pergi dapur. Cuba tanya kat—"

"AIMANNNN!"

Latah Mak Leha tenggelam dek bunyi derapan tapak kakiku yang membawaku kembali ke ruang tamu. Aiman masih berbaring pada sofa dengan selamba. Tak terancam oleh jeritan mautku.

Botol teh susu yang kosong pada meja kopi aku capai dan aku terbalikkan. Setitik pun tak bersisa. Mulutku terlopong sementara Aiman memandangku dengan riak tak bersalahnya.

"SIAPA SURUH KAU MINUM AIR AKU?!"

Kacang dia lontarkan ke udara kemudian ditangkap menggunakan mulut. Bahu dia jongket, mengunyah kacang sambil matanya ditalakan ke kaca televisyen. Menonton rancangan variasi Korea Selatan.

"Kau tahu tak aku sengaja simpan air ni untuk hari ni?!"

"Rileklah. Nanti aku gantilah. Kau nak berapa? Sepuluh botol? Sepuluh lori pun aku boleh bagi tau. Kau cakap je."

"But this one is special!"

"It's just teh susulah!"

"Yeah tapi Daenish yang bagi!"

Aku menekup mulut. Aiman meletakkan bekas berisi kacang ke atas meja. Dia bangun dan duduk. Memandangku dengan senyuman herot di bibirnya.

"Oh... Daenish? Patutlah auto jadi singa. Crush yang bagi rupanya."

C-Crush?

"Siapa cakap dia crush aku? Ni—Ni tanda persahabatan jelah!"

"Tanda persahabatan? Kau kena friendzone ke?"

FRIENDZONE?! Eh, tolong sikit! 20 tahun aku hidup, tak pernah lagi kena friendzone tahu?!

Aiman menepuk sofa. "Meh, duduk sini. Abang nak cakap sikit."

"Banyaklah abang kau!" Getusku tetapi akur.

Aiman ketawa, kepala digelengkan.

"Let's be serious." Ujarnya, menghapus tawa. "Kau suka kat Daenish ke?"

Aku suka kat Daenish? Aku?

"Soalan jenis apa pula ni? Kan aku dah cakap aku dengan dia kawan je. Samalah macam kau dengan dia. Kawan. Faham tak kawan?"

"Tapi status kawan tu tak bermaksud kau tak suka kat dia."

"Tapi—"

"Macam akulah." Cantas Aiman. "Kita kawan dari kecil. Tapi aku pernah suka kat kau."

Aku tergamam.

"Tapi itu waktu kecil-kecil dululah. Sekarang aku dah ada Iesha."

Eleh, berlagak!

"Tapikan Na, sebagai kawan yang dah macam abang kau sendiri, aku nak bagi nasihat kat kau. Memanglah aku tak suka dengan tunang kau yang poyo tu, but it doesn't change the fact that kau tunang dia. Aku just... takut kalau kau makin rapat dengan Daenish, kau start suka kat dia."

Terus terang aku pun takut. Takutkan hal yang sama. Sebab itu, aku letak dinding di antara aku dan Daenish. Agar aku tahu batas pergaulan kami.

Tapi...

"Dalam dunia ni ramai je orang yang curang without them even knowing it. Curang ni tak semestinya bila kau dengan lelaki tu dah start keluar sama-sama, panggil sayang semua tu. It starts when you have even the slightest feeling for him."

Aku tunduk. Botol teh susu di tangan aku renung lama.

"Faham tak ni?"

"Hm. Faham."

+

Dengar cakap Aiman tu. Nak berkawan boleh, tapi jangan melebih sampaikan diri sendiri curang pun tak sedar. Nak lagi senang, single jelah. Meh single sama-sama. Boleh stalk Bright Vachirawit tiap hari

Stalker-IshWhere stories live. Discover now